Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

21 October 2014

Ibu Susuan

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aku masih dalam tempoh kuarantin. Hari Khamis lepas dah discaj. Lepas tu kena sambung treatment kat rumah selama seminggu. InsyaAllah hari Khamis nanti aku masuk office.

Tapi kan, lama bebenor cutinya kan. Otak aku pun dah beku. Alhamdulillah bawa balik laptop. Sekali sekala buka juga laptop. Sudahkan apa yang patut untuk office. Tak ada lah beku sangat otak dan jari aku ni kejang lama tak menaip @ buat kerja kan.

So far alhamdulillah, aku rasa aku dah semakin recover. Dengan nebulizer tiap 6 jam, pastu berkurang jadi tiap 8 jam, lepas tu jadi tiap 12 jam, makan ubat Prednisolone, Symbicort, Singulair, dan amalkan minum Hi-Goat dan jus delima. Aku tak tahu which one yang membantu mengurangkan asthma tu tapi rasanya semua tu saling membantu kot.

Sejak kena serangan asthma hari tu, aku dah tak boleh pam susu untuk Fateh. Susu memang drop yang hamat. Plus dengan pregnant nye lagi kan. Jadi sekarang ni aku nak produce balik susu, maybe akan makan masa sikit.

Masa kat hospital hari tu aku kesian tengok Fateh tak puas menyusu. Asal malam je menangis. Kami try bagi Fateh minum Hi-Goat, dia suka minum, habis 1 botol. Tapi esoknya berak dia keras yang hamat. Siap meneran sampai keluar air mata. Kesiannya! Jadi kitorang reject. Lepas tu Imam beli susu Dutch Lady Fresh Milk dalam kotak tu. Dia tak suka susu tu. 3, 4 kali sedut terus buang botol
-__-"

Last-last kami decide untuk cari ibu susuan.

Sebelum aku masuk wad, aku ternampak sorang kawan pos kat FB, ada tak sesiapa nak stok susu dia. Dia ada banyak stok. Aku pun apa lagi, terus mesej kawan tu dan tanya ada sudi tak nak jadi ibu susuan Fateh.

Alhamdulillah kawan ni sudi. Bukan senang tau nak decide bagi ibu susuan ni. Sebab, bukan culture kita kat sini ada ibu susuan bagai. Mungkin kat negara lain atau orang zaman dulu benda ni biasa je, tapi masyarakat kita ni dah terbiasa, kalau mak tak ada susu, cari susu formula. Ini kes normal. Aku ulang, normalnya kat sini kita bagi anak susu formula.

Memandangkan Fateh alergik susu lembu, maka kami suami isteri masih berpegang, susu terbaik adalah susu ibu. Sebab tu kami setuju untuk bagi Fateh susu dari ibu susuan.

Lepas tengok profile kawan tu kat FB, Imam pun setuju untuk bagi Fateh minum susu dari ibu susuan. Yelah, nak cari ibu susuan pun bukanlah boleh suka-suka hati kan. InsyaAllah mereka suami isteri orang yang berpegang pada agama, bukan orang calang-calang.

Alhamdulillah.. sekarang Fateh dah ada 2 ibu, 2 ayah. Bagus juga sebenarnya ibu susuan ni, sebab hubungan kawan biasa tu akan jadi tambah erat. Dah jadi macam 2 family bersatu. Aku namakan ibu susuan Fateh ni Mummy T lah ye? Tak tahu Mummy T ni sudi ke tak nak di'reveal' nama sebenar beliau hehe.

Imam kata, "Lepas ni kita kena selalu datang ziarah Mummy T lah. Bagi Fateh kenal family dia lagi satu, bagi Fateh kenal adik dia. Dah lah anak Mummy T ni perempuan. Kang terbercinta kang susah lak."

Hehe.

Maka, rasmilah Fateh sekarang ada ibu lagi seorang. :-)


No comments: