Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

06 August 2014

Berus gigi baby besar

Fateh agak lewat tumbuh gigi. Memang selama ni aku doa dia lambat tumbuh gigi. Hahah. Relaks relaks. Tak ada salahnya lambat tumbuh gigi. Bukan apa, aku menyusukan Fateh. Jadi aku ngeri membayangkan dia ketap-ketap gigi masa menyusu. Fobia. Sebab masa pantang dulu sampai berdarah-darah dia ketap even dengan gusi je. Dengan gigi apatah lagi.

Dulu masa Fateh baby, nurse dah pesan setiap kali lepas menyusu, ambil napkin basah, bersihkan lidah dan lelangit dia. Tapi aku degil. Aku buat sebelum tidur je. Itupun ala-ala nak tak nak. Sebab Fateh meronta-ronta bila aku bersihkan mulut dia.

Sungguh bab ni aku tak cekal.

Fateh start tumbuh gigi masa umur 11 bulan. Once dah tumbuh dua batang, berlumba-lumba yang lain pun nak keluar sama. Ye, 2 batang serentak keluar. Gigi atas. Dalam masa 1 bulan, terus sampai 8 batang. Rapid progress nampaknya Fateh.

Semalam aku dan Imam pakat beli berus gigi Fateh. Sebab Fateh suka sangat ambil berus gigi kitorang. Punyalah mak pak dia excited siap beli berus gigi yang ada bunyi-bunyi. Dengan harapan Fateh suka berus gigi.

Begini rupanya,


Tapi...


Hurmm..



Dia masih memilih berus gigi kitorang. Dan berus gigi baru dicampak-campak, dibuat main macam benda tu rattle.


Aku rasa dia dah fefeeling orang besar sekarang.

No comments: