Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

14 August 2014

Tips Menyusu : Minggu Pertama dengan Baby

Aku tak tau pun ada minggu breastfeeding. Minggu ni rupanya.

Selamat berbreastfeeding mommies!

Breastfeeding ni  bukan senang untuk first time mommy macam aku. Ibu-ibu yang tak dapat menyusukan sendiri anak-anak atas sebab yang tak dapat dielakkan, jangan sedih. Selagi kita ni sebagai ibu, melahirkan dan menjaga amanah Allah ni dengan ikhlas dan bertanggungjawab, insyaAllah.. syurga anak di bawah tapak kaki ibu. Aku doakan semua ibu di dunia ni dikurniakan jannah. Tingkat 7. Amin.

Lepas je Fateh lahir ke dunia ni (alhamdulillah...) bidan terus ajar cara menyusukan baby. Fateh dah dibersihkan dan bidan letak Fateh kat pangkuan aku. Bidan ajar macam mana nak trigger baby supaya menyusu, cara pegang baby masa menyusu, kalau baby ketap mulut apa nak buat, pastikan kawasan berkenaan betul-betul full dalam mulut baby.

Alhamdulillah pertama kali menyusu, Fateh tak ada masalah. Dia pandai hisap sendiri dan dia akan lepaskan bila dah tak nak. Lepas tu mentido je la kerjanya.

Lepas keluar dari hospital, kat rumah aku agak terkial-kial, kekok. Tak reti nak pegang Fateh macam mana. Aku rasa kalau orang tengok aku masa tu, mesti tergelak sebab nampak bebenor peliknya. Tangan pun keras semacam. Aku mana pernah dukung baby umur tak sampai 24 jam weh!

Malam pertama kami.. cewahhh.. Fateh langsung tak meragam. Dia tidoooo aje sepanjang malam. Bangun pagi tu aku pun puji-puji laa anak aku tak meragam malam sebab aku banyak baca blog, baby ni kena menyusu 2 jam sekali. Ibu dalam pantang kena berjaga malam. Tapi aku tengok Fateh tak merengek minta susu pun. Rupanya aku silap.

Aku silap sebab sepatutnya aku yang kena kejutkan Fateh menyusu tiap 2 jam. Aku terlalu letih berperang dalam labour room sampai aku bantai tidur aje lepas lahirkan Fateh. Fateh rasa dia macam dalam perut lagi sebab tu dia watlek watpis je.

Dan sebab kesilapan aku tu lah Fateh masuk wad sebab demam panas. Serius aku salahkan diri aku dalam hal ni. Sebab aku tak berjaga malam, tak susukan dia tiap 2 jam, maka badan dia dehydrate, dan terus demam. Berat masa lahir 2.94kg, masa dia demam tu berat dia turun sampai 2.3kg. Kesilapan yang boleh mengundang maut.

Ingat ye mommy semua... jangan jadi macam aku. Sila kejutkan baby anda yang baru lahir tu untuk menyusu tiap 2 jam. Perut baby2 ni kecik je. Dats why dia kena ada makanan berterusan. Dan lebih banyak dia minum susu, lebih banyak dia berak dan kencing, maka insyaAllah kurang/tak ada lah demam kuning.

Sekian tips untuk minggu pertama penyusuan. Nanti aku sambung lagi k. Tata!

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. samalah dengan sy. doc dengan nurse sume cakap kena kejutkan anak 2 jam sekali. patutlah Adam punya kuning tinggi gila. so saya tebus rasa bersalah tu, keep Adam feeding betul2 sampai 2 minggu terus hilang kuning. alhamdullilah. tak sanggup rasa tengok anak kena amik darah kat kaki 2-3 hari sekali. sedih. pasni next baby kena jaga anak betul2 kan.. thanks for the info ~~~

Nadia Havez said...

Sheila,
ye.. betul tu.. sama2 lah kita korek ilmu :D