Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

15 August 2014

Menyusu boleh kuruskan badan?

Dulu pernah terbaca, antara tips kuruskan badan selepas bersalin adalah menyusukan anak sepenuhnya. Dalam fikiran aku, ye lah kot? Baby tarik semua lemak-lemak mak dia.

Tapi jangan silap letak niat. Hahah. Kang ada yang pasang niat nak menyusukan anak sebab nak kurus. Salah niat tu.

Bulan pertama mengandung berat aku naik mendadak. Dari 59kg terus naik sampai 65kg. Masa tu nurse dah bising sebab baru sebulan dua dah naik 6kg. Aku pun dah risau. Kalau 3kg sebulan, imagine berat aku masa mengandung 9 bulan? Hahah. Tapi tak ada lah teruk sangat. Last day sebelum bersalin tu berat aku 72kg. Hahah. Berat kan.

Lepas Fateh keluar, hampir 10kg pun keluar sama walaupun berat Fateh 2.94kg je. Hari pertama pantang berat aku turun mendadak jadi 62kg. Aahhh.. seronok rasanya.

Tapi lepas tu berat aku maintain gitu je. Tak turun tak naik. Mak-mak kata tunggu sampai anak dah melasak, rasai perubahannya.

Terbukti, di saat Fateh berumur 1 tahun 2 bulan ni, berat aku adalah...

...

...

....

...

.....


......









.

.

.....

51 kg uollsss!

Aku tak tahulah ni berat aku zaman bila. Kalah zaman belajar kat UTM. Rasanya ni berat masa form 2.

Hahahahaha dan memang ramai yang tegur, dah kuruslah sekarang. Tapi takde lah obvious sangat sebab aku still pakai baju masa 62kg tu. Tak ada kerja nak beli baju baru -_-"

Aku tak diet. Serius. Orang-orang yang kenal aku tau betapa aku ni pencinta makanan. Dan aku makan macam monster.

Apa komen Imam?

"Yang, jom kita gi Darussyifa'. Ada something wrong ni..."

-_-"

3 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. betul. bf anak memang terbakar segala lemak2 kat badan. tapi takda la sampai niat bf anak sebab nak kurus. no no nooo. nak bagi anak khasiat sepenuhnya. hihii salam perkenalan ~~~

aMyErInAiMiE said...

HAHA ending yg baik!haha.tq babe share reminder sal kejut baby tu.tkot aku pn terleka mcm ko wpun dh tau patutnye kte yg kejutkan baby utk menyusu.haha

Nadia Havez said...

Sheila,
Waalaikumusalam.. ye.. betul.. niat nak bagi yang terbaik untuk anak.. Salam perkenalan jugee!

Aimie,
memang.. nanti baby lahir jangan lupa tau! kejut baby!