Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

05 August 2014

My Breastfeeding Journey

Aku minta maaf sangat-sangat lama dah tak update blog. Bulan puasa sangat busy. Dalam LRT pun tak ada mood nak on phone. Sudahnya blog terperap memerap.

Aku pernah janji nak kongsi pengalaman aku menyusukan Fateh. Alhamdulillah sekarang dah 14 bulan menyusu badan. So maybe aku buat label lain untuk breastfeeding journey ni. Banyak yang aku nak share dengan korang, dan banyak juga tips yang aku cuba amalkan dan alhamdulillah berjaya. Bukan saje aku, malah kawan-kawan lain yang sama-sama berjuang pun berjaya. Alhamdulillah.

Tak tau nak start dari mana untuk first part ni.

Kita start dari mengandung lah eh? Throwback around setahun yang lepas.

Masa dapat tahu aku mengandung, aku dah simpan azam, nak susukan anak sampai umur 2 tahun. Sebab apa? Sebab aku ni jenis banyak penyakit. Aku dan hospital berpisah tiada. Dalam Al-Quran ada sebut, makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Jadi aku percaya, aku yakin sepenuh hati, susu ibu akan bekalkan antibodi yang hebat untuk anak aku. Aku tak nak anak aku rasa apa yang aku rasa.

Setiap kali lepas solat, aku sentiasa berdoa, semoga aku diberi rezeki menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Tak putus-putus aku minta supaya Allah cukupkan rezeki anak aku. Dan aku percaya, Allah memang dah ciptakan perempuan dengan kemampuan untuk menyusukan anak. Bila ada dalam Al-Quran, makanya semua tu adalah benar belaka. Aku percaya bulat-bulat.

Aku tak ada amalkan apa-apa petua tambahan atau makan suplemen. Sebab aku tak tahu. Ibu ke Mak ke pun tak ada bagitau apa-apa amalan masa mengandung untuk banyakkan susu badan. Dan kenapa entah aku pun tak terfikir nak google pasal tu masa mengandung. Masa mengandung banyak google pasal baby's development, dengan pengalaman orang pregnant.

Selebihnya, aku minta tolong husband pun doa sama. Aku tak tau lah husband tolong doakan ke jugak. Hahah.

Jadi kata kunci hari ni adalah doa. Kepada mommies yang berazam nak susukan anak dengan lama, jom kita doa banyak-banyak.

Nanti aku sambung part bila Fateh dah lahir. Dah sampai stesen.

Tata!

No comments: