Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 September 2020

Aiskrim Nadim: How It Was Started (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


So lepas aku serabut malas nak fikir apa tu, Imam masih bawa Grab. Sampai saat aku nak bersalin pun. Masa tu memang kami start super banyak bersedekah. Jadikan amalan yang konsisten. Orang kata sedekah membuka pintu rezeki. Tak tahulah betul ke tak tapi kita kena percaya Allah akan lorongkan sesuatu.

Tak lama lepas tu Hamzah pun lahir. Aku sedih sebab, dulu, lepas Fateh lahir, aku pindah kerja baru dengan kenaikan gaji hampir RM700. Dua minggu sebelum Melor lahir pula, Imam naik gaji, hampir RM600.

Hamzah lahir?

Imam kena buang kerja, semua kewangan bergantung kat aku. Imam topup duit dapur dengan bawa Grab. Masa tu aku minta sangat-sangat kat Allah. Apa yang Kau nak tunjukkan ni? Aku tahu setiap anak ada rezekinya, tapi macam mana kami nak teruskan hidup macam ni?

Sepanjang pantang Hamzah, Imam jaga aku 100%. Lepas mandi baby, siapkan mandian aku, masak makanan aku, keluar hantar Fateh sekolah, dan terus bawa Grab. Dalam pukul 3 petang, stop Grab, ambil Fateh balik sekolah, dan sambung jaga aku dan anak-anak kat rumah. 6-7 jam bawa Grab, boleh dapat berapa sangat? Tapi aku kata, tak apa lah. Aku dan anak-anak perlukan penjagaan rapi sekarang.

Aku habis berpantang, aku masuk office semula. Imam sambung jaga anak-anak di rumah. Lepas aku balik dari office, Imam akan sambung bawa Grab dari petang sampai malam. Lebih kurang 1 - 2 pagi. Setiap tengahari Jumaat, Imam akan datang office aku untuk solat Jumaat. Aku lepak dalam kereta dengan anak-anak sementara Imam solat. Lepas tu dorang tunggu aku balik kerja 5 petang. 

Kami kira tolak tambah bahagi, kos nurseri tiga anak dah hampir RM1500. Imam dapat offer kerja, gaji RM1200. Habis kat nurseri je gaji tu. 

Macam ni lah rutin kami dari bulan Jun sampaiii September 2017. 

Ok, sambung di lain waktu. Gahahaha!

Aiskrim Nadim: How It Was Started?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Rasa macam tak patut pula tak cerita macam mana boleh start meniaga aiskrim. Sebab, tu satu perubahan besar dalam hidup. Yelah, dari kecil dimomokkan, ada degree, kena kerja. Kena cari kerja office, kena jadi pegawai, jadi eksekutif, jadi manager blablablabla.

Hujung tahun 2016, lebih kurang bulan Oktober tu, Imam dapat notis penamatan kontrak. Well, memang dah jangka sebab sejak awal 2016 lagi company dah slowly buang staf. Batch by batch. Dari 500+ staf jadi 50 orang. Imam batch yang terakhir dibuang. 30 Disember 2016 adalah hari terakhir dia berkerja sebagai Juruteknik di company tetttt. 

Kenapa tak cari kerja lain awal-awal kalau dah tahu semua staf kena buang? Kenapa tunggu sampai saat akhir, jadi batch terakhir untuk dibuang kerja lalu terkapai-kapai tak tahu nak kerja apa?

Aku yang suruh bertahan. Aku yang suruh tunggu je sampai ke titisan terakhir. Masa tu aku ingat keadaan boleh pulih sedia kala, tak perlu lah sampai buang semua staf.

Kami masuk rumah baru sekitar September 2016 tu. Dalam masa yang sama aku tengah mengandung Hamzah. Apa aku rasa masa tu? Aku banyak menangis. Serius, aku banyak menangis. Aku rasa macam lost. Simpanan semua dah habis lepas masuk rumah baru. Lepas tu nak bersalin Hamzah lagi. Kenapa ada baby saat kritikal macam ni?

Lepas aku relaks dan boleh berfikir dengan waras, aku cuba redha. Tenang-tenangkan diri dan percaya, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih bagus lepas ni.

Lepas resign tu, Imam start bawa Grab. Sementara tu dia apply juga kerja sana-sini. Termasuk di sebuah company yang kebanyakan officemate lama dia masuk. Masa bawa Grab tu, ramai tak setuju, family dan kawan semua menentang, "Sampai bila nak bawa Grab? Sampai tua? Sampai bila je larat nak bawa Grab?".

Masa tu kami cuba just go with the flow. Lagipun aku tengah sarat. Tak boleh nak fikir apa dah masa tu. Kita cuba saja lah hidup seadanya.

Eh, nanti je sambung. Ada banyak kerja kehkehkeh


28 September 2020

Duit dalam Bank Sudah Ditolak, tapi Penerima Tak Dapat?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Oleh sebab tiba-tiba rasa menggelabah duit tak masuk akaun, baru terasa nak update blog.

Selaku pemegang amanah duit kutu, pagi 25 September 2020 aku transfer duit dari akaun Maybank ke Bank Rakyat. Dua-dua personal saving account aku. Dengan kecanggihan sistem online transfer sekarang, sudah tentu aku pilih instant transfer. Apa barang nak transfer tunggu berhari-hari.

Nak jadikan cerita, aku transfer RM205.00 guna browser di laptop. Masa transfer tu aku nampak status 'Accepted'. Agak pelik di situ sebab selalunya kalau instant transfer, serta-merta tulis 'Successful'.

Tapi aku relaks je la maybe aku tak perasan kot selama ni. Lalu aku pun check akaun Bank Rakyat.

Tak ada duit yang bertambah.

Aku siap gosok-gosok mata tengok, "memang tak ada ke ni?". Double check nombor akaun, "eh, betul dah ni."

Aku check semula Maybank. Status transaksi tadi dah 'Successful'. Duit aku pun dah selamat ditolak dari akaun Maybank. Eh, mana pula pergi RM205 tadi? Takpe, aku relaks lagi.

Petang tu seorang lagi bank in duit kutu RM200. Maka seperti biasa aku transfer terus ke akaun Bank Rakyat. Tapi kali ni aku guna apps Maybank2u kat phone. Lepas transfer, aku terus login Bank Rakyat, nak check. Mana tahu yang RM205 pagi tadi dah masuk.

Sekali tengok yang bertambah RM200 tu je, maknanya transaksi yang baruuu je buat petang. Transaksi pagi tadi RM205 duk hanging kat mana?

Aku call Maybank, tak dapat bercakap dengan staf dia. Call lagi, tak dapat juga. Tengok jam dah lewat petang. Memandangkan dah hari Jumaat dan petang Jumaat adalah waktu yang paling malas orang bekerja, maka Isnin nanti saja lah kita call.

Maka pagi Isnin, aku mula call Bank Rakyat. Aku ceritalah masalah problem yang aku hadapi. Kata Cik Wani tu, "dalam rekod kami tak ada transaksi duit masuk, Puan. Cuba Puan call Maybank dan maklumkan perkara ni."

Lalu aku pun call Maybank. Alhamdulillah kali ni dapat berjawab.

"Duit saya dah ditolak, tapi tak ada sebarang transaksi duit masuk dalam akaun Bank Rakyat saya. Saya dah call Bank Rakyat, kata mereka tak ada sebarang transaksi duit masuk."

Lepas ambil segala detail transaksi dan personal detail, cik eksekutif bagi aku nombor report. "Saya akan panjangkan report Puan ni. Nanti puan check semula kedua-dua akaun Maybank dan Bank Rakyat selepas empat hari. Kalau masih tak ada duit yang masuk, puan call kami semula dan kemukakan nombor report."

Maka aku pun berlapang dada dan berdoa semoga urusan ni dipermudahkan dan duit yang hanging tu berjaya dijumpai. Walaupun tak banyak mana, but still, duit orang kot. Amanah tu.

Petang ni (masih hari Isnin), ada lagi yang masukkan duit kutu. Lalu seperti biasa dari Maybank aku transfer ke Bank Rakyat. Dan seperti biasa juga aku check akaun Bank Rakyat.

"Hah dah masuk dah duit RM205 tu! Tapi... 
..

..


..


..
..


..



kenapa description 'SALARY'?"

Aku dah musykil tahap petala ke 40 dah ni. Ada sesiapa yang kerja bank boleh rungkai kemusykilan ni?

Bahaya lah benda camni. Lagi-lagi yang kita buat bisnes, yang terima duit secara online ni.

Customer bagi resit, transaction successful, kita pun ok sis. Tak check duit dah betul masuk ke tak kat bank kita. Alih-alih tak masuk pun. Siapa yang teraniaya?


-___-