Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

10 September 2015

Jom Masuk U

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Baru teringat nak cerita pasal ni. Sepatutnya lama dah cerita benda ni. Masa kecoh-kecoh result SPM keluar dulu.

Masih berkisar tentang student's life.

Satu hari tu sepupu aku yang baru dapat result SPM itu hari datang rumah aku. Dia bawa surat tawaran ini.



Aku : Wah, dapat biasiswa ke?
Cuzzie : Tak tahulah. Tak berapa faham surat ni. Tu yang datang sini, nak tanya kaklong.

Sekali tengok, nampak macam surat ni dari IPTA, sebab kat atas tu ada perkataan 'Biasiswa' siap ada logo 1 Malaysia.

Tapi aku cepat sedar, eh eh surat ni tak ada letter head!

Kat bawah sudut kanan tu pula ada tulis 'Program Kerjasama UM'.

So hasil hipotesis aku, surat ni dari kerajaan Malaysia (berdasarkan logo 1 Malaysia) menawarkan biasiswa untuk pelajar. Dan kursus yang ditawarkan adalah program kerjasama dengan UM.

Then baru aku fokus kat isi surat.

Baca tajuk je aku dah macam keliru. Eh, sebenarnya ni surat tawarkan biasiswa ke, surat offer kolej swasta macam yang budak-budak lepasan SPM selalu dapat tu? Yang selalu masuk post box tu...

Oleh sebab aku tak berapa faham maksud surat tu, aku google Nirwana Education Group. Rupa-rupanya memang betul kolej swasta. Sama je macam semua surat yang sampai dalam post box kita waktu-waktu tunggu result SPM tu.

Aku pelik, mana diorang dapat maklumat pasal student lepasan SPM ni ye? Mana diorang dapat nama penuh dan alamat? Kadang tu siap number IC sekali.

Pada aku lah kan, benda macam ni ada pro and cons. Pro nya, ko jadi tau eh eh banyak rupanya private college kat Malaysia ni. And for those yang memang mampu nak masuk private, boleh la terus go for it.

Tapi pada keluarga yang kurang berkemampuan, aku rasa kesian sangat-sangat. Sebab apa?

Pertama, sebagai pelajar lepasan SPM yang masih rasa nak belajar, ko akan rasa excited sungguh bila dapat surat yang mengelirukan macam ni. Sebab surat ni gaya macam wah aku DAH dapat course tersebut. Macam kes aku dulu, siap tulis tu tawaran diploma kedoktoran kejadah mana tah diploma kedoktoran kat satu private college tu. So terus rasa nak pergi register walaupun tulis kat situ ko kena bayar certain amount masa pergi 'register' kat tempat dan tarikh berkenaan.

Kedua, berkait dengan yang pertama tadi. Kalau ko datang dari family middle class and below which means kurang berkemampuan nak bayar yuran kolej swasta, ko akan desak-desak, paksa-paksa mak ayah ko nak masuk kat situ jugak. Dan mak ayah yang tak berapa nak tahu hal ehwal semasa ni pun gagah laaa mencari duit extra nak masukkan ko kolej swasta. Demi nak anak-anak nak belajar tinggi katanya.

Ketiga, ada sesetengah (aku tak kata semua) sijil dari kolej swasta ni yang tak dapat pengiktirafan, tak dapat akreditasi camane tah eja. So kat situ nanti akan menyusahkan diri ko jugak sebab nanti masa nak cari kerja mula lah orang query course apa awak ambil ni?

Keempat, ada sesetengah juga kolej swasta ni sebenarnya profit-based. So bila profit-based ni pepaham lah kurang untung, bila-bila masa boleh tutup. Bila dah tutup maka ternganga lah kita seketika.

Kesimpulannya, sebelum excited nak masuk U tu, belek-beleklah surat tawaran yang menimbun masuk postbox kita tu tiap hari. Diorang berlumba-lumba nak tarik student sebab itu profit diorang.

Dan di zaman yang super kompetetif ni, jarang la nak tengok ko tak apply apa-apa tetiba dapat. IPT ternama yang hebat-hebat belaka tu, nak masuk pun susah. Few stages of interviews (macam UTP).

Kalau IPTA pula, sampul surat mesti ada URUSAN SERI PADUKA BAGINDA gitchuuu~

So hope dengan cerita aku ni, korang boleh lah ambil iktibar ye. Aku fokus kat orang-orang yang middle class and below, dan mereka yang mak ayah sedang penat membanting tulang di kampung.

Dan untuk yang lain-lain juga, jangan mudah tertipu atau terlebih excited bila dapat surat macam ni. Baca tu kasi terang dan clear na?



P/S : Aku cakap ni sebab memang betul-betul berlaku. Bukan saja-saja sembang sini. So please, bear in mind.

Tata!

No comments: