Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 October 2014

Masuk Wad Sebab Asthma

Mana nak start eh? Aku masih dalam hospital ni. Bosan sorang-sorang ni. Meh lah aku update blog untuk tatapan korang semua.

Ekekekeke.

Lepas kes dalam entri lepas, aku pergi pejabat macam biasa. Hari Isnin cuti ganti raya haji, hari selasa aku still boleh control tapi malam tu pergi juga emergency PPUKM, hari rabu aku dah nak putus nyawa. Aku diskus dengan boss. Boss bagi aku ambil leave seminggu. Bagi aku sihat dulu.

Hari Khamis.

Pagi tu aku rasa macam elok je lepas ambil inhaler tiap 4 jam. Tapi dalam pukul 10 pagi camtu, aku dah start sesak dada balik. Tercungap-cungap, ketat sangat rasa kat dada. Aku nak pergi hospital. Tapi kat rumah aku sorang je, dan kereta yang ada, manual. Allah.. boleh ke aku nak drive manual dengan keadaan camni? Aku Whatsapp kawan-kawan yang aku terfikir ada dekat dengan area rumah. Alhamdulillah. Kak Ati ada kat rumah mak dia kat Keramat tu! Kalau dia takde aku dah terfikir nak call teksi. Imam site jauh pula hari tu.

Tak sampai 10 minit, Kak Ati pun sampai. Alhamdulillah. Within 4 minutes je sebenarnya. Aku tak tau berapa Kak Ati pecut dari rumah mak dia. Haha!

Kak Ati pun pecut ke Pusrawi. Sampai Pusrawi, takde tunggu-tunggu, terus bagi neb satuuuu!
Lepas neb tu, doktor check, doktor ni suka buat muka risau tau. Dia terus bawa kes aku ke pakar respirotari (eh betul ke?) sebab dalam seminggu dah berkali-kali kena attack. Dan dia kata lepas neb pun nafas aku tersekat-sekat. Bunyi macam ketat dan sesak.

Petang tu gigih lah aku bersendirian jumpa pakar Dr. Fazilah. Kak Ati dah balik. Sian lak dia takkan nak tunggu aku lama-lama. Takpe aku kan kuat gagah perkasa. Dr. Fazilah check dan kata, saluran pernafasan awak dah bengkak sangat ni. Asthma awak menyerang semula. Awak masuk wad dulu, sebab saya nak bagi neb tiap 4 jam, antibiotik, injection blablablabla...

Aku dah macam oihhh takkan sampai tahap masuk wad? Masa kecik-kecik dulu takde lah sampai kena tahan wad kot.

Aku dah blur sorang-sorang kat situ. Dah lah datang hospital sorang-sorang sehelai sepinggang. Bawa phone dengan purse je alih-alih kena masuk wad.

First time laa register wad sendiri, sign sendiri, gi masuk bilik sendiri. Aku call Imam. Nanti lepas kerja dia datang. Aku minta bilik single. Senang nak susukan Fateh. Dan boleh bawa satu kampung bermalam sama.

Maka bermulalah hidup aku di wad Pusrawi.. sampai hari ni tak keluar lagi. Imam gi kerja macam biasa. Fateh masih dihantar ke babysitter macam biasa. Duduklah aku sorang sampai Imam balik kerja. Doktor kata progress aku a bit slow. Lagipun saluran pernafasan aku memang dah sempit sungguh masa aku datang 1st day tu. Tunggu waktu je kalau lambat   -____-"

Dan sampai hari ni pun aku masih rasa sesak dan sempit masa bernafas. Tiap-tiap malam aku terduduk, minta nyawa. Allah.. aku minta kesabaran. Dan sabarkanlah hati-hati orang sekeliling aku.

Aminnn...

07 October 2014

Asma (Asthma, Lelah) Ketika Mengandung

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul. Cewahh. Entah apa yang dipikul di bahu aku pun tak tahu, Korang nampak tak 'di' pada perkataan 'dipikul' dan 'di bahu' tu. Dulu cikgu Bahasa Melayu aku ajar, kalau kata kerja, 'di' kena rapatkan. Pikul adalah kata kerja, maka 'di' dan 'pikul' haruslah rapat. Aku lupa dah nama cikgu BM masa darjah 6 tu. Farah, Jimat, apa nama cikgu tu eh? Aku tahu korang baca blog aku, so tolong jawabkan. Teheee~

Dah kenapa aku melalut pasal tatabahasa hari ni mentang-mentang minggu lepas cuti seminggu kemain kau tak masuk opis seminggu.

Hari senin tu MC sebab sakit belakang ni haa.. Takyah lah aku cerita lagi pasal sakit belakang tu korang pun malas nak baca, ye dak? Dah banyak cerita pasal slipped disc tu dalam blog ni eh ke tak banyak lagi? Haha. Latest update, doc suruh buat MRI semula lepas bersalin dan hurmm dan ada kemungkinan untuk buat pembedahan. Pasal pembedahan tu aku kena fikir dulu dan seek for 2nd opinion. Melibatkan saraf tunjang ni seramsss aiii..

Aku nak cerita apa yang jadi kat aku selasa lepas. Pagi tu macam biasa aku naik LRT pergi kerja. Cumanya agak pelik, aku macam tak cukup nafas dalam tren. Padahal tren takde lah sesardin mana. Sebab aku agak awal pagi tu. So, aku berdiri kat tiang tetengah tu, sekejap-sekejap jengket kaki, tarik nafas dalam-dalam, hembus slow-slow. Tarik, hembus. Banyak kali lah jadi camtu.

Sampai je stesen, aku dah macam tak tentu arah. Jantung laju sungguh. Nak berjalan naik ke tower ofis pun semacam je lelahnya. Allahuakbar.. Sila bertahan Nadia!

Sampai ofis, aku terus ambil air suam-suam panas. Minum. Bagi reda sikit sakit dada dan sesak nafas tu. Lega lah sikit. Aku on laptop dan buat kerja macam biasa.

Tapi, lebih kurang pukul 9 pagi camtu, bila air-cond ofis dah semakin sejuk, sesak nafas tu mula datang balik. Aku rasa macam aku tak cukup oksigen. Sempit betul ruang nak bernafas, Allahu. Aku bagitau manager, aku nak turun kat klinik bawah jap, amik nebulizer.

Aku turun sorang-sorang sebab diorang memasing busy. Malas nak kacau. Masa masuk lif tu aku dah rasa nak pitam. Mata dah berair sebab perit kat tekak dan dada. Aku macam terkapai-kapai minta nyawa. Serius tak cukup oksigen. Rasa macam tak mampu dah nak bernafas. Alhamdulillah dalam lif tu ada sorang kakak kebetulan nak turun bawah gak, nampak muka aku dah pucat dan aku nak pitam. Kakak tu papah aku dan bawa ke klinik. Kalau dia tak ada, aku rasa aku dah pengsan dalam lif tu. Kat klinik tu dia siap tolong register.

Dan haruslah pesakit asthma akan memotong Q pesakit yang lain. Masuk je bilik doktor, muka aku dah biru-biru (ni doktor yang kata), aku tak mampu nak explain sangat kat doktor. Aku cakap pun sepatah-sepatah dan tercungap-cungap,

"Last.... attack.... was.... on.... my... 1st pregnancy.... end of 2012......"

"Ok come, we give u neb first.

Angguk.

"Ok, come"

"Doc! I am... in... my..... 2nd pregnancy....."

"How many weeks?"

Dah tak mampu bercakap, aku tunjuk lapan jari je.

"8 weeks? Ok, come!"

Doktor pun gegas-gegas, nurse pun rushing-rushing prepare neb, tinggikan katil, dan baringkan aku separa duduk. Mata aku dah ke atas masa ni.

"Wake up, Nadia!"

Aku tahu aku masih sedar. Separa sedar.

Nurse pakaikan neb. Dan aku cuba bernafas macam biasa. Alhamdulillah aku pernah ada pengalaman asthma attack. Aku cuba apply breathing technique dan stay awake. Allahuakbar. Hanya Allah yang Maha Mengetahui macam mana perasaan masa tu. Aku dah siap-siap mengucap dalam hati, aku dapat rasa oksigen tak cukup sampai kepala. Kepala rasa macam cramp. Allah.. kalaulah ini adalah saatku yang terakhir kat dunia ni.

Dalam 10 minit neb, nurse bagi aku air suam-suam panas. Lega sikit. Doktor dan student dia check paru-paru aku, dan doktor suruh continue neb.

Aku rasa ada dalam 40 minit juga aku terbaring dalam tu. Lepas neb, doc suruh aku berehat dulu. Bernafas macam biasa. Masih sempit tapi tak sesempit tadi.

Doktor kata, nasib baik awak cepat. Kalau tak tadi, mungkin membahayakan awak atau baby atau kedua-duanya. Boleh bawa maut.

Dalam pukul 11 pagi, doktor dah bagi aku relaks kat depan registration tu. Tunggu husband pick up. Masa ni aku rasa macam, Allah.. Allah masih panjangkan umur aku. Aku nampak kakak yang papah aku tadi masuk ke klinik semula.

"Macam mana, dik? Ok tak?"

"Alhamdulillah lega sikit, kak.."

"Ni nak akak bawak naik ofis semula tak?"

"Takpe, kak. Thanks. Saya tunggu husband."

"Laaa dah kahwin? Ingatkan student praktikal!"

Gahahahaha! Ok kembang jap 5 saat.

Makanya, sejak hari tu, saya bersahabat baik semula dengan inhaler.


My long-lost-friend. Ventolin Inhaler


Dah tu pasaipa cuti sampai hari jumaat kan? Sebab asthma asyik menyerang. Total 4 kali serangan yang teruk untuk seminggu tu. Dan 2 kali ambil neb. Serangan tahap dah bawak ngucap dan mintak maap kat hasben halalkan makan minum bagai lah.

Aku rasa macam dapat nyawa baru. Macam kat rumah ada simpan satu lagi nyawa. Rasa macam, Allah... Allah masih nak aku hidup. Banyak lagi dosa yang tak tertebus. Amal tak banyak mana, dosa je membukit dari hari ke hari. 

Syukur ya Allah, masih bagi peluang nyawa dan nafas ni untuk aku. Alhamdulillah, terserempak dengan kakak tu dalam lif, kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan aku. Alhamdulillah.. tu pun rezeki.. rezeki bukan dalam bentuk duit je. Allah akan hantar rezeki saat aku memerlukan. 


Alhamdulillah...


01 October 2014

Fateh kena Wean Off?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Hari tu ada kawan mesej,

"Eh, Nadia, kau mengandung lagi eh? Alhamdulillah. Murah rezeki kau. Aku ni tak tahu lah bila. Sorang pun tak ada lagi. Kau dah nak masuk dua."

Tetibe aku macam, Allah.. sedih pula bila kawan kita kata gitu, kan. Dalam masa yang sama, aku bersyukur Allah kurniakan rezeki lagi. Jeles juga bila tengok rakan-rakan seangkatan, (cewah seangkatan!) yelah macam Vivy Yusof, Irine Nadia (eh jap Irine ni tak sure pregnant ke tak. Tak ada pengumuman rasmi), dah mengandung anak kedua. Padahal macam Vivy tu, anak sulung dia muda 3 minggu dari Fateh. Pastu Namee Roslan pun dah nak bersalin anak kedua. I is tercabar. Wanita-wanita hebat ni dah mengandung anak kedua weh!

Haha. Tak lama lepas rasa tercabar dan jeles tu, dapatlah berita aku pun mengandung. Aku tak de lah sampai tahap jeles yang aku nak jugak wehhh tapi bila tengok Fateh main sorang-sorang, dan dia seronok duduk kat rumah pengasuh dia ada kawan (sampai tak nak balik rumah sendiri, biasa dia ni!), aku jadi macam, hurmmppp sian Fateh!

Tapi pregnancy journey kali ni tak semudah yang disangka. Aku bajet macam, alaa pernah mengandung, sure kau dah ada pengalaman dan kau boleh get through all the tiredness and symptoms kan.

Rupanya tak.

Betul la golongan mak-mak kita kata, every pregnancy has their own story. Sama macam anak, Tiap anak berbeza ragamnya.

Macam Fateh dulu, aku loya-loya muntah-muntah teruk. Tapi kali ni aku hanya loya. tapi tak muntah! Lagi seksa weh! Aku rasa baru sekali je aku muntah sepanjang 8 minggu ni. Tu pun sebab aku paksa. Tak tahan sangat loya weh! Muntah lagi bagus sebab perasaan lepas muntah, legaaa.. tapi kalau loya, sampai malam pun tak reda-reda loya. Pernah sampai tahap aku tak boleh tidur lah!

Macam makanan. Dulu aku hanya perlukan halia untuk redakan perasaan nak muntah. Dan Fateh akan 'bagitau' dia nak makan apa. Mostly western laaa. Tapi kali ni, bau halia pun buat aku meloya sampai pening. Sampai tahap aku nak menangis laaa fikir nak makan apa ni weh? Tak makan kang, aku ada 3 mulut nak suap. Mulut aku, mulut Fateh, dan mulut baby.

Berat badan. Masa mengandung Fateh dulu, minggu-minggu awal ni, berat badan aku naik mencanak-canak tapi yang ni, hoih berat aku menurun! Risau weh! Takut baby tak cukup zat, takut Fateh tak kenyang. Diri sendiri pun lemau je.

Jadi, aku dengan Imam bincang. Rasanya kitorang akan start wean off Fateh. Sian kat dia, sian kat aku, sian kat baby. Memang, aku tahu ada je ibu-ibu yang berjaya breasfeed baby walaupun tengah mengandung. Alhamdulillah rezeki korang! Tapi aku rasa tak untuk aku. Aku takde lah terus surrender. Aku masih berusaha juga susukan Fateh. Aku masih pegang konsep demand & supply tu. Tapi mengenangkan berat badan aku yang terus menurun, aku rasa aku terpaksa. Tengoklah, aku masih berharap dan berdoa. Moga Allah kurniakan lagi rezeki & kekuatan untuk aku teruskan usaha aku. Tanpa mengabaikan adik Fateh.


Nanti kita sambung serangan yang berlaku kat aku bebaru ni.


Tau kan apa tu?

Daaa~~~