Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

02 September 2014

Kasih Sayang Fateh

Penat bercuti last weekend. Seronok. Dah lama tak beronok-ronok macam ni. Asyik stress je kan. Bila beronok-ronok ni dapatlah menghappykan diri.

Aku bukan nak cerita pasal beronok-ronok ni. Aku nak cerita pasal Fateh. Beronok-ronok ni lain entri.

Semua mak ayah sure nak yang terbaik untuk anak-anak, ye dak? Siapa tak sayang anak kan. Bukan senang nak lahirkan anak, nak mengandung dan nak dapat anak tu pun bergantung rezeki.

Zaman yang penuh mencabar ni, cabaran mendidik anak lebih dahsyat. Semua mak ayah tak nak anak-anak jadi bangkai bernyawa dah besar nanti. Semua mak ayah nak anak-anak jadi anak yang terbagus, jadi anak yang soleh, yang bagus peribadi, yang kental hati.

Jadi aku dan Imam selalu sangat bincang. Macam mana sebenarnya nak didik Fateh ni. Yelah, ibu ayah yang corakkan anak-anak. Tak sangka sebenarnya cabaran mendidik anak ni lebih hebat, lebih susah dari melahirkan anak.

Aku tak nak biasakan ayat, "tak apa.. dia kecil lagi.. " kat Fateh. Aku nak dia biasakan diri dengan sesuatu yang baik. Aku tak nak nanti dah umur 3-4 tahun, baru nak didik itu ini, dia dah start memberontak sebab tak dibiasakan dari kecil.

Jadi satu hari tu, aku makan kat luar dengan family mertua. Fateh macam biasa, akan duduk kerusi tinggi tu. Aku suap dia makan sampai dia kenyang dan tak mahu makan dah. Bila dah kenyang, sure dia nak main. Dah macam mana aku nak bagi dia main dekat restoran?

Jadi aku biarkan aje dia dalam kerusi baby tu. Aku bagi aje la dia pegang sosej ke, main dengan fishball ke, walaupun sampai baju dia comot, asalkan dia diam, tak menjerit memekik meronta.

Tapi tak semudah tu. Dia mula campak semua benda, tanda dah bosan. Sampai tahap dia cuba turun dari baby chair tu. Sambil menjerit meronta minta aku dukung.

Aku dukung, keluarkan dia dari baby chair. Tapi dia nak turun. Nak main sendiri, nak berlari, nak berjalan. Aku belum habis makan lagi dan aku sangat lapar. Aku susukan Fateh pun dia tak nak. Dia nak main.

Sampai tahap aku hilang sabar, aku cubit peha dia. Cubit halus tu. Fateh pun apa lagi, menangis melalak lah dia. Tu pertama kali aku cubit dia. Aku dah hilang sabar. Tak ada sorang pun tolong aku tenangkan Fateh.

Bila dah menangis berair mata tu, Imam minta tolong adik ipar yang dah habis makan dukung Fateh. Bawa Fateh keluar sekejap. Aku duduk. Aku pandang pinggan aku. Langsung hilang selera aku.

Aku keluar restoran. Aku ambil Fateh dari adik ipar. Fateh tengah makan marshmellow. Aku peluk Fateh. "Ibu minta maaf. Ibu hilang sabar tadi."

Fateh buat tak layan.

"Ibu minta maaf. Fateh sayang ibu tak?" Sambil tala pipi kat Fateh, dengan harapan Fateh akan cium aku.

Tapi tak. Fateh lebih suka makan marshmellow dari layan aku.

Aku cium Fateh. "Ibu minta maaf.. nak sikit boleh?" Aku nganga mulut. Minta disuap marshmellow.

Perlahan-lahan Fateh suap marshmellow dalam mulut aku. Sambil tu dahi dia rapatkan ke dahi aku. Lepas suap marshmellow, Fateh cium aku.

Luluh hati aku. Betapa anak ni suci bersih hatinya. Betapa dia tak mengerti apa-apa dan hanya mengharapkan ibu ayahnya.

Allah, beri kami kekuatan mendidik anak-anak, menjaga amanah-Mu dengan baik. Amin..

P/S: Sesiapa nak share parenting tips sangat dihargai! Aku tau aku tak patut cubit Fateh. Aku bersalah.

2 comments:

Irma Putri said...

rasanya nadia patut start react utk bg warning dr rumah kut... tindakan terus cubit tu akan buat dia merajuk & dlm situasi ade orang lain dia akan tak faham kenapa dia kena marah/bg hukuman. selalu pesan dekat rumah, marah or warning donts do that..so bile kat luar kita jegil mata or tunjuk kan sesuatu warning dia dh faham tindakan dia salah & ibu ayah tak suke.kadang2 diorang akan menguji kita esp. bila ade nenek or atuk yg confirm akan backin diorg... ini helah diorang.. mcm imani dia tahu kalau dia buat jugak ..nnti kat rumah dia akan tahu mama xlayan atas kesalahan.. dekat luar kita takyah naik suara or marah/cubit/pukul just guna finger sign or keyword buat diorg ingt kena behave manner... heheheh i pon masih mncuba..

Nadia Havez said...

Kak Pitta,

tu la.. memang dah try start sebut No No No kat dia.. tapi lepas tu dia tiru balik jari telunjuk kita No No No adoii sabar je lah anak ni! ahahhaa.. atuk ngan nenek memang suka backup dia.. cabaran besar sungguh tu!