:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Nasi Lemak Nenek (Part 1)
Nasi Lemak Nenek (Part 2)
hari ketiga nenek di hospital (isnin).
pagi-pagi ibu dah kejut i bangun. sebelum subuh tu. "kata nak pergi hospital?" ok, i bersiap. i kejutkan engineer tupperware. eno wutta wutta memang bermalam di hospital. jaga nenek.
siap solat subuh, i, ibu dan engineer tupperware bertolak ke klang. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. hari isnin, hari bekerja. confirmlah federal highway jam. so i ambil jalan DUKE dan NKVE. direct ke HTAR, Klang.
sampai hospital lebih kurang 7.45 pagi. eno wutta wutta tengah khusyu' baca novel.
"ibu, nenek tak solat maghrib malam tadi. eno dah kejut nenek tapi nenek tak bangun-bangun..." i sebak, sangat...
i cium pipi dan dahi nenek. panas. nenek buka mata.
"nenek, ni nadia..."
nenek senyum.
i usap tangan nenek. ok, air mata menitis lagi. i pergi toilet. tak tahan.
sekumpulan doktor datang nak check nenek. sepatutnya pagi-pagi macam tu bukan waktu melawat untuk hospital kerajaan. kena marah dengan doktor. i, engineer tupperware dan eno wutta wutta terpaksa menyorok dalam toilet. konon nak secure kan diri. tinggal ibu menjawab soalan-soalan doktor.
dalam toilet, eno bercerita, "kaklong, eno rasa, nenek dah separuh alzheimer..."
i diam sekejap. "maksud eno?"
"malam tadi nenek tanya eno, 'ni kat mana ni, kenapa aku kat sini?'. eno pun jawablah, 'kita kat hospital, nenek...' nenek tanya lagi, 'mana bangku nenek?'. lepas tu nenek nampak nurse lalu-lalang, dia tanya, 'kenapa orang tu lalu-lalang kat rumah kita?'"
i diam. agak lama. "mm.. entahlah... agaknya sebab nenek tertidur lepas asar semalam. tu nenek macam blur sikit..." dalam hati i, i dah rasa perit.
kami bertiga keluar dari toilet. tengok-tengok nenek dan ibu dah tak ada. nenek dipindahkan ke katil lain rupanya. dan kami bertiga dihalau keluar. sedih.
tak tahu ke mana nak tuju, kami decide untuk ke jusco berhampiran sementara tunggu waktu melawat jam 12.30pm. masa tu baru jam 10am.
sampai di jusco, usu call. usu minta belikan sate kajang sebab nenek nak. i pun carilah di R&R awan besar (KESAS highway) tapi sesat tengok-tengok dah sampai KL. huh, dari klang dah boleh sampai KL?
patah balik ke PKNS Shah Alam, satu lagi cawangan sate kajang haji samuri. lebih kurang 1.45pm baru sampai semula ke HTAR, Klang.
tapi nenek tak boleh makan. sebab jam 3 petang nak kena buat ultrasound.
kami solat dan i tertidur hampir satu jam di surau.
jam 3 petang, di ultrasound suite. nenek menggigil kesejukan. i pegang tangan nenek, sejuk. kaki nenek pun, sejuk. i genggam tangan nenek. cuba untuk hangatkan tangannya. i gosok-gosok tapak kaki nenek. tak mau bagi sejuk.
lebih kurang jam 4.45 petang baru selesai ultrasound check tu. doktor kata, hati nenek rosak sebab makan ubat tibi. itu sahaja yang i faham.
lebih kurang jam 6.30 petang, doktor datang nak ambil darah nenek. tapi darah nenek tak boleh keluar. i nampak dahi nenek berkerut menahan sakit tiap kali darah cuba diambil. sehingga cubaan keempat pun darah masih tak boleh keluar. sebelum doktor datang nak ambil darah buat kali kelima, i urut-urut tangan nenek. dalam hati i istighfar panjang. i berdoa, semoga Allah mudahkan segalanya. mudahkan nenek, mudahkan kerja doktor. supaya nenek tak perlu tahan sakit teruk masa kena ambil darah. alhamdulillah, cubaan kelima berjaya. penuh picagari. doktor india tu kata, "oh, thanks God. makcik, u sembahyang, i pun sembahyang..." dalam hati i, tak putus-putus syukur, alhamdulillah...
jumlah pengambilan air dan jumlah air kencing nenek perlu sentiasa disukat. malam itu, ibu tinggal di hospital, jaga nenek.
...............................................
No comments:
Post a Comment