Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 July 2011

Tips Beli Rumah (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::


:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


Perlu diingatkan, entri ini adalah panjang dan penuh dengan ilmiah. Sila baca jika hanya betul-betul berminat.

Hye, still remember my previous post, Tips beli rumah (Part 1)?

Now I nak sambung cerita pengalaman I mencari-cari bank untuk home financing loan.

Sebelum tu, biar I ceritakan kondisi rumah yang hendak dibeli.

Semua orang tahu pasal Skim Rumah Pertama yang kerajaan lancarkan beberapa bulan lepas kan? Skim tu untuk mereka yang punya pendapatan kurang dari RM3000 dengan usia di bawah 30 tahun untuk memiliki rumah tanpa sebarang bayaran deposit. Maknanya, 100% loan lah kan. Tapi, I tak boleh apply under that scheme. Sebab?

I beli second-hand house. Itu sebab utama. Rumah tu adalah rumah kedai, which is, kat bawah kedai, atas kedai tu ada beberapa tingkat untuk rumah. Situated at Ampang. Tapi I beli rumah sahaja. Bukan kedainya. Dan I nak buat 15 years loan duration.

First step is, kenal pasti bank mana yang anda nak pergi survey. Sebab, lain bank, lain pakej yang mereka tawarkan. Ikut keadaan rumah.

Sila dapatkan senarai bank di sini à
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=banking&lang=bm

Second step, lepas dah kenal pasti, bank mana yang uolls~ berminat nak pergi survey, kenalpasti kawasan terdekat yang ada semua bank yang uolls~ nak pergi. Senang, time consuming. I buka tiap-tiap website bank dan check branch yang dekat-dekat. I pilih kawasan Taman Melawati (tempat I kerja) dan Cheras (sebab I agak familiar with this area, selalu pergi HUKM kan). Dan kalau rajin dan takut sesat macam i, sila print map nya sekali.

Third step, kena apply cuti lorr~ hihi~. I ambil halfday khas untuk survey bank sajoh, sebanyak 12 buah bank.

4th step, sediakan dokumen berkaitan. Sekadar nak pergi survey sajoh kan. Tapi sebab ni second-hand punya rumah, sila bawa bersama geran rumah tu dan s&p dari pembeli terdahulu. Sebab ada a few perkara yang bank nak check.

Lagi, sila bawa bersama slip gaji, bank statement 3 months back dan penyata KWSP. Senang bank boleh terus kira sama ada uolls~ mampu ke tak nak buat pinjaman tu berdasarkan tangga gaji dan komitmen yang u ada. Komitmen tu macam kereta, kad kredit or personal loan.


Here, ringkasan yang I boleh ringkaskan hasil survey I selama setengah hari itu. Bear in mind, perenggan seterusnya mungkin panjang-panjang dan penuh dengan info dan nombor-nombor yang mungkin membosankan uolls~ kalau uolls~ bukan berminat nak beli rumah pun. Eheh~ Perlu diingatkan, ni adalah kondisi untuk second-hand house dan rumah tu adalah rumah kedai.

Sebelum tu, mari kenal beberapa term yang I akan gunakan dalam perenggan di bawah dan seterusnya.

  1. Evaluation:

    oleh sebab ni rumah second-hand, so nilai hartanah ni perlu di evaluate dahulu. Yelah, nak kena confirmkan berapa market value untuk rumah tu. Biasanya bank memang ada evaluator dia sendiri. Perkara yang diperlukan untuk evaluate nilai rumah yang uolls~ nak beli adalah;

    1. alamat penuh rumah,
    2. keluasan rumah per sq ft or per sq m,
    3. ada renovation ke tak.


  2. MRTA:

    MRTA stand for Mortgage Reducing Term Assurance. It is also frequently referred to Mortgage Life Insurance. MRTA helps you settle your housing loan in the event something happens to you. Although many people don't like talking about it, disability, illness or death can occur any time. MRTA will cover the unpaid portion of your loan if this happens. It gives you peace of mind and protects your family from losing a home. It provides coverage even during the construction period. The premium is reasonable, and it can even be financed by your bank.

    What are the benefits?
    -> Lump sum repayment to your mortgage loan in case of death or total and permanent disability due to natural causes, illness or accidents.
    -> Coverage is 24 hours, worldwide.
    -> Premiums can be financed by the bank.
    -> Discount on the premium for joint life application if your home is jointly owned by your spouse or immediate next of kin.

    What does MRTA cover?
    It covers disability, illness or death and also total and permanent disability. However, there are exclusions such as:
    -> Death due to suicide and AIDS/HIV
    -> Total or permanent disability due to self-inflicted injuries, armed forces, riot and civil commotion, flying other than as a fare-paying passenger, racing on a horse or wheels
    -> Pre-existing conditions such as AIDS/HIV

    How much would my premium be?
    Premium factors depend on the sum assured, interest rate, term, construction period, premium financing, joint-life, age at next birthday.


  3. Legal fees:

    Kos peguam maa~


Ok, now move on to my hasil survey.

  1. Bank Rakyat.

    Dari evaluator diorang, rumah yang I nak beli tu dikatakan berharga RM70,000. Even owner nak jual RM80,000, bank ni hanya cover nilai terendah dari mana-mana antara nilai dari evaluator or nilai yang ditetapkan owner. Bank ni cover 80% sahaja dari jumlah keseluruhan harga rumah, so, in my case, its cover RM56,000. MRTA dan Legal fees dia tak cover. Lepas tolak sana sini campur darab bahagi, I kena bayar instalment RM598 untuk duration 15 years loan.


  2. Bank Islam

    Unfortunately, dia hanya benarkan minimum loan RM100,000. So, awal-awal dah kena reject.


  3. Bank Muamalat

    Ni pun minimum RM100,000. Reject.


  4. Hong Leong Bank

    Cover 88% from nilai terendah sama ada dari evaluator atau harga yang owner jual. Sediakan cash around RM600++ untuk MRTA dan legal fees. I letak if harga RM70,000, instalment RM580 per month with 15 years duration.


  5. Public Bank

    Cover 90% daripada mana-mana nilai terendah tu. Dia dah check value rumah from evaluator, and evaluator bagi RM60,000. Butttt… Public Bank macam takut sikit nak bagi pinjaman untuk rumah kedai, tak mahu ambil risiko. Dia kata, "maaf Puan, let say kedai kat bawah rumah Puan terbakar, insurans hanya akan cover rumah Puan sahaja. So kami tak boleh bina balik rumah Puan selagi kedai kat bawah tu tak settle". Ok, memang hampir setiap bank panggil I 'Puan'. I ni macam dah berkahwin ke?


  6. AmBank

    Cover 90% dari nilai terendah juga. MRTA dan segala fees tu diorang cover dalam RM4000. Market value rumah tu yang di check evaluator, RM70,000. So, instalment per month is RM609 for 15 years. Staf yang bertugas ni teramatlah friendly sampai I terus rasa nak sign agreement tapi bila tengok monthly instalment yang ada angka '6' tu, terus mata I berpinar uolls~.


  7. BSN

    Dia tak boleh bincang apa-apa kat any branches. U kena call HQ diorang yang dekat Jalan Ampang tu. So, I malas nak tempuh jam, I KIV dulu.


  8. CIMB

    Staf dia pun very friendly. Diorang cover 90% nilai terendah. Setelah di check oleh penilai mereka, nilai rumah adalah RM70,000 juga. MRTA and other fees diorang cover 5%. So, total semua 95% lah kan. Instalment RM522.43 untuk 15 years. Setakat ni, CIMB yang terendah. Tapi, he said, "selalunya, kita nak orang yang dah ada komitmen. Macam Puan ni, Puan belum ada sebarang komitmen. Kita nak tengok payers attitude. Sama ada bayar on time ke, ada lewat-lewat ke. So selalunya mereka yang dah ada komitmen macam kereta dll senang sikit dapat." Itu katanya lah.


  9. HSBC Amanah

    Macam malas je nak masuk bank ni sebab staf yang bertugas, Tanya sepatah, jawab sepatah. Sangatlah tidak friendly -_-" Bank ni hanya cover 80% dari mana-mana nilai terendah. MRTA and other fees, bayar sendiri. Segala valuation dan checking hanya akan dibuat selepas once u dah confirm nak pinjam kat bank ni. Tak sempat nak tanya instalment per month, I dah cabut lari sebab bosannya dengan staf tak friendly macam ni!


  10. EON Bank

    Ni pun cover 80% only. MRTA and other fees diorang bagi 5%. So instalment per month RM 513 untuk duration 15 years. Ni pun nak orang yang ada komitmen. Staf, pun tak friendly. Aih, awat lah I dapat orang-orang yang tak friendly bila tiba waktu petang ni? Ke sebab factor hari dah petang, semua dah tak ada mood?


  11. Alliance Bank

    Diorang cover 90%. MRTA and other fees dicover around 5%. So, untuk nilai hartanah RM70,000, instalment per month adalah RM573 selama 15 tahun.


  12. Al-Rajhi

    Yes! Last! Masa ni dah hujan. Dan I meredah hujan nak ke bank ni. Sampai kat dalam tu, siap kena tunggu sebab staf berkaitan tengah solat Asar. Jam dah pukul 4.45 petang. Bank ini hanya bagi loan untuk government servant sahaja dan kalau private company pun, untuk company BERHAD sahaja. So, pulanglah dengan hampa.

Perlu diingat, setiap bank memang tawarkan pakej berbeza, bergantung pada kondisi rumah, gaji u, komitmen u dan macam-macam lagi yang diorang akan tanya kalau kita pergi consult dengan mereka. Don't worry, consultation is free. DAN… rate untuk government servant dan private sector staff pun berbeza, ok? Yang I list kan ni untuk private dan second-hand house, RM70,000 value with 15 years duration.


Tapi lepas penat lelah pergi survey semua ni, akhirnya, I memilih RHB Bank. Muahaha~ tak ada dalam list pun kan? Ni bapak I yang pergi tengok.

RHB cover 80% dan baki 20% I kena bayar sendiri. Diorang dah evaluate rumah tu bernilai RM70,000. MRTA and semua fees mereka cover. Instalment per month around RM500 dengan 15 years duration.

Oh ya, biasanya, loan akan lulus dengan senangnya kalau instalment per month tu around maximum 30%-40% from your gross pay.

If gaji kasar u around RM1500, so instalment rumah u maksimum RM600 (40%). Kalau lebih dari tu, memang tak lulus lah nampaknya. Tapi u still boleh buat loan, guna dua nama lah.

Setakat ni sahaja untuk kali ini. Kalau ada benda-benda lain yang teringat, nanti I kongsi dengan uolls~ ya. Sorriii kalau uolls~ bosan baca. Hope ada something yang uolls~ dapat gambaran tentang loan rumah ni.

And I also hope golongan muda-mudi ni, beli lah rumah sebelum tua. Eheh~. Sebab kalau rumah mahal, u boleh panjangkan duration pinjaman sebab muda lagi so tak adalah berat sangat nak bayar instalment per month. Ada bank boleh bagi up until 40 – 45 years if u still 20++ years old.

Selamat membeli rumah!


Thanks sebab sudi baca ^_^

5 comments:

  1. okeh puan....

    orang selalu ingat I masih student....yeah nampaknya saya masih muda..

    nad memang muka matured skit. memang ada gaya puan gitu...huh cepatlah kawen.haha

    ReplyDelete
  2. Puan Bai::
    muahahah~ ramai cakap camtu.. muka je tua.. :(

    kawen? insyaAllah.. mohon doanya.. :)

    ReplyDelete
  3. wah nadia..congrats,,,dah beli pon...huhuhu,,,tapi mengikut ini..nampaknya tak mampu la aku nk beli umah..ahhahaha..sewa jela nampaknye begini...ahhahahah

    ReplyDelete
  4. Term evaluation tu tak betul. Sepatutnya valuation je.

    Evaluator supposedly valuer.

    Gud luck untuk dapatkan rumah.

    ReplyDelete
  5. farah::
    kalau ko nak lagi kompom, better gi try tanya2.. but then, it still 30-40% from gross pay ko.. kalau ikut tangga gaji aku, max harga umh yg aku boleh beli, RM200k, dengan 30yrs tenure..

    fairuz::
    oh ye? tQ for the correction.. tapi ada je bank yg sebut evaluation tu. muahaha~

    ReplyDelete