Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

17 May 2011

Nasi Lemak Nenek (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri ini adalah rentetan dari entri ini.

nasi lemak nenek memang sedap. penuh lemak berkrim. sampai ke hari ni, masih tak jumpa nasi lemak yang sedap macam nasi lemak nenek. sungguh, sampai ke hari ni. ibu buat pun tak macam masakan nenek.

bila i minta nenek buatkan nasi lemak, nenek tegur, "asyik mintak kat nenek. belajarlah mambueknyo (membuatnya)." *nenek orang minang*

dush.. kena tamparan sebiji. haha...

bila rasa nak menangis, ada masalah, i mesti call nenek. kata-kata nenek memang melegakan. macam kena siram air hati ni. tiap butir ayat nenek buat i rasa kuat. ya, nenek buat i kuat hadapi cabaran hidup ni.

pernah dulu masa i tinggal kat rumah nenek. nenek buatkan i sandwic sardin. sampai usu (anak nenek yang bongsu) jeles. usu kata, "amboi mak, nadia datang, mak buatkan sandwic. si (panggilan diri usu) kat rumah ni tak ada mak buatkan..." haha...

nenek jadi inspirasi untuk i. walaupun sudah berusia lanjut, tapi pengetahuan am nenek jauh lebih hebat dari i. sebab nenek suka membaca. segala apa yang boleh dibaca. nenek pun takkan miss tengok berita jam 8 malam. suratkhabar tu, segala jenis nenek akan baca. berita harian, utusan, harian metro dan macam-macam lagi lah.

tafsir al-quran, tak payah cakaplah. selalunya, kalau nenek bercakap, nenek mesti selitkan terjemahan ayat al-quran. jadi apa yang nenek cakap tu memang true dari quran.

nenek seorang wanita yang tabah, kuat. iron lady. ketika usia makin lanjut pun, nenek kuat berjalan, nenek tak terlantar, nenek masih boleh berfikir dengan baik, nenek masih mampu menasihatkan anak-anak dan cucu-cucunya.

tapi...

sejak sabtu lepas, nenek terlantar di hospital tengku ampuan rahimah, klang. mulanya nenek suspek denggi. kemudian katanya campak. i ada teambuilding di ulu bernam masa tu. engineer tupperware message me pagi ahad. inform me, nenek admitted.

i terus minta nak balik. i dah start resah.

bila i sampai hospital, i tengok nenek tengah tidur. nafasnya tenang namun dada sedikit berombak. muka dan badan penuh dengan bintik merah. i cium pipi dan dahi nenek. panas sangat. i tak pernah tengok nenek terlantar macam tu sepanjang hidup i. airmata i menitik. i dah tak mampu tahan lagi.

........................................

No comments: