Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

27 May 2011

Nasi Lemak Nenek (Part 5)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Nasi Lemak Nenek (Part 1)

Nasi Lemak Nenek (Part 2)

Nasi Lemak Nenek (Part 3)

Nasi Lemak Nenek (Part 4)

dah masuk part kelima rupanya.

hari ni, 27 mei 2011, bersamaan 24 Jamadil Akhir 1432H, adalah hari yang ke-14 nenek di wad. sampai sekarang nenek masih belum keluar dari wad T____T

semalam masa tengok nenek, nenek tengah murung. walaupun ramai cucu-cucu dan anak-anak di sisi masa tu, nenek murung je. kami cuba bergurau dengan nenek tapi segaris senyum pun tak ada.

nenek tak macam tu pun sebelum ni...

:'(

nenek diam. sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut nenek.

biasa nenek akan senyum kalau nampak cucu-cucu dia datang. tapi semalam tak. mana pergi senyuman nenek.

nenek tak macam tu...

kaki nenek kian membengkak. apa ubat yang doktor bagi ni?

tiap hari tangan nenek dicucuk. peritnya.

apa sebenarnya penyakit nenek? kenapa nenek tak boleh keluar dari wad lagi?

rindukan nenek yang dulu. kenapa nenek tak ceria?

habis waktu melawat, nak salam nenek, bagi tau nenek, "nenek, nenek makanlah banyak-banyak. biar cepat sihat.."

nenek jawab, "apa beza orang yang sakit dengan orang yang sihat? apa beza orang yang tua dengan orang muda?"

i diam.

:'( nenek, cepatlah keluar wad...

2 comments:

rohanazainal said...

sabar dalam menghadapai dugaan ini.....

semuga nenek acenad back to normal seperti dulu2..

Nadia Havez said...

huhu~ thanks ana..