Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 September 2014

Trip ke Krabi (Part 3)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Part 1
Part 2

Jom kita sambung lagi entri trip ke Krabi. Korang dah boring ke? Alaa jangan lah boring dulu. Aku tahulah dah 3minggu pun sibuk lagi cerita pasal Krabi tak habis-habis. Maaflah orang jarang update blog memang gini. Walaubagaimana waima sekalipun, aku tatappp nak update pasal Krabi.

So hari kedua. Aktiviti air. Yay! PERINGATAN: Entri ini mengandungi lebih banyak gambar dari entri biasa. Ewah!

Checklist untuk Fateh:
- Towel
- Baju salin 2. 3 pasang
- Pampers 3, 4 keping
- Makanan kudap-kudap (roti, biskut, etc)
- Sebotol air masak


Kitorang tour 4 islands. Nama-nama island aku dah lupa. Harap maklom. Tu lah lambat up entri lagi.


Ni masa kat jeti. Tengah tunggu bot kitorang. Ewah bot kitorang sangat.




Ni kat 1st island. Masa ni aku bagi Fateh main pasir je. Belum berani lagi nak bawa dia masuk laut. Masa kat 1st island ni, Imam pun tak turun laut. Setakat tengok-tengok gitu je. Jap aku check tentatif program dalam emel. Rasanya ada lagi.


Ooo nama dia Thale-Whake (Separated Sea). Bak kata orang dalam bot tu, Sebenarnya antara 3 pulau tu boleh jalan kaki je kalau air surut. Tapi kami kurang bernasib baik hari tu. Air pasang, so kitorang tak boleh la rasa nak berjalan kaki antara 3 pulau tu.

Ni gambar aku amik kat Gugel. Nampak tak laluan berpasir tu? Haa kat situ lah boleh berjalan ke pulau sinun tu.

Dah 20 minit kat pulau ni, moh ler kita ke next activity, snorkeling. Terjun dari bot sajoh. Diorang berenti kat tengah-tengah laut.

Yang pasti aku tak turun snorkeling lah kan. Bistu Fateh aku nak sangkut mana kan?

Makanya, ayah Fateh aje lah yang turun snorkeling. Jeles ok!

Apa yang aku dengan Fateh buat?



Ni lah kerja Fateh. Orang bagi roti tu suruh bagi ikan-ikan makan. Dia lak yang excited makan -___-"


Ni kawan baik Fateh kat sana. Yi Fong. Anak boss.

Tapi Imam kata snorkeling kat sana tak bes. Lagi bes kat Tioman. Aku tak tahulah dia kata gitu sekadar nak sedapkan hati aku ke hape. Layan sajoh.


Dah habis snorkeling. Kitorang berhenti kat Chicken Island untuk lunch.



Fateh main pasir sambil aku suap dia makan. Oh, kat sini Fateh makan apa yang kitorang makan. So dia makan nasi & ayam goreng. Senang sikit nak bawa budak yang dah boleh makan macam-macam ni. Compared to budak yang tengah makan puree je kan.


 Masa ni sebenarnya first time aku bawa Fateh masuk laut. Sebenarnya nak basuh tangan dia je sebab dia main pasir lepas tu masuk dalam mulut pfftttt.. tapi Fateh terlebih excited jumpa air (dia memang sangat suka main air even masa mandi kat bilik air pun -____-"). Meronta-ronta dia taknak naik ke darat. Amboi nak, fefeeling ikan duyung ke.


Last-last terpaksa aku serahkan kat Imam. Aku tak mampu control dah. Imam bawak lah dia acah-acah masuk air manja-manja gitu.


Lepas 2nd island ni, nak move ke next island, Fateh tak mau naik bot. Sebab dah seronot sangat main air kan. Meronta-ronta lah dia tak mahu naik. Imam terpaksa angkut dia juga kalau tak kena tinggal nak oii! Siapa nak cari kita kat pulau terpencil ni kang. Tak pasal-pasal aku laki bini nyanyi lagu Kaho Naa Pyar Hai kat pulau tu kang.

Dalam bot tu aku rasa disaster sangat. Fateh meronta-ronta menangis-nangis nak main air. Aku bagi susu pun tak nak. Adoi laa cepat lah sampai next island! Malu aku kat orang lain.


Sampai next island (Poda Island. Ni aku tau pun sebab kebetulan diorang ada amik gambar kat signboard island ni), isteri bos bagi Fateh pinjam baju mandi anak dia. Maka berswimming suit lah anak Iolls. Aku minta life jacket untuk Fateh kat orang bot tu.


 Tapi cam besarrr je life jacket dia kan? Ke Fateh yang masih kecik sangat tapi mak pak dia dah gatal bawak masuk laut? Tetibe aku rasa muka kitorang laki bini dalam ni macam ada iras-iras bagai pinang dibelah patbelas kerat gituuu...


 Last-last life jacket tu jadi 'kayu Jack and Rose dalam Titanic' untuk Fateh. Ko duk je la atas life jacket tu, nak.


Tapi Fateh kata dia dah terer. I don't need life jacket, Mommy! Kemahen ko, nak. Excited sungguh!

Memang puas lah Fateh main air laut kat Poda Island ni. 40 minit diorang bagi masa kat sini. Lepas dia dah puas, aku salin pampers, salin baju, naik bot, kasi susu. Dan tak berapa saat lepas tu, Fateh pun zzzzzz... alhamdulillah. Makanya kat pulau keempat, Imam saje lah yang berjalan-jalan pusing pulau. Aku duduk saje mendukung Fateh yang dah tidur tak sedar dunia tu.

Malam tu bos belanja dinner. Ape lagi memasing kemahen melantak order seafood ala-ala malu-malu tapi mahu. Kemahen memasing kan. Dah bos kata nak bayar, order je la bebanyak kan.. gahahaha.. ni betul perut resaksa. Sekali lagi aku berwalang durja sebab portion nasi sikit yang hamat. Ala-ala untuk Fateh aje gayanya. Bos suruh aku order tambah lagi tapi kedai tu kata nak tutup dah pfftttt! Berendam air mata aku malam tu menahan perut. Hahah! Eh, ke sebenarnya bos perli aku je tu soh tambah order lagi?

Overall aku suka yang hamat 2nd day ni. Seronot sebab main air kan. Aku seronot sebab Fateh seronot, Imam pun seronot. Alhamdulillah. Takde lah aku rasa rugi beli tiket flight diorang. Bahahah!

Memang diakui pulau & laut kat sini cantik sangat. Air jernih nye lah hai! Biru-biru tukois gituuu.. Korang pun boleh tengok kat gambar-gambar tu kan. Tapi orang kata kat Malaysia lagi cantik. Pulau Sipadan contohnya. Aku tak tahulah kan. Aku selalu pergi PD, Klebang, Desaru, tu je lah yang aku tahu pun.

Ok nanti aku sambung part last eh. Day 3 & 4 kat sana. Haha. Janji-janji entri last untuk Krabi :P

23 September 2014

Aku Bermadu?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Stop jap entri Krabi semata-mata nak kasi laluan kat entri hangat masa kini nih.

Kemain tajuk menggempar dunia. Korang tau kan maksud bermadu? Aaa bukan badan dilimpahi madu-maduan, tapi, suami kahwin lebih dari satu.

Isteri mana yang sanggup dimadukan? Aku memang respek lah kepada isteri-isteri yang mampu hidup berkongsi suami ni. Contoh Dayana & Sakinah. Isteri-isteri Ashraf Muslim. Aku tak tahu lah kalau aku di tempat Dayana, apa yang aku dah buat sekarang.

Tapi tu la, bermadu ni tak haram pun dalam Islam. Aku tak menolak poligami. Silap-silap boleh batal akidah uii.. cuma rasa terkesan jugak la kalau tiba-tiba dipoligamikan. Betul eh dipoligamikan? Sebut je la dimadukan macam la korang tak paham kan.

Aku tak ingat macam mana benda ni bermula. Tapi macam, entah tiba-tiba je aku dapat tahu ada perempuan lain hadir dalam hidup suami aku. Huh, ayat dah start skema dah tu. Nampak tak penangan dia.

Sebab aku rasa husband aku macam dah berubah. Lain macam. Aku tak tahu aku perlu menangis ke, perlu teriak ke, perlu diam ke, perlu apa aku pun tak tahu. Yang pasti aku blur, aku tak tahu nak react macam mana.

Dah. Aku tak tahu nak describe macam mana.

Perasaan tu macam mendalam sangat. Aku tak nangis. Tapi macam terkesan dalam hati. Makan dalam gitu.

Memang undescribeable.














Sampai lah aku sedar ada orang tepuk-tepuk lengan dan pipi aku, "Yang.. bangun.. dah pukul berapa ni. Pergi mandi..."


Allahuakbar.. Aku mimpi.

Bila aku cerita semula kat Imam, dia kata, "Tu lah Sayang, dulu masa mengandung Fateh pun Sayang mimpi Abang kahwin lagi satu. Ni pun mimpi lagi. Apa ke hormon lah yang rasuk Sayang ni."

Baiklah baiklah. Aku pun tak tahu nak jawab hormon jenis apa yang merasuk mimpi-mimpiku. Ewah mimpi-mimpiku.


Jauh di sudut hati, aku bersyukur hanya mimpi.

Tapi kalau ianya realiti, aku hanya berdoa moga Allah kuatkan hati. Sesungguhnya aku insan terpilih.

Dan jangan lupa, bang, BMW sebijik dan banglo dengan pemandangan indah siap ada swimming pool sebijik kalau Abang nak kahwin lain. Plus bibik, plus spa hari-hari, shopping hari-hari, melancong tiap bulan..

Aaaa gitu lah kalau dah mampu patut memanjakan bini nombor satu.

Sampai sekarang aku musykil lagi apsal tiap kali mengandung aku mimpi gini? Konpius.

19 September 2014

Trip ke Krabi (Part 2)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Sebelum lebih banyak uratku putus, dan semakin banyak perkara-perkara indah hilang dari dalam otak ni, baik aku cepat-cepat taip supaya nanti tak lupa. Bila lupa, eh boleh baca balik kat blog. Sayangnya dulu masa trip pergi London & Paris tak taip terus dalam blog. Tengok sekarang dah lupa. Nanges aku. Terbiar gitu je pengalaman kat negara orang. Ye, jakun. Nak buat cane bukan senang dapat peluang gi Eropah free hoi! Dahlah baru lepas putus cinta masa tu. Ececece. Konon membawak diri lah tu. Kelas kaww bawak diri sampai London. Masa tu dah berangan dah, kalau tiap kali putus cinta, bawak diri pergi Eropah, untung-untung dapat pakwe baru muka iras-iras Fatih Seferagic ke kan.

Dah dah. Kau dah kawen.

Kata nak cerita pasal Krabi kan.

Untuk yang belum baca, ni Part 1.

So lepas sampai Krabi tu, kat airport kami lah yang paling lambat keluar. Airport Krabi agak not so friendly for infant & baby. Even kau bawak baby ke, bawak perut ke, beratur lah kau kat kaunter imigresen tu sepanjang-panjang alam. Kalau kat KLIA ke KLIA2 ke sure kau akan didahulukan. Hah tetibe aku rasa nak sujud syukur. Syukurlah Malaysia masih aman. Gitu trademark nye.

Alhamdulillah. No problem. Lepas. So kitorang kena tunggu kat tempat baggage claim tu sebab stroller diorang hantar sana. Tak ambik kat pintu flight.

Dan bermulalah perjalanan kami ke Pakasai Resort. Eh betul ke nama tu? Aku lupa. Tengok, nama resort pun aku dah lupa. Belum beranak dua ni. Banyak betul urat putus.



Aku tak tahu lah kenapa si kecik ni suka bebenor main telefon. Habis dibawaknya telefon ni merata-rata kengkonon macam 'handphone'. Jenuh la kami laki bini kejap-kejap ngangkat fon ni jatuh. Telefon ni ada wayar nak oii.

Lepas check-in hotel dan settle kan apa yang patut, kitorang pun keluarlah ke first destination. Imagine eh, aku tak sempat breakfast pagi tu. Aku join makan fries Fateh je. Lepas tu kat KLIA2 sempat la aku grab roti hotdog yang harga RM6 seketul mahalnya yahampun tapi dah lapar kutelan jua. Tak sempat lunch sebab waktu lunch dalam flight. Lepas tu sampai resort dalam pukul 3.30 waktu Thailand. Pukul 4 dah keluar ke 1st destination. Pukul berapa aku nak makan ni weh? Tangan dah terketar-ketar ni.

Tapi perut, sila bersabar.

Sampai 1st destination, Tiger Cave Temple. Tak sempat ambil gambar kat sini sebab Fateh tengah tidur. Boleh pulak kan. Jadi terpaksa lah aku hanya mendukung dia ke hulu ke hilir. Lepas tu hujan renyai-renyai. Jadi membantutkan aktiviti. Aku duduk aje lah kat tempat berbumbung.

Malam tu aktiviti memasing. Jadi kami laki bini set lah timing jom jalan-jalan cari makan, dari pagi tak makan hoi! Imam lah paling kesian tak makan langsung. Aku ada juga curi-curi rasa fries Fateh masa kat airport. Dan juga roti seketul, kan. Orang kata kat Krabi banyak restoran halal. Jadi tanpa google, kami redah aje lah Ao Nang street tu. Acece sambil berpegangan tangan melihat pemandangan malam Krabi. Macam bebaru kawen pulak rasanya. Tetibe terdengar suara budak menjerit-jerit tunjuk sana-sini, eh lupa, kita dah ada anak lah, bang.

Spoil betul Fateh ni. Ibu ayah baru nak romantik romantik. -___-"

Tengah meredah tu nampak pula 'pemandangan' yang nak kata indah ke tak aku tak tahulah. Korang tengok aje lah gambar-gambar ni.

 Tak nampak eh? Jap. Dia nyorok.



 Hah tu dah nampak sikit. Kaler pepel.




 Halamak kabur!


Memang aku ni takde bakat nak jadi mamarazi lah. Semua gambar fail. Penat dah Imam tolong coverline. Oh, yang baju merah tu Imam. Tengah sorong Fateh.

Golongan 'MakNyah' sangat banyak kat tepi jalan tu. Diorang akan cakap, "take photo with me pleaseee.." Dan kau jangan hengat gambar tu free. Bayar hokay! Sebab tu aku ambik gambar pun curi-curi. Kang diorang tau aku amik gambar dorang, tak cukup tanah aku berlari kang. Dorang kejar aku sambil angkat skirt. Aku mana boleh angkat skirt!

Ada sorang tu sampai grab lengan aku, siap melutut bagai, "take photo with me pleaseeee..." Aku dah puas sorri sorri sorri sampai aku tunduk kepala buat tangan sawadikap tu adoi lah nye pun! Ko kena ada skill nak larikan diri. Imam dah jauh ke depan. Lepas 'ahkak' tu lepaskan tangan aku, Imam bisik kat aku, "Eiii ada lelaki lain pegang sayang.."

Nak nangis dah Imam kata gitu. Tak rasa macam lelaki pun walhal memang sohih lelaki adoiii.. Kulit flawless putih melepak, cantik jelita kalah Neelofa. Dah apsal tetibe masuk Neelofa ni. Oh, sebab Kak Pitta kata aku gelak macam Neelofa.

Korang jangan gelak.

Setelah hampir 20 minit berjalan, kitorang pun jumpalah restoran Muslim. Kalau korang duduk kat Ao Nang, korang cari dekat depan McD. Situ banyak restoran halal.

Restoran kitorang pergi tu tak macam kat Thailand pula rasanya. Pekerja kat situ cakap bahasa Kelantan, dan yang makan kat situ SEMUA orang Malaysia. Mana aku tahu? Dah aku dengar memasing nyembang. 

Hajat di hati nak makan kat sana. Sekali Fateh buat hal daa.. makanan belum sampai dia dah meronta-ronta nak berjalan-jalan. Kasut dia tertinggal kat hotel. Dia punya meronta sampai tahap uncontrolable. Last-last Imam decide kita tapaw aje lah. Total makan kami malam tu 320 Baht. Mahal jugak la untuk 2 orang pada aku. Aku nampak portion nasi dia sikit, aku minta tambah 1 lagi bungkus nasi putih. Kena tambah 20 Baht. Lebih kurang RM2.

So kitorang balik semula ke hotel. Dah lah lapar gila! Dah nak dekat pukul 10 malam waktu Thailand korang bayangkan kat Malaysia dah pukul 11 weh! Terpaksaaa.. Dalam perjalanan tu Fateh dah tertidur dalam stroller. Sampai bilik je dia terbangun. Tau-tau je makan time.

Kitorang makan Tomyam Gung.. ke tomyam kung tah.. gitulah dia. Pastu Sup Hayam (untuk Fateh), kangkung belacan, dan nasi 3 pinggan.

Kedua laki bini dan anak mereka mentekederah makanan tersebut sehingga licin.

Al-maklum, qada' makan katanya. Puasa pun tak buka pukul 10 malam. Rasa macam sedappppp gila makanan malam tu.

Ke sebab kitorang memang monster kelaparan?

... bersambung ...

11 September 2014

2 in 1

2 in 1.

Yang 3 in 1 tu instant drink. Ape lagi yang 3 in 1 eh?

For those yang pandai teka based on my status dalam facebook tu, tahniah diucapkan.

Yes.



I






Am














Expecting!

Round number 2.

Lepas bersalin Fateh dulu, tak period sampai umur Fateh 9 bulan. Lepas tu mulalah ting tong jadual period tu. Tak menentu. Jadi tak boleh nak expect conceive date and period date. My period cycle was regular before.

Cuma sejak Julai hari tu, aku perasan period cycle kembali normal. Cuma masih belum confident nak calculate semula cycle sebab belum cukup 3 kali period. Siap install apps period tracker.

Nak dijadikan cerita, bulan Sept ni sepatutnya period dalam awal bulan camtu. Tapi yelah kan,  masih belum confident expected period date, jadi buat tak tau je lah.

Sampailah isnin lepas. Demam, selsema, sakit tekak yang sampai tahap lembik yang hamat. Imam pun pelik dah kenapa bini aku ni tak pernah lembik gini.

Kat klinik, minta kat doktor nak buat pregnancy test. Tapi doktor tak bagi sebab baru lewat seminggu. Hai lah doktor ni baru ingat nak buat test free. Tehee~

Petang tu, dek kerana melihat aku yang memang tak sihat sungguh, Imam pun gigih lah beli UPT. 2 test. Katanya 1 test petang yu juga. 1 lagi pagi esok. Baiklah.

1st test, aku nampak 1 line je naik. Ok, tak pregnant pun. Aku memang demam saje demam ni. Aku dah geleng-geleng kepala depan Imam.

Tapi tak berapa saat lepas tu, entah camne aku tergerak hati nak tengok semula test tu. Eh eh, macam 2 line. Tapi macam samar. Aku tunggu kejap. Dalam 5 minit camtu line samar makin clear. Tapi takde lah clear sangat. Imam dah happy masa tu.

2nd test pagi tu, ya terus nampak 2 line. Haha. Baheklah. Aku pregnant. Fateh bakal jadi abang.

Aku masih bercita-cita untuk terus susukan Fateh sampai 2 tahun. Tapi dalam masa yang sama aku akan sentiasa seek for opinion dari doctor dan nurse. Kalau ada any complication yang memerlukan aku wean off, aku akan wean off.

Sekarang kena train Fateh jadi abang-abang. Bila masanya Fateh besar aku pun tak sedar. Cepatnya masa berlalu.

Nampaknya label PD akan dibuka semulalah. Kali ni aku cuba tulis satu-satu pregnancy journey. Masa Fateh dulu malas yang hamat update blog.

Doakan kami semua selamat ye :-)

p/s: Kata Imam, anak KL lagi lah ni? Tak berkesempatan lagi nak dapat anak Selangor.

Boleh, abang. Sayang nak bersalin kat DEMC ke UMRA ke SALAM ke. Tehee~

10 September 2014

Trip ke Krabi (Part 1) - Tips Travel dengan Infant (dalam Flight)

Aku tau entri akan jadi part by part. Semua benda aku nak cerita.

Aku pergi Krabi masa cuti Merdeka hari tu. Dari hari Khamis sampai Ahad. Company trip sebenarnya. Tapi aku hangkut sekali Imam & Fateh. Tiket diorang aku kena bayar lah. Tak sanggup aku tinggalkan Imam & Fateh. Cukup-cukuplah pengalaman masa pergi Indonesia hari tu. Eh, aku belum cerita lagi eh pengalaman kat Indonesia hari tu? Takpe, lain entri. Dengan harapan aku masih ingat. Lepas bersalin ni memang betul banyak urat putus. Segala benda lupa.

Sebelum terbang, banyak tips aku google sebab first time travel naik flight dengan baby. Macam mana nak overcome masalah baby dalam flight. Aku risau sebab Fateh sekarang dalam fasa melasak. Kang habis disapa semua orang dalam flight, nangis aku.

Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Untuk 4 hari 3 malam, aku pack barang Fateh 2 hari lebih awal. Pampers dalam 25 keping, baju 20 pasang. Faham-faham aje lah ye dah nama pun bebudak.

Alhamdulillah Fateh masih menyusu badan. Jadi aku tak ada risau nak pack susu tepung @ bawa termos @ bawa air panas ke hulu ke hilir. Ready to serve!

Yang aku risau, makanan Fateh. Macam mana nak cari bubur? Macam mana aku nak buat frozen stock, simpan dan bawa masuk flight sedangkan aku tak beli check-in baggage?

Imam suruh aku sabar dan berdoa. Katanya Fateh bukanlah baby sangat pun nak makan bubur aje. Dia boleh makan sup @ singgah KFC beli mashed potato.

Aku lega.

Tips nombor satu: Bagi anak main puas-puas

Sebelum naik flight tu, kat waiting area tu aku bagi Fateh main puas-puas. Dengan harapan dia tidur sepanjang dalam flight. Jadi dia takkan kacau orang lain dan aku & Imam boleh rehat dengan selesa. Dari pengalaman aku, Fateh senang tidur dalam kereta. Sebab dalam air-cond dan berayun. Jadi aku percaya, dalam flight pun macam tu juga. 

Kebetulan anak boss pun ada, lebih kurang umur 4 tahun gitu. Fateh pun seronok lah dapat kawan baru. Memang bermain aje kerjanya. Berlari sana sini. Seronok. 

Oh ya, aku bawa stroller sampai ke boarding gate. Aku dah web check-in 2 weeks before. Cuma sampai airport tu aku kena declare aku bawa stroller kat check-in kaunter tu, dan bagitau dia kita nak check-in stroller at gate. Nanti dia akan tag stroller dan kita bebas bawa stroller sampai ke dalam. Ada 2 options, sama ada korang nak check-in stroller kat tempat baggage tu atau bawa sampai gate. Terpulang.

Masa check kastam dan imigresen, tak ada problem. Aku bawa bubur & fries untuk Fateh. Plus sebotol air penuh (botol budak-budak tu) untuk Fateh. Risau juga kena tahan. Tapi as long namanya ada baby, orang tak banyak soal.

Kat KLIA & KLIA2 kan ada e-gate kat imigresen tu kan. Kalau travel sorang biasanya aku gi kat e-gate tu je. Senang. Tapi ni since dah bawa anak dengan stroller, maka terpaksalah aku gi kaunter biasa. Imam je pegi e-gate. Aku dengan Fateh lalu kaunter biasa. Biasanya diorang minta dukung anak sebab nak tengok, masa nak cop pasport tu. Alhamdulillah Fateh behave.

Kat kastam dan masa scan beg & orang tu pun tak ada problem. Mula-mula diorang minta Fateh & stroller dulu lalu. Lepas tu baru kita boleh lalu scan tu sorang-sorang. Siap ada sorang pegawai tolong agah-agah Fateh masa kitorang kena check. Eh, suka pula Fateh kena agah dengan diorang. Ketawa megilai-ngilai.

Kami naik AirAsia. Depart pukul 1.30pm camtu, tapi pukul 1.15pm boarding gate still tak buka. Fateh dah mula meragam dari jam 1.00pm sebab nak susu. Memang dah time dia tidur waktu tu. Aku taknak bagi dia susu masa tu sebab taknak nanti dalam flight masa nak take off dia taknak menyusu sebab dah dapat re-charge energy before depart. Selalunya macam tu. Kalau time menyusu tiba-tiba aku cabut @ stop kan, sure dia tak mau menyusu dah lepas tu & sambung main. Jadi aku & Imam terpaksa tahan sabar dan tenangkan dia yang dah meronta-ronta nak susu tu. Cepatlah buka gate hoi!

Staf bertugas buat panggilan untuk Hot Seat passengers. Aku tak beli Hot Seats. Tak mampu. Tapi aku ada baca polisi, pregnant mummy & mummy with infant boleh masuk awal sama dengan Hot Seats passengers. Tapi malangnya, malangnya lah kan, Malaysian always be Malaysian. Kalau dah Hot Seat passengers punya Q pun kau nak potong, apatah lagi infant Q. Maka aku terpaksa macam berasak jugak lah walaupun Fateh memang dah meronta tahap tak mampu dah handle dah masa tu. Orang belakang aku siap potong Q aku dan asak-asak kengkawan dia "eh, cepatlah, cepatlah." Kau nampak tak aku tengah dukung anak yang tengah meronta-ronta ni?

Masa nak check boarding pass tu, staf bertugas tak sempat pun nak check boarding pass aku sebab, hurmm sebab Fateh rampas boarding pass tu dari tangan staf tu. Bila staf tu ambil semula dari tangan Fateh, Fateh dah meronta-ronta buat kejang-kejang badan dan staf AirAsia tu terus kata, "takpelah kak masuk terus."

Tips nombor dua: Boarding pass & passport kau bagi spouse @ whoever (kawan @ family, etc.) yang travel sama dengan kau yang pegang. Kalau kau pegang, dengan nak handle anak yang meronta-ronta lagi, memang tak laaa~

Dalam flight, duduk je dalam tu, Fateh takde lah meronta sangat. Dalam dunia baru mungkin. Seronok explore seat belt. Oh ya, untuk infant ada seat belt khas (for those yang tak pernah lagi travel dengan infant). Pramugari akan bagi kat kau siap terangkan cara guna in case kau tak tau guna. Lepas tu, kalau AirAsia, baby duduk atas lap sahaja. Aku tak ingat kod flight mana yang ada bassinet. Mostly yang jarak jauh lah kot. Kalau MAS, nanti aku cerita pengalaman naik MAS pula.

Aku berjaya juga seludup masuk bubur, fries dan botol air Fateh. Macam yang aku kata tadi, aku rasa travel dengan baby ni diorang masih boleh consider. 

So agak-agak flight dah nak take off, aku ajak Fateh menyusu. Tak payah ajak pun, dia dengar je bunyi kuat masa flight dah start speed tu, dia pun gegas cari susu, peluk aku. 

Tips nombor tiga: Susukan anak @ bagi pacifier @ apa sahaja untuk menelan (cth: minum air) masa take-off atau landing untuk kurangkan sakit telinga kat baby sebab beza tekanan udara tu. Sian baby dia tak faham.

Alhamdulillah 2 jam perjalanan tu Fateh tidur sepanjang masa. Tau pula dia bila flight dah touch down, mata dia pun terbuka. Alhamdulillah, selesai satu perkara.

Kat airport Krabi kami keluar paling lambat dari flight. Sebab orang lain dah tak sabar nak bercuti. Jadi kami terpaksa beralah. Tak dan nak berasak ambil beg kat port kat atas kepala tu. 

Macam mana dengan stroller? Kat sini kami ambil kat tempat yang sama dengan bagasi. Ikut airport la. Yang penting sebelum keluar flight tu tanya dulu pramugari. Jangan tercicir lak stroller korang.

Seterusnya aku sambung next part. Dah panjang betul part yang ni. Ada perkara yang buat aku & Imam rasa, cukuplah Fateh sorang dulu setakat ni. Tunggu Fateh besar lah baru nak ada adik.

Tapi dah rezeki.. Allah nak bagi awal.

Eh.

K, tata.

02 September 2014

Kasih Sayang Fateh

Penat bercuti last weekend. Seronok. Dah lama tak beronok-ronok macam ni. Asyik stress je kan. Bila beronok-ronok ni dapatlah menghappykan diri.

Aku bukan nak cerita pasal beronok-ronok ni. Aku nak cerita pasal Fateh. Beronok-ronok ni lain entri.

Semua mak ayah sure nak yang terbaik untuk anak-anak, ye dak? Siapa tak sayang anak kan. Bukan senang nak lahirkan anak, nak mengandung dan nak dapat anak tu pun bergantung rezeki.

Zaman yang penuh mencabar ni, cabaran mendidik anak lebih dahsyat. Semua mak ayah tak nak anak-anak jadi bangkai bernyawa dah besar nanti. Semua mak ayah nak anak-anak jadi anak yang terbagus, jadi anak yang soleh, yang bagus peribadi, yang kental hati.

Jadi aku dan Imam selalu sangat bincang. Macam mana sebenarnya nak didik Fateh ni. Yelah, ibu ayah yang corakkan anak-anak. Tak sangka sebenarnya cabaran mendidik anak ni lebih hebat, lebih susah dari melahirkan anak.

Aku tak nak biasakan ayat, "tak apa.. dia kecil lagi.. " kat Fateh. Aku nak dia biasakan diri dengan sesuatu yang baik. Aku tak nak nanti dah umur 3-4 tahun, baru nak didik itu ini, dia dah start memberontak sebab tak dibiasakan dari kecil.

Jadi satu hari tu, aku makan kat luar dengan family mertua. Fateh macam biasa, akan duduk kerusi tinggi tu. Aku suap dia makan sampai dia kenyang dan tak mahu makan dah. Bila dah kenyang, sure dia nak main. Dah macam mana aku nak bagi dia main dekat restoran?

Jadi aku biarkan aje dia dalam kerusi baby tu. Aku bagi aje la dia pegang sosej ke, main dengan fishball ke, walaupun sampai baju dia comot, asalkan dia diam, tak menjerit memekik meronta.

Tapi tak semudah tu. Dia mula campak semua benda, tanda dah bosan. Sampai tahap dia cuba turun dari baby chair tu. Sambil menjerit meronta minta aku dukung.

Aku dukung, keluarkan dia dari baby chair. Tapi dia nak turun. Nak main sendiri, nak berlari, nak berjalan. Aku belum habis makan lagi dan aku sangat lapar. Aku susukan Fateh pun dia tak nak. Dia nak main.

Sampai tahap aku hilang sabar, aku cubit peha dia. Cubit halus tu. Fateh pun apa lagi, menangis melalak lah dia. Tu pertama kali aku cubit dia. Aku dah hilang sabar. Tak ada sorang pun tolong aku tenangkan Fateh.

Bila dah menangis berair mata tu, Imam minta tolong adik ipar yang dah habis makan dukung Fateh. Bawa Fateh keluar sekejap. Aku duduk. Aku pandang pinggan aku. Langsung hilang selera aku.

Aku keluar restoran. Aku ambil Fateh dari adik ipar. Fateh tengah makan marshmellow. Aku peluk Fateh. "Ibu minta maaf. Ibu hilang sabar tadi."

Fateh buat tak layan.

"Ibu minta maaf. Fateh sayang ibu tak?" Sambil tala pipi kat Fateh, dengan harapan Fateh akan cium aku.

Tapi tak. Fateh lebih suka makan marshmellow dari layan aku.

Aku cium Fateh. "Ibu minta maaf.. nak sikit boleh?" Aku nganga mulut. Minta disuap marshmellow.

Perlahan-lahan Fateh suap marshmellow dalam mulut aku. Sambil tu dahi dia rapatkan ke dahi aku. Lepas suap marshmellow, Fateh cium aku.

Luluh hati aku. Betapa anak ni suci bersih hatinya. Betapa dia tak mengerti apa-apa dan hanya mengharapkan ibu ayahnya.

Allah, beri kami kekuatan mendidik anak-anak, menjaga amanah-Mu dengan baik. Amin..

P/S: Sesiapa nak share parenting tips sangat dihargai! Aku tau aku tak patut cubit Fateh. Aku bersalah.