:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Nasi Lemak Nenek (Part 1)
Nasi Lemak Nenek (Part 2)
Nasi Lemak Nenek (Part 3)
hari keempat nenek di hospital (selasa)
malam sebelum tu, ibu tinggal di hospital untuk jaga nenek. i dan engineer tupperware pulang ke KL. eno wutta wutta tinggal di rumah usu di shah alam.
kami merancang untuk masak bubur untuk nenek. perlu ada rasa masam sebab nenek kata tekak dia loya. tu yang tak boleh telan makanan sangat.
pagi tu i dah check barang-barang dalam fridge. nampak macam tak cukup. minta engineer tupperware call tante (adik ibu). tanyakan sama ada tante ada masak bubur tak. luckily, tante masak bubur.
tengahari ayah call. ayah kata, nenek nak lauk tembusu. ayah belikan di kampung baru.
around 11.30 am, i dan engineer tupperware gerak ke klang. jalan agak jam sebab ada sambutan hari wesak.
sampai di hospital, ada ibu, ayah, tante, usu dan eno. kanak-kanak under 12 years old tak boleh masuk dalam wad. sebab tu semua cucu bawah umur, duduk sekejap kat rumah usu di shah alam.
kami semua kena pakai mask kalau nak dekat dengan nenek. banyak kali doktor remind. dan limit 2 visitors sahaja yang boleh dekat kat katil nenek. i tak faham kenapa ada peraturan limit 2 visitors tu. padahal tu bukan wad icu pun.
masa eno sampai, eno kata kat nenek, "nenek, malam tadi nia (rannia, anak usu) cari nenek. eno buka lampu bilik nenek, terus dia masuk, dia cari nenek. dia ingat nenek ada dalam bilik tu."
sedihnya, si kecil tu mesti pelik, ke mana nenek dia pergi.
malam tu ibu dan ira stay kat hospital. kantoi, kena marah dengan mak guard sebab 2 orang tinggal untuk 1 patient. siap nak panggil pengarah bagai...
macam mana nak percaya dengan jagaan nurse dan doktor di sana sedangkan diorang asyik marah-marah? nenek tu orang tua, takkan tak boleh cakap elok-elok?
sangat geram dan tak puas hati dengan nurse dan doktor di sana. rasa nak suruh transfer nenek ke HUKM. 2 kali pembedahan di HUKM, dan sentiasa follow-up di sana buat i sangat puas hati dengan servis HUKM. i bagi 10.5 bintang dari 10 bintang untuk HUKM.
.................................................
No comments:
Post a Comment