Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 August 2014

Kerja boleh dicari, famili tiada ganti

Mak aku seorang tukang jahit. Full time. Sejak zaman muda dia menjahit, menyara kami semua lepas ayah aku terpaksa berhenti kerja, dan sampai ke hari ni, dia masih menjahit.

Bila aku suruh berhenti menjahit, dia tak mahu. Katanya, adik yang bongsu masih sekolah (belajar).

Mak aku kena batuk-batuk, lama dah. Sejak zaman bila tapi memang dah lama. Dah tu nak buat macam mana, dia terdedah dengan habuk kain lebih dari 30 tahun.

Sejak awal puasa hari tu sakit dia makin teruk. Dan sekarang getting worse.

Pagi tadi aku hantar ibu pergi emergency Hospital Selayang. Ibu dah tak larat. Sangat tak larat. Semput, sakit dada, batuk-batuk.

Kadang aku rasa aku gagal sebagai seorang anak. Mak yang sorang pun tak boleh jaga ke? Aku tahu aku banyak terlepas pandang banyak perkara dalam hidup aku. Jadi aku tak boleh sia-siakan setiap denyut nadi nyawa dan nafas yang Allah kurniakan untuk aku dan orang- orang yang aku sayang.

Hari ni ada report nak kena hantar. Sebab tu aku sangat pening kepala nak pilih pagi tadi. Sama ada nak hantar ibu dulu atau nak pergi kerja, lepas lunch baru ke hospital.

Lepas bincang dengan husband, aku decide pagi tadi terus ke hospital. Kalau apa-apa jadi hanya sebab aku pentingkan report dari ibu aku sendiri, sure aku menyesal seumur hidup.

Kerja boleh dicari, tapi keluarga tak ada ganti...

No comments:

Post a Comment