Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 July 2011

Di sini...

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::







di sini...

20 July 2011

#1 Wordless Wednesday

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

orang lain dah lama start. i baru nak buat. thee~


mempersembahkan.....








melihat dunia dari jendela akhirat...

T______________T

17 July 2011

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung? (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hye readers! assalamualaikum!

:)

meh i nak sambung story part 1 hari tu. uolls~ suka baca ke? eheh. *malu* kalau tak mau baca pun takpe. boleh tekan icon pangkah kat sudut kanan atas tu. eheh. emo pula. :D

sampai mana ye i cerita hari tu? oh, sampai zaman matrik ye?

ehem... lepas je kes kaktus tu, i terus pakai anak tudung penuh. malu. mula-mula memang macam rimas. tapi lama-lama, suka pula. dari perasaan malu sebab student lelaki tegur, sampai ke perasaan malu sebab rambut masih nampak walaupun ber'tudung'. betapa hidayah tu sudah mula terasa dalam hati.

satu hari, i terlambat bangun. apa lagi, kelam-kabut bersiap nak ke kelas. tudung pun tak sempat nak pin ke bahu-bahu bagai, i terus pin kan ke depan kan sahaja, tak payah selempang-selempang.

siap je, terus mulakan larian ke dewan kuliah. haha. teruk perangai anak dara ni. setelah kepenatan berlari dengan kelajuan 120km/j *ok, ni tipu* i sampai depan pintu dewan kuliah dann....

"ops, sorii.." i terlanggar bahu seorang lelaki.

"it's ok." dia senyum.

waaa.. tu dia.. mamat yang i selalu usya tu. haha. aduhai. adakah kelewatan ini, takdir yang menemukan kami? eceh! eceh! tolong lempang pipi i 23 kali.

i terkejut sekejap.

"kan cantik pakai tudung macam ni..."

pitam. CPR. oh! "oh, thanks." auw. malu. isy, pipi dah merah. haha!

ok, dah dah. uolls~ ingat i nak berdrama lagi depan pintu dewan kuliah tu? cepat-cepat masuk dan duduk. husy! kencangnya jantung. sangat gatal kan?

haha. cesss... lepas kejadian tu, i pun sedarlah yang i pakai tudung kurang proper kan. even kaktus dah tak ada, tapi menampakkan dada. isy isy isy. i pun mula berubah dengan pemakaian yang menutup dada. masih selempang. tapi i jatuhkan, susun, pin supaya tutup bahagian depan.

i still dengan gaya macam tu sampailah saat.. jap.. i tengah ingat bila masa i pakai stokin.

...

...

...

...

gagal mengingat!

takpe, proceed.

then, masa i and the gang melawat UK & France around 2 years ago, buat i terbuka hati sedikit demi sedikit, betapa seronoknya kalau menutup aurat dengan sempurna.

kat sana, kami susah nak cari masjid dan surau. i tengok, yang lelaki, lepas ambil wudhu', terus hampar sejadah, solat lah hatta di atas rumput, di belakang bangunan, atau dalam fitting room sekalipun. ketiadaan masjid atau surau bukan alasan untuk tidak solat.

ada satu ayat yang i tulis dalam buku catatan i sepanjang di sana,

"bersihkan wajahmu, tanganmu, kepalamu, dan kakimu. lalu hamparkanlah alas di atas muka bumi Allah yang luas ini, dan dirikanlah solat. seluas-luas hamparan bumi, tiada satu pun yang boleh mengganggumu dari melakukan suruhan Allah..."

menitik air mata i, dengan ayat sendiri. sungguh, i rasa kerdil, i rasa betapa suruhan Allah tu sebenarnya memudahkan kita dalam semua perkara. tak ada yang susah dalam Islam. tinggal kita ni degil tak degil, malas tak malas je.

i cuba berubah sedikit demi sedikit. eheh.

tapi masa ni, i still pakai tudung bawal yang jarang tu, cuma dah cari jenis kain yang agak tebal sikit. tak berapa nak jarang.

then, sampai lah saat i dah kerja, dah pegang duit sendiri. tiba-tiba i tergerak hati nak beli tudung. i mesej seorang sahabat,

"tudung macam mana yang ok, ye? selendang ok, tak?"

dia jawab, "pakailah tudung yang menutup dadamu, melepasi bahumu, tidak menampakkan lehermu, sesungguhnya itulah pakaian yang sesuai untuk kamu, wahai muslimah."

uhuk!

terbatuk. agak makan dalam. rasa nak menitis air mata sekejap. terus i cari tudung yang labuh melepasi bahu, tidak jarang menampakkan leher.

terima kasih, sahabat.

alhamdulillah, sampai sekarang, i masih dalam penampilan yang sebegitu. i cuba menutup aurat sesempurnanya, bukan membalut aurat.

kawan-kawan yang sama jantina dengan i, percayalah, seronok tutup aurat dengan sempurna ni.

i ingat lagi satu peristiwa, i berkelah dengan kawan-kawan. masa singgah di surau, tengok-tengok, telekung tak disediakan. kami pandang sesama kami, masing-masing terfikir soalan yang sama, macam mana nak solat? sudahnya, kami solat bergilir dan semua menggunakan tudung i, stokin i, sarung lengan i, dan cardigan labuh i.

semua ni, peristiwa di Eropah yang menyedarkan i. sebab kami perlu sentiasa bersiap dengan keadaan yang sebegitu. macam mana kita menutup aurat ketika solat, macam tu juga lah kita ketika berada di mana-mana. senang. ambil wudhu', hampar alas, kita boleh terus solat. tapi kebersihan jangan dilupa ye?

untuk kaum lelaki pula, i suka melihat sahabat i tu punya pendirian. selama ni mungkin kaum lelaki ambil ringan hal-ehwal aurat mereka. maklumlah, mungkin tak sesulit perempuan. lelaki setakat pusat sampai lutut sahaja, kan?

tapi, sahabat i ni, dia tak suka pakai t-shirt atau baju yang agak singkat, atau seluar yang ketat. katanya,

"nanti kalau sujud, baju terangkat, dah nampak belakang. seluar ketat sangat pun, selesa ke? nak ruku' sujud pun tak selesa, macam mana nak khusyu' solat?"

jangan ingat perempuan aje kena prihatin soal aurat, kaum adam pun, ye?

sebenarnya, apa yang diperintahkan Allah tu, bukanlah untuk menyeksa manusia. Islam tu, agama fitrah. apa yang diperintahkan, sesuai dengan fitrah manusia tu sendiri. cuma kita ni, manusia, memang selalu leka. ada je hasutan syaitan yang buat kita rasa perintah Allah tu serba tak kena.

:)

p/s: alhamdulillah, my sis tu pun sedikit demi sedikit macam dah mula berhati-hati dalam pemakaian.

semoga kita sentiasa menerima hidayah-Nya dan istiqamah dalam setiap kebaikan yang dilakukan...

bubai~ thanks sebab sudi baca.. ^_~

15 July 2011

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung? (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

fuhh~ fuhh~ haachoom.. ni baru habuk seminggu. thee~

hye readers! Assalamualaikum!

tajuk entri special di hari jumaat yang sejuk-sejuk feeling ala-ala macam kat cameron lagi. oh ya, last weekend i pergi cameron. kot-kot lah jumpa seth tan kat sana. boleh ambil feel ala-ala nora elena sikit ^_~

sebenarnya agak takut sikit nak bawa tajuk ni. yelah. bukanlah i ni hebat sangat dalam bab-bab macam ni. just a few things nak share, pengalaman, kisah dan rentetan perjalanan hidup *chewah*. plus my sister sendiri pun ada seorang yang tak bertudung, kan. takut juga orang mengata, "eleh, adik sendiri tak pakai tudung, ada hati nak cakap hal tudung". just to remind, entri ini hanyalah untuk i kongsikan, apa yang i dah lalui selama ni.

i kenal tudung start darjah 1. masa tu i attend sekolah agama. so, ada 2 sekolah. sekolah kebangsaan dan sekolah agama. kat sekolah kebangsaan tu memang tak pakai tudung lah kan. siap pakai pinafore lagi pergi sekolah. rambut i masa tu panjang. sampai pinggang kalau tak silap. dan i memang tak pandai ikat rambut sendiri. sebelum pergi sekolah, hot mommy yang akan ikat rambut i kemas-kemas.

darjah 2, start potong rambut paras bahu sebab asyik tak reti ikat rambut sendiri. so pergi sekolah, lepaskan rambut. masa ni dah tak pakai pinafore. pakai baju kurung je sentiasa.

darjah 3, jadi prefect! sangat comel tengok kawan-kawan perempuan lain berkemeja biru muda dengan skirt biru tua paras lutut. i satu-satunya prefect darjah 3 yang pakai skirt labuh sampai buku lali. sebab? ada lah sebabnya. eh, ke maznie pun pakai macam tu ye? tak ingatlah. thee~ tapi masa ni dah start kena sound dengan ustazah masa subjek pendidikan islam. i tak ingatlah apa nama ustazah tu. dia pernah cakap, "orang perempuan kena pakai tudung!" tapi i fikir masa tu i belum akil baligh so belum matang, so i tak rasa pun i kena pakai tudung, muahaha~ teruknya perangai.

sebelum masuk darjah 4, tiba-tiba i rasa macam dah start segan dengan budak-budak lelaki kat sekolah. kat sekolah aje lah. then minta hot mommy buatkan tudung. i pun start pakai tudung kat sekolah, diulang, kat sekolah kebangsaan tu masa darjah 4. kat luar tak pakai tudung pun lagi. tapi kadang-kadang ada juga tak pakai tudung kat sekolah. aih, apa punya perangai lah ni.

i start full time bertudung masa keluar rumah masa darjah 6. this time my sis, engineer tupperware yang baru darjah 3 pun terikut i, pakai tudung. masa tu, i tengok Permaisuri Siti Aisyah tu sangatlah cantik bertudung. terus ajak hot mommy pergi shopping tudung.

first tudung yang i beli, eh, hot mommy belikan, warna putih. tudung segi tiga ada rambu-ramba di tiap penjuru. uolls~ ingat lagi tak ada fesyen tudung macam ni dulu? *i try gugel gambar dia tapi tak jumpa la tudung ni. so sad :( oh, masa tu komputer pun orang-orang kaya je ada.*

then i beli warna hitam dan krim. tiga warna ni aje lah yang i duk ulang tiap hari. hehe~

lepas tu tudung memang melekat kat kepala i. tapi masa tu, bukanlah tudung macam sekarang. tudung jenis bawal yang uolls~ biasa nampak orang pakai around 3-4 years back. tapi i selalu pakai tudung, tanpa anak tudung. means rambut tu still boleh nampak lah kan. kecuali kalau pergi sekolah.

masa form 4, i start pakai anak tudung. tapi bukan yang sarung full kepala tu. yang separuh je. then rambut ikat dan lepas ke belakang. but then masa tu rambut i tak adalah panjang mana so rambut tu still tak nampak bila i pakai tudung sekolah. cuma kalau keluar, pakai tudung jenis bawal tu lah.


hah, ni tudung bawal.


tiba-tiba suatu hari, ada spot check kat sekolah. dormmate i, kena denda sebab pakai anak tudung separuh. GPK HEM tarik rambut dia dari dalam tudung tu. dormmate i tak puas hati, terus kata, "cikgu, nadia budak kelas 5E1 tu pun pakai anak tudung separuh juga.." haha~

cikgu tu pun pergi kelas i, terus sergah, "nadia mana?"

i terperanjat dan terus keluar jumpa cikgu tu. "kenapa cikgu?" muka tak bersalah.

"awak pakai anak tudung separuh ke?"

"haah, cikgu." masih muka tak bersalah. "tak boleh ke, cikgu?" lagi mau tanya.

cikgu tu terus seluk tangan dia kat belakang tudung i dan tarik rambut i.

"ouchh, sakit cikgu!"

"sakit ye? awak tu dah lah ketua pelajar perempuan, pakai anak tudung separuh. tau tak kalau pakai anak tudung ni, rambut awak yang panjang tu, berjuntai-juntai macam ekor kuda, terkeluar dari tudung, orang nampak juga, kan?" cikgu tu terus tarik rambut i lagi kuat. malunya yang amat masa tu. semua student kelas bawah, 5E1, 5A1, 5M1 *kelas i located kat ground floor* keluar kelas tengok apa jadi. sebab suara cikgu tu memang kuat! serius, tak tipu. boleh dengar satu sekolah.

"aduh, sakit cikgu.."

"esok pakai anak tudung penuh!"

"tak ada, cikgu." muka sayu. serius sakit.

"weekend ni balik rumah, kan? nanti ajak mak pergi beli anak tudung penuh, faham?!"

tersentak i. "baik, cikgu..." *malu*

then i start pakai anak tudung penuh, kat sekolah aje la. luar dari sekolah still pakai anak tudung separuh. i rasa rimas dengan anak tudung penuh tu. punyalah jahat, kan.

masa kat matrik, dewan kuliah i, ramai student lelaki. al-maklum, kursus sains fizikal memang lebih ramai lelaki dari perempuan.

i and the gang *ceh, ada geng* selalu duduk dekat sempadan antara student lelaki dan student perempuan. sebab *eceh-eceh* i suka usya seorang student ni, muka yang amat sejuk mata memandang, dia selalu duduk dekat 1 baris ni dan i pun duduk baris yang sama *gatal!* tapi usya aje, k? tegur, tak berani. haha!

dah nama pun duduk depan barisan lelaki, confirmlah budak lelaki yang duduk belakang uolls~ kan. biasanya dalam dewan kuliah, barisan depan dipelopori kaum hawa, kaum adam suka duduk belakang. =.='

satu hari tu, ada sorang mamat ni, tegur i dalam dewan kuliah,
"nadia, kau ada tanam kaktus eh?"

"eh, bila masa pula aku tanam kaktus?"

"ni, kat kepala kau. tajam-tajam ni."

malunya yang amat. uolls~ tahu dia tunjuk apa? hujung rambut i yang mencacak-cacak macam duri kaktus kat tudung i. sebab, i pakai tudung, pakai anak tudung separuh dan rambut i sanggulkan, sebab rambut dah panjang, takkan nak juntaikan macam ekor kuda lagi.
#_# so, its really looks like cactus lah kan?

memang teguran tu sangatlah memberi kesan. i pun pakailah anak tudung penuh sampai sekarang.

i pakai tudung, dah tak ada kaktus. tapi, tudung i selempang kan. means, nampak dada lah, kan. masih tak perfect, kan?

nanti i sambung lagi part 2. i kena tegur sampai muka merah-merah.

bubai~ thanks sebab sudi baca :) ^_~


06 July 2011

Header!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


wahahahaha~ tadi baru dapat header baru~

thanks to once i talk or zalin sebab buatkan header ni..

sangat puas hati.

terasa keperempuanannya.

dah memang owner blog pun perempuan kan?

first impression, GELAK.

sebab? pink.

kenapa tah dia pilih warna pink. eheh~

sangat suka nama 'Nadia Havez' tu...

thanks again! ^_^

sukaa~~~

Doa Rabitah

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::






Ya Allah
Engkau Maha Mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya Rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman

Amin~

05 July 2011

I love you!!!



:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

nak ucap terima kasih yang tak terhingga sangat-sangat tinggi tak tercapai tangan kepada awak...

ye... awak yang 222 orang ni...




saaaayaaang korang semua...

-_-" ye ye.. i tahu memang tak seramai Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Zack Zukhairi, Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello, Aimie Harmelia, just name a few, but i still terharu ada juga yang follow blog yang adik i kata tak menarik ni. memang pun kot, sebab tengok rate viewers, around 30 per day sajoh hik3~ lagipun i memang jarang update dan tak berapa rajin blogwalking kan, padan muka sendiri. hee~

walaupun dah 2 tahun lebih dalam dunia blogging ni, tapi masih saaaaangat baaaanyak yang i tak tahu bout blogging.

apa pun, memang sayang korang.

dan juga kepada yang sudi baca...

sayang sangat~

hugs and kisses ^_^

and saja nak tempek award dari munie



thanks munie!

hugs and kisses lagi :D

Tips Beli Rumah (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::


:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


Perlu diingatkan, entri ini adalah panjang dan penuh dengan ilmiah. Sila baca jika hanya betul-betul berminat.

Hye, still remember my previous post, Tips beli rumah (Part 1)?

Now I nak sambung cerita pengalaman I mencari-cari bank untuk home financing loan.

Sebelum tu, biar I ceritakan kondisi rumah yang hendak dibeli.

Semua orang tahu pasal Skim Rumah Pertama yang kerajaan lancarkan beberapa bulan lepas kan? Skim tu untuk mereka yang punya pendapatan kurang dari RM3000 dengan usia di bawah 30 tahun untuk memiliki rumah tanpa sebarang bayaran deposit. Maknanya, 100% loan lah kan. Tapi, I tak boleh apply under that scheme. Sebab?

I beli second-hand house. Itu sebab utama. Rumah tu adalah rumah kedai, which is, kat bawah kedai, atas kedai tu ada beberapa tingkat untuk rumah. Situated at Ampang. Tapi I beli rumah sahaja. Bukan kedainya. Dan I nak buat 15 years loan duration.

First step is, kenal pasti bank mana yang anda nak pergi survey. Sebab, lain bank, lain pakej yang mereka tawarkan. Ikut keadaan rumah.

Sila dapatkan senarai bank di sini à
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=banking&lang=bm

Second step, lepas dah kenal pasti, bank mana yang uolls~ berminat nak pergi survey, kenalpasti kawasan terdekat yang ada semua bank yang uolls~ nak pergi. Senang, time consuming. I buka tiap-tiap website bank dan check branch yang dekat-dekat. I pilih kawasan Taman Melawati (tempat I kerja) dan Cheras (sebab I agak familiar with this area, selalu pergi HUKM kan). Dan kalau rajin dan takut sesat macam i, sila print map nya sekali.

Third step, kena apply cuti lorr~ hihi~. I ambil halfday khas untuk survey bank sajoh, sebanyak 12 buah bank.

4th step, sediakan dokumen berkaitan. Sekadar nak pergi survey sajoh kan. Tapi sebab ni second-hand punya rumah, sila bawa bersama geran rumah tu dan s&p dari pembeli terdahulu. Sebab ada a few perkara yang bank nak check.

Lagi, sila bawa bersama slip gaji, bank statement 3 months back dan penyata KWSP. Senang bank boleh terus kira sama ada uolls~ mampu ke tak nak buat pinjaman tu berdasarkan tangga gaji dan komitmen yang u ada. Komitmen tu macam kereta, kad kredit or personal loan.


Here, ringkasan yang I boleh ringkaskan hasil survey I selama setengah hari itu. Bear in mind, perenggan seterusnya mungkin panjang-panjang dan penuh dengan info dan nombor-nombor yang mungkin membosankan uolls~ kalau uolls~ bukan berminat nak beli rumah pun. Eheh~ Perlu diingatkan, ni adalah kondisi untuk second-hand house dan rumah tu adalah rumah kedai.

Sebelum tu, mari kenal beberapa term yang I akan gunakan dalam perenggan di bawah dan seterusnya.

  1. Evaluation:

    oleh sebab ni rumah second-hand, so nilai hartanah ni perlu di evaluate dahulu. Yelah, nak kena confirmkan berapa market value untuk rumah tu. Biasanya bank memang ada evaluator dia sendiri. Perkara yang diperlukan untuk evaluate nilai rumah yang uolls~ nak beli adalah;

    1. alamat penuh rumah,
    2. keluasan rumah per sq ft or per sq m,
    3. ada renovation ke tak.


  2. MRTA:

    MRTA stand for Mortgage Reducing Term Assurance. It is also frequently referred to Mortgage Life Insurance. MRTA helps you settle your housing loan in the event something happens to you. Although many people don't like talking about it, disability, illness or death can occur any time. MRTA will cover the unpaid portion of your loan if this happens. It gives you peace of mind and protects your family from losing a home. It provides coverage even during the construction period. The premium is reasonable, and it can even be financed by your bank.

    What are the benefits?
    -> Lump sum repayment to your mortgage loan in case of death or total and permanent disability due to natural causes, illness or accidents.
    -> Coverage is 24 hours, worldwide.
    -> Premiums can be financed by the bank.
    -> Discount on the premium for joint life application if your home is jointly owned by your spouse or immediate next of kin.

    What does MRTA cover?
    It covers disability, illness or death and also total and permanent disability. However, there are exclusions such as:
    -> Death due to suicide and AIDS/HIV
    -> Total or permanent disability due to self-inflicted injuries, armed forces, riot and civil commotion, flying other than as a fare-paying passenger, racing on a horse or wheels
    -> Pre-existing conditions such as AIDS/HIV

    How much would my premium be?
    Premium factors depend on the sum assured, interest rate, term, construction period, premium financing, joint-life, age at next birthday.


  3. Legal fees:

    Kos peguam maa~


Ok, now move on to my hasil survey.

  1. Bank Rakyat.

    Dari evaluator diorang, rumah yang I nak beli tu dikatakan berharga RM70,000. Even owner nak jual RM80,000, bank ni hanya cover nilai terendah dari mana-mana antara nilai dari evaluator or nilai yang ditetapkan owner. Bank ni cover 80% sahaja dari jumlah keseluruhan harga rumah, so, in my case, its cover RM56,000. MRTA dan Legal fees dia tak cover. Lepas tolak sana sini campur darab bahagi, I kena bayar instalment RM598 untuk duration 15 years loan.


  2. Bank Islam

    Unfortunately, dia hanya benarkan minimum loan RM100,000. So, awal-awal dah kena reject.


  3. Bank Muamalat

    Ni pun minimum RM100,000. Reject.


  4. Hong Leong Bank

    Cover 88% from nilai terendah sama ada dari evaluator atau harga yang owner jual. Sediakan cash around RM600++ untuk MRTA dan legal fees. I letak if harga RM70,000, instalment RM580 per month with 15 years duration.


  5. Public Bank

    Cover 90% daripada mana-mana nilai terendah tu. Dia dah check value rumah from evaluator, and evaluator bagi RM60,000. Butttt… Public Bank macam takut sikit nak bagi pinjaman untuk rumah kedai, tak mahu ambil risiko. Dia kata, "maaf Puan, let say kedai kat bawah rumah Puan terbakar, insurans hanya akan cover rumah Puan sahaja. So kami tak boleh bina balik rumah Puan selagi kedai kat bawah tu tak settle". Ok, memang hampir setiap bank panggil I 'Puan'. I ni macam dah berkahwin ke?


  6. AmBank

    Cover 90% dari nilai terendah juga. MRTA dan segala fees tu diorang cover dalam RM4000. Market value rumah tu yang di check evaluator, RM70,000. So, instalment per month is RM609 for 15 years. Staf yang bertugas ni teramatlah friendly sampai I terus rasa nak sign agreement tapi bila tengok monthly instalment yang ada angka '6' tu, terus mata I berpinar uolls~.


  7. BSN

    Dia tak boleh bincang apa-apa kat any branches. U kena call HQ diorang yang dekat Jalan Ampang tu. So, I malas nak tempuh jam, I KIV dulu.


  8. CIMB

    Staf dia pun very friendly. Diorang cover 90% nilai terendah. Setelah di check oleh penilai mereka, nilai rumah adalah RM70,000 juga. MRTA and other fees diorang cover 5%. So, total semua 95% lah kan. Instalment RM522.43 untuk 15 years. Setakat ni, CIMB yang terendah. Tapi, he said, "selalunya, kita nak orang yang dah ada komitmen. Macam Puan ni, Puan belum ada sebarang komitmen. Kita nak tengok payers attitude. Sama ada bayar on time ke, ada lewat-lewat ke. So selalunya mereka yang dah ada komitmen macam kereta dll senang sikit dapat." Itu katanya lah.


  9. HSBC Amanah

    Macam malas je nak masuk bank ni sebab staf yang bertugas, Tanya sepatah, jawab sepatah. Sangatlah tidak friendly -_-" Bank ni hanya cover 80% dari mana-mana nilai terendah. MRTA and other fees, bayar sendiri. Segala valuation dan checking hanya akan dibuat selepas once u dah confirm nak pinjam kat bank ni. Tak sempat nak tanya instalment per month, I dah cabut lari sebab bosannya dengan staf tak friendly macam ni!


  10. EON Bank

    Ni pun cover 80% only. MRTA and other fees diorang bagi 5%. So instalment per month RM 513 untuk duration 15 years. Ni pun nak orang yang ada komitmen. Staf, pun tak friendly. Aih, awat lah I dapat orang-orang yang tak friendly bila tiba waktu petang ni? Ke sebab factor hari dah petang, semua dah tak ada mood?


  11. Alliance Bank

    Diorang cover 90%. MRTA and other fees dicover around 5%. So, untuk nilai hartanah RM70,000, instalment per month adalah RM573 selama 15 tahun.


  12. Al-Rajhi

    Yes! Last! Masa ni dah hujan. Dan I meredah hujan nak ke bank ni. Sampai kat dalam tu, siap kena tunggu sebab staf berkaitan tengah solat Asar. Jam dah pukul 4.45 petang. Bank ini hanya bagi loan untuk government servant sahaja dan kalau private company pun, untuk company BERHAD sahaja. So, pulanglah dengan hampa.

Perlu diingat, setiap bank memang tawarkan pakej berbeza, bergantung pada kondisi rumah, gaji u, komitmen u dan macam-macam lagi yang diorang akan tanya kalau kita pergi consult dengan mereka. Don't worry, consultation is free. DAN… rate untuk government servant dan private sector staff pun berbeza, ok? Yang I list kan ni untuk private dan second-hand house, RM70,000 value with 15 years duration.


Tapi lepas penat lelah pergi survey semua ni, akhirnya, I memilih RHB Bank. Muahaha~ tak ada dalam list pun kan? Ni bapak I yang pergi tengok.

RHB cover 80% dan baki 20% I kena bayar sendiri. Diorang dah evaluate rumah tu bernilai RM70,000. MRTA and semua fees mereka cover. Instalment per month around RM500 dengan 15 years duration.

Oh ya, biasanya, loan akan lulus dengan senangnya kalau instalment per month tu around maximum 30%-40% from your gross pay.

If gaji kasar u around RM1500, so instalment rumah u maksimum RM600 (40%). Kalau lebih dari tu, memang tak lulus lah nampaknya. Tapi u still boleh buat loan, guna dua nama lah.

Setakat ni sahaja untuk kali ini. Kalau ada benda-benda lain yang teringat, nanti I kongsi dengan uolls~ ya. Sorriii kalau uolls~ bosan baca. Hope ada something yang uolls~ dapat gambaran tentang loan rumah ni.

And I also hope golongan muda-mudi ni, beli lah rumah sebelum tua. Eheh~. Sebab kalau rumah mahal, u boleh panjangkan duration pinjaman sebab muda lagi so tak adalah berat sangat nak bayar instalment per month. Ada bank boleh bagi up until 40 – 45 years if u still 20++ years old.

Selamat membeli rumah!


Thanks sebab sudi baca ^_^

01 July 2011

Phishing Conspiracy!



:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

this reminder is for those yang perangai tak berapa nak alert macam i.

last few weeks, i got an email, from maybank 2u lah katanya. since i ni pun memang sangatlah aktif guna online banking ni kan. dalam emel tu, dia kata ada something wrong with my maybank online banking profile, then i got to click the link provided to overcome the problem.

i pun, dengan sangatlah naif, pi click link tu.

link tu bawa i ke another window yang macam maybank2u juga sebab guna kaler kuning dan hitam. dia suruh key-in password maybank2u. i pun key-in lah. then, macam masuk FAKE maybank2u site (which yang that time i tak rasa tu website palsu, sebab i mati-mati ingat memang dari maybank).

esoknya, datang lagi emel yang lebih kurang macam tu. i pun klik lagi link yang diberikan.

same thing happened. kena key-in password and blablabla... sama je semua tapi rupa site tu macam lain sikit. just warna kuning hitam tu masih kekal.

then, sampai lah hari keempat-kelima macam tu, i start pelik, kenapa my profile asyik problem aje kan? takkan maybank sangatlah tak menitikberatkan kualiti servis kepada pelanggan? setahu i, dalam banyak-banyak customer service yang i jumpa, dengan maybank laaa yang i paling puas hati setakat ni.



lebih kurang macam ni lah rupa emel yang uolls~ akan dapat. dia macam-macam jenis.

tapi modus operandinya tetap sama. u have to click the link provided.

sampailah i rasa yang i tak patut kot klik again kat link tu. then, mungkin Allah nak bagi gerak hati, one day, masa on maybank2u, i terpandang sesuatu...




oh no~~~ then i click link 'email or SMS fraud!' tu,

Please continue to be alert against any emails requesting you to update your particulars or apply for TAC or log in to Maybank2u through any email link. Our URL is http://www.maybank2u.com.my and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise. Maybank does not send out any e-mail or SMS requesting customers to provide personal banking ID or PIN or credit card information. Please do not log in through website links contained in emails supposedly from Maybank or other institutions. Be alert or you may fall victim to a financial scam.

baca dan baca, barulah i sedar yang i sudah jadi mangsa. wahahaha~~~

siap kena gelak dengan member-member office. diorang kata, punyalah tiap kali login, ada popup reminder yang suruh beringat, jangan klik any link from your email account, i boleh tak tahu?

sabar aje lah ye.

kalau uolls~ larikan kursor uolls~ dekat link tu, uolls~ akan nampak kat command part kat bawah tu, link tah kemana-mana tah.

sila report kejadian ni pada pihak maybank. maybank akan minta uolls~ berikan link yang berkenaan tu. lepas kejadian i klik link tu, sehari, mahu 5-6 emel penipu ni i dapat.

maybank nasihatkan uolls~ tukar password lepas terperangkap dengan keadaan macam ni.

so my friend and i, lepas ni kita kena berhati-hati lah. di zaman serba canggih ni, segala benda pun orang nak hack. huu~

nasib baik i check akaun and transaction, tak ada duit yang lesap macam tu sajoh. maybe sebab baki akaun maybank i memang sikit aje kot.

sila berjaga-jaga ye kawan-kawan!

^_^v