Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

26 August 2014

Entri Throwback: Wedding Day

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Dah 2 tahun lebih kahwin baru nak throwback bagai? Aku tak pernah lagi share atau cerita pengalaman atau perjalanan aku prepare wedding day dalam blog ni. Tetiba rasa nak share gambar-gambar masa hari kejadian. Tak pernah lagi share the Do's and Don'ts. Harap tak banyak yang aku lupa.

Gambar-gambar ni semua dari junior aku masa kat matrik. Amir. Sekarang dah buka servis fotografi, TheLicious. Hebat dia ni. Friendly. Dia seboleh-boleh cari idea nak shoot lain dari yang lain. Cuma aku dengan husband je yang kaku.




Most favourite piece. Suka lak aku tengok reflek kat cermin tu.



MC of the day. Thanks Wani! Datang jejauh dari Penang.



Ni Guestbook save cost namanya.



Sorry aku tak reti cover gelak.



Pelamin by Kak Sal from SNSS Beauty House. Ni pun highly recommended juga! Harga yang SANGAT berpatutan dan kerja yang superb! Dia macam paham-paham je aku tak suka serabut-serabut sangat. Dan banyak menepati kehendak aku + ada la dia suggest apa patut tak patut. 

Aku buat lampu-lampu tu pun sebab terpengaruh cerita Twilight. Wedding Bella & Edward. Diorang ada bunga juntai-juntai. Aku ada lampu juntai-juntai pun jadik laa..




Baju nikah pun inspired dari Bella Swan. Tapi aku takde lah seksi meksi gitu.

Kat mana elemen Bella Swan? Ce korang perati bebetul kat lengan tangan tu. Teheee~



Rainbow cake. Sedapnya! Pun menepati citarasa aku. Taknak bertingkek-tingkek. Dan nak SEMUANYA KEK.



Klasik tradisional gituuu



Sign Sijil Nikah sementara



Lepas Nikah.




Overall aku puas hati. Dengan bajet yang minima, tercapai juga sedikit sebanyak hasrat aku & suami dalam wedding ni. Hehehe.

Nanti aku kongsikan lagi tips-tips kayh?

Daaa~

2 comments:

Irma Putri said...

gelak comel mcm neelofa buatpe nak cover

Nadia Havez said...

Kak Pitta,
hahahah nangis Neelofa baca