:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
wahahaha.. tak ada topik lain kah. sila izinkan saya menulis dengan penuh perasaan tanpa kepura-puraan.
urmm.. Man from Mars, Women from Venus. pernah baca buku ni? lagi satu siri, When Mars and Venus Collide. pada i, sangat terkesan apa yang ditulis. kajian penulis tentang perbezaan kedua-dua gender ni hampir 99% tepat. bila membaca, i bukan hanya bayangkan i sorang but semua orang yang saya kenal di sekeliling i.
back to the topic. man said that woman is complicated. while woman said man don't understand them. man is so simple while woman is complex. semua kontra yang wujud ni adalah untuk meletakkan kesamaan. macam yang i pernah cakap hampir dua tahun lepas. man and woman are completing each other. jigsaw puzzle. u complete me, dear.. eheh, tersasar *malu*
a few facts about woman...
1. perempuan ni selalunya, kalau dia kata, "tak apa lah", means, "janganlah buat benda tu". dia takut untuk melukakan hati pasangannya. dia lebih rela makan hati dari berterus-terang dengan pasangan. sebab tu lelaki geram perempuan ni suka sangat berkias. kenapa tak straight to the point je kan? again, perempuan lebih rela makan hati dari melukakan hati orang yang dia sayang.
2. perempuan sangat perlukan perhatian. ahax. ni yang lelaki kurang boleh terima. some lelaki akan kata, mengada-ngadanya dan lelaki akan kata, "saya pun perlukan ruang dengan kawan-kawan". bukan apa, pada perempuan, sedikit perhatian saja dah buat hati dia berbunga-bunga 3-4 minggu. percayalah. panggil dia dengan perkataan 'sayang' pun dah cukup. tak perlu pujuk lebih-lebih pun.
3. perasan tak, lepas menikah, kebanyakan perempuan akan jarang habiskan masa dengan kawan-kawan perempuannya tapi lelaki masih boleh relax lepak kat kedai kopi or kedai mamak dengan kawan-kawan. lihatlah betapa perempuan meletakkan tempat tertinggi seorang suami dalam hatinya.
4. semarah mana pun seorang perempuan terhadap seseorang yang dia sayang, dia pasti akan memaafkan dengan syarat, lelaki tu pun tahu akui kesilapannya. ya, i know ego lelaki teramatlah tinggi sampai rasa nak menang sentiasa. tapi ingatlah orang yang menyayangi anda seikhlas hati dia. tak luak pun kalau anda rendahkan hati, minta maaf. anda akan rasa lebih bahagia.
5. orang yang sentiasa menyokong seorang lelaki adalah perempuan, i mean, isteri kepada lelaki tu. sebab tu sampai ada pepatah, 'behind a very successful man is a woman'.
6. hati perempuan sangat kental, kuat.
7. ibu anda adalah seorang perempuan. lihat sahaja bagaimana ibu anda.
dah, nanti i free, i tulis lagi banyak-banyak.
p/s: bukti kasih sayang adalah selepas pernikahan. apa pun yang saya cakap sekarang, masih belum bermakna apa-apa selagi tiada ikatan yang sah. percayalah, anda sendiri yang mampu mengubah persepsi anda, bukan orang lain. hargailah, sayangilah dan syukurilah apa yang ada sekarang... itu lebih baik dari mengandaikan yang bukan-bukan... berdoalah...
tak lame dah ni..kekeke
ReplyDeletebelong::
ReplyDeletehahahaha :)