Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

21 August 2014

Hospital, Cuti dan dot dot dot

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Esok ada meeting untuk projek, 2, 3 minggu ni aku teramatlah busy, tapi hari ni aku terpaksa ambil leave. Sebab? Kena pergi hospital.

Kat sini aku dah dapat Annual Leave siap-siap. Sebab masa interview pun aku dah bagitau siap-siap aku ada penyakit, aku kena pergi hospital dengan kerap, sangat kerap.

Aku bukan appointment dengan satu penyakit sahaja, malah 3 klinik + 1 fisioterapi. Jadi bayangkan berapa kali aku kena pergi hospital dalam setahun. Fisioterapi dah sah-sah sekali dalam 1 @ 2minggu. Klinik ENT, sekali dalam 3 bulan. Klinik Oftalmologi, sekali dalam 4 bulan. Klinik Ortopedik, sekali dalam 4 bulan. Sebab tu aku apply cuti raya pun sehari je.

Tapi orang tak faham. Orang siap tanya kenapa tak sekalikan tarikh untuk semua appointment klinik-klinik tu.

Aku bukan big boss kat hospital ni. Dah nama pun hospital kerajaan. Ko kenalah bersabar dengan Q. Ramai lagi orang yang sakit, bukan kau seorang. Nak buat macam mana. Nak pergi private, tak mampu. Sekali pergi mahu terbang paling kurang pun RM200. Kalau sebulan 3 kali? Dah sama harga dengan sewa rumah aku.

Tak banyak majikan yang boleh terima situasi ni. Yelah, dah bayar kau mahal-mahal pastu asyik cuti je kerja kau. Tapi kalau fikir balik lah kan, cuti tu kan hak pekerja. Dah nama pun annual leave, jadi kenapanya nak sekat-sekat orang cuti kan? Kalau setakat sesaje tak da maknanya orang nak habiskan cuti tahunan. Baik masuk kerja.

Itulah antara keadaan diri aku yang aku kena redha, suami aku, family aku kena redha. Ramai lagi orang kat luar sana yang lebih banyak kekurangan.

Jadi aku sangat bersyukur kat sini. Bila aku cuti, boss tak ada nak bising sebab dia memang dah tahu keadaan aku. Bila orang dah buat baik kat kita, takkan kita nak buat tahi kat orang kan? Sebagai balasan toleransi management, aku sanggup balik kerja lebih lewat hampir setiap hari. Aku lewatkan sejam. Sebab diorang pun sangat tolerate, bagi aku timing & tempat khas untuk express breastmilk. Sungguh aku terharu dengan diorang. Cuma kerja kat sini memang kena pulun kaw-kaw lah. Itulah bayarannya. Tak apa. Aku seronok dapat banyak kerja dari datang office melanguk tak buat apa.

Orang buat baik, sure akan dibalas baik.

InsyaAllah.

No comments: