Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 May 2010

I tak secantik Rozita Che Wan


Bismillahirrahmanirrahim~

fuhh~ ape tajuk entri ni? oh, i tak secantik rozita che wan. ah, memanglah. hawhawhawhaw~ dia sangat cantek. tapi bila fikir-fikir balik, kesian jugak orang yang santekk santekk ni kan.. mesti lelaki nak tackle dia sebab dia santekk je.. isy3~ lelaki ni.. erkk~ malas nak cakap pasal lelaki gini, kena buat entri lain.. hawhawhawhaw~


bila cakap pasal santekk ni, i peliklah, awatlah orang suka bebenor cucuk sini sana. err i mean, susuk. apa, kecantikan yang sedia ada tu tak cukup cantik kah? siapa kita nak deny ciptaan Allah? *tiba-tiba emo* huh, geram pulak lah kan. yela, tak ke rasa macam, Allah dah bagi kita macam tu punya rupa, awatnya nak pi pakai susuk ape kejadah bagai. makan elok-elok dengan seimbang, jaga kesihatan, selalu amik wudhu', insyaAllah, tak payah pakai susuk bagai, muka tu sedap je orang nak pandang, kan...

lagipun, untuk apa kecantikan sementara kat dunia ni dikejar sangat kan. cukuplah kita sihat walafiat, dan kesihatan yang ada tu dimanfaatkan sebaiknya. semua tu pinjaman je. tak boleh fikir gitu?

sebenarnya, lagi cantek lagi susah, kan. godaan sangat banyak. fuuhh~ kalau iman kuat, takpe. kalau tak... -_-"

urmm~ ada lagi satu petua i nak kasik tau kat u olls semua. urmm~ kalau nak santekk dan berseri-seri, tak payah bersusuk bagai, amalkan berwudhu' selalu. tak percaya?

kalau kita tak bangun pagi solat subuh, means basuhan muka kita tak dimulakan dengan wudhu', sepanjang hari tu muka akan nampak dull, tak berseri, dan macam-macam yang tak bestlah.

yang girls la especially, kalau time time u olls~ 'bendera merah' tu kan, kan kite tak bangun solat subuh, kan. pastu, bangun lak pukul 10 pagi kan, u olls~ akan nampak pada hari tersebut, muka u olls~ kurang berseri sikit. tak percaya? try lah buat.. :)

my hot mummY pesan, bangun tido, jangan lewat. sebelum fajar sadiq or sebelum garisan merah kat langit tu u olls~ da kena bangun. even tengah 'bendera merah', amalkan wudhu' sentiasa. pagi-pagi, sebelum apa-apa makanan masuk mulut, minum air masak segelas, selawat.

nad havez :: dah duduk rumah ni, banyak bebenor perangai kena tegur dengan hot mummY.. hawhawhaw~

30 May 2010

Menulis Tanpa Hati

Bismillahirrahmanirrahim~

rasa nak menulis. tapi bila jari-jari dah ada atas keyboard, segala macam idea hilang.. (-_-")

menulis tanpa perasaan, kita takkan dapat jiwai apa yang kita tulis. jadi apa yang nak disampaikan, tak tersampai, dan tak natural. nampak kaku, aaaaa tak tersampai lah, senang ceritanya.

so, kesimpulannya, tak payah menulis lah kan.

tapi asal nak log out je blogspot ni, terasa nak log in balik. tapi bila dah log in, tak tertaip.

tapi apsal macam dah few few baris ni?

mm.. jap eh, i macam dah terjumpa mood nak menaip.

hehe
:D

27 May 2010

Macam mana nak kurus?

Bismillahirrahmanirrahim~

entri ini ditulis sempena merayakan kejayaan menurunkan berat badan sebanyak 3kg dalam 5hari. haha~ sangat poyo. baru 3kg. ihih!

bila post status gitu kat fesbuk, wah, ramai ucap tahniah. eh. eh. semalam pos turun 2kg.. tapi tadi timbang, 1kg lagi turun. wah! sudah 3kg! hawhawhawhaw!

bila masanya sangat teruja nak cuba kurangkan berat badan ni? hawhawhawhaw.. well, i jenis senang naik, senang turun. hihi~ tu macam tak berapa nak kisah sangat lah kan kalau berat badan naik pun. oh, dulu mana i kisah pun kalau orang cakap i ni kuat melantak and wut so eva kan.

tapi, tiba-tiba je, balik dari utm skudai hari tu, hot mummY tegur,

"apsal awak macam dah gemuk je, nadia?"

err~ lepas tu mulalah jiran keliling rumah pun cakap benda yang sama...

dan paling nightmare, i dah tak boleh pakai baju kebaya yang hot mummY jahit masa matrikulasi dulu! oh, tak boleh jadi ni! at least kena kurangkan sikit.

bila hot mummY mula ukur dada, pinggang dan punggung, aaa.. naik-naik belaka. rasa nak seriau *kata orang utara* mm~ terlebih berat pun tak baik untuk kesihatan, kan?

maka i melancarkan azam, sempena ulangtahun kelahiran yang ke-23 hari tu... ahahaha i nak turunkan berat, at least, 5kg pun jadi la! takde la kebaya tu nanti sempittttt~ *blushing*

i start dengan kurangkan makan. dah duduk rumah, kan. of course sehari tu 5pinggan nasi. haha~ so i kurangkan jadi 2pinggan nasi sahaja sehari.

minum air masak dan berselawat lepas solat subuh. breakfast is a MUST! tak boleh tinggal!

lunch, ambil nasi dan lauk sekadarnya sahaja.

minum petang, roti + nutella sekeping sudeyyy~

dinner before 7pm or masa maghrib tu ke... nasi dan lauk yang memadai.

pastu dah. cover rasa nafsu nak makan tu dengan minum air masak sepanjang hari tu. air masak pun baik untuk singkirkan toksik dalam badan.. kan... :)

and yang paling orang tak mau percaya *sampai hati u olls~ tak caya* i pergi joging! serius! kat taman tasik datuk keramat. haha~ 20minit. tapi jog tak jog sangatlah. tak berapa larat dengan keadaan kesihatan i kan. i berjalan laju-laju macam orang marathon tu. ehehe~ ditemani adik si eno wutta wutta.

dari 60kg, now dah 57kg. dalam 5hari je. hehe.

malam ni we oll nak main badminton juga kat tempat yang sama, insyaAllah.

ada sesiapa nak join?

jumpa di sana. (^_~)v

nad havez :: makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang...