Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 September 2014

Trip ke Krabi (Part 1) - Tips Travel dengan Infant (dalam Flight)

Aku tau entri akan jadi part by part. Semua benda aku nak cerita.

Aku pergi Krabi masa cuti Merdeka hari tu. Dari hari Khamis sampai Ahad. Company trip sebenarnya. Tapi aku hangkut sekali Imam & Fateh. Tiket diorang aku kena bayar lah. Tak sanggup aku tinggalkan Imam & Fateh. Cukup-cukuplah pengalaman masa pergi Indonesia hari tu. Eh, aku belum cerita lagi eh pengalaman kat Indonesia hari tu? Takpe, lain entri. Dengan harapan aku masih ingat. Lepas bersalin ni memang betul banyak urat putus. Segala benda lupa.

Sebelum terbang, banyak tips aku google sebab first time travel naik flight dengan baby. Macam mana nak overcome masalah baby dalam flight. Aku risau sebab Fateh sekarang dalam fasa melasak. Kang habis disapa semua orang dalam flight, nangis aku.

Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Untuk 4 hari 3 malam, aku pack barang Fateh 2 hari lebih awal. Pampers dalam 25 keping, baju 20 pasang. Faham-faham aje lah ye dah nama pun bebudak.

Alhamdulillah Fateh masih menyusu badan. Jadi aku tak ada risau nak pack susu tepung @ bawa termos @ bawa air panas ke hulu ke hilir. Ready to serve!

Yang aku risau, makanan Fateh. Macam mana nak cari bubur? Macam mana aku nak buat frozen stock, simpan dan bawa masuk flight sedangkan aku tak beli check-in baggage?

Imam suruh aku sabar dan berdoa. Katanya Fateh bukanlah baby sangat pun nak makan bubur aje. Dia boleh makan sup @ singgah KFC beli mashed potato.

Aku lega.

Tips nombor satu: Bagi anak main puas-puas

Sebelum naik flight tu, kat waiting area tu aku bagi Fateh main puas-puas. Dengan harapan dia tidur sepanjang dalam flight. Jadi dia takkan kacau orang lain dan aku & Imam boleh rehat dengan selesa. Dari pengalaman aku, Fateh senang tidur dalam kereta. Sebab dalam air-cond dan berayun. Jadi aku percaya, dalam flight pun macam tu juga. 

Kebetulan anak boss pun ada, lebih kurang umur 4 tahun gitu. Fateh pun seronok lah dapat kawan baru. Memang bermain aje kerjanya. Berlari sana sini. Seronok. 

Oh ya, aku bawa stroller sampai ke boarding gate. Aku dah web check-in 2 weeks before. Cuma sampai airport tu aku kena declare aku bawa stroller kat check-in kaunter tu, dan bagitau dia kita nak check-in stroller at gate. Nanti dia akan tag stroller dan kita bebas bawa stroller sampai ke dalam. Ada 2 options, sama ada korang nak check-in stroller kat tempat baggage tu atau bawa sampai gate. Terpulang.

Masa check kastam dan imigresen, tak ada problem. Aku bawa bubur & fries untuk Fateh. Plus sebotol air penuh (botol budak-budak tu) untuk Fateh. Risau juga kena tahan. Tapi as long namanya ada baby, orang tak banyak soal.

Kat KLIA & KLIA2 kan ada e-gate kat imigresen tu kan. Kalau travel sorang biasanya aku gi kat e-gate tu je. Senang. Tapi ni since dah bawa anak dengan stroller, maka terpaksalah aku gi kaunter biasa. Imam je pegi e-gate. Aku dengan Fateh lalu kaunter biasa. Biasanya diorang minta dukung anak sebab nak tengok, masa nak cop pasport tu. Alhamdulillah Fateh behave.

Kat kastam dan masa scan beg & orang tu pun tak ada problem. Mula-mula diorang minta Fateh & stroller dulu lalu. Lepas tu baru kita boleh lalu scan tu sorang-sorang. Siap ada sorang pegawai tolong agah-agah Fateh masa kitorang kena check. Eh, suka pula Fateh kena agah dengan diorang. Ketawa megilai-ngilai.

Kami naik AirAsia. Depart pukul 1.30pm camtu, tapi pukul 1.15pm boarding gate still tak buka. Fateh dah mula meragam dari jam 1.00pm sebab nak susu. Memang dah time dia tidur waktu tu. Aku taknak bagi dia susu masa tu sebab taknak nanti dalam flight masa nak take off dia taknak menyusu sebab dah dapat re-charge energy before depart. Selalunya macam tu. Kalau time menyusu tiba-tiba aku cabut @ stop kan, sure dia tak mau menyusu dah lepas tu & sambung main. Jadi aku & Imam terpaksa tahan sabar dan tenangkan dia yang dah meronta-ronta nak susu tu. Cepatlah buka gate hoi!

Staf bertugas buat panggilan untuk Hot Seat passengers. Aku tak beli Hot Seats. Tak mampu. Tapi aku ada baca polisi, pregnant mummy & mummy with infant boleh masuk awal sama dengan Hot Seats passengers. Tapi malangnya, malangnya lah kan, Malaysian always be Malaysian. Kalau dah Hot Seat passengers punya Q pun kau nak potong, apatah lagi infant Q. Maka aku terpaksa macam berasak jugak lah walaupun Fateh memang dah meronta tahap tak mampu dah handle dah masa tu. Orang belakang aku siap potong Q aku dan asak-asak kengkawan dia "eh, cepatlah, cepatlah." Kau nampak tak aku tengah dukung anak yang tengah meronta-ronta ni?

Masa nak check boarding pass tu, staf bertugas tak sempat pun nak check boarding pass aku sebab, hurmm sebab Fateh rampas boarding pass tu dari tangan staf tu. Bila staf tu ambil semula dari tangan Fateh, Fateh dah meronta-ronta buat kejang-kejang badan dan staf AirAsia tu terus kata, "takpelah kak masuk terus."

Tips nombor dua: Boarding pass & passport kau bagi spouse @ whoever (kawan @ family, etc.) yang travel sama dengan kau yang pegang. Kalau kau pegang, dengan nak handle anak yang meronta-ronta lagi, memang tak laaa~

Dalam flight, duduk je dalam tu, Fateh takde lah meronta sangat. Dalam dunia baru mungkin. Seronok explore seat belt. Oh ya, untuk infant ada seat belt khas (for those yang tak pernah lagi travel dengan infant). Pramugari akan bagi kat kau siap terangkan cara guna in case kau tak tau guna. Lepas tu, kalau AirAsia, baby duduk atas lap sahaja. Aku tak ingat kod flight mana yang ada bassinet. Mostly yang jarak jauh lah kot. Kalau MAS, nanti aku cerita pengalaman naik MAS pula.

Aku berjaya juga seludup masuk bubur, fries dan botol air Fateh. Macam yang aku kata tadi, aku rasa travel dengan baby ni diorang masih boleh consider. 

So agak-agak flight dah nak take off, aku ajak Fateh menyusu. Tak payah ajak pun, dia dengar je bunyi kuat masa flight dah start speed tu, dia pun gegas cari susu, peluk aku. 

Tips nombor tiga: Susukan anak @ bagi pacifier @ apa sahaja untuk menelan (cth: minum air) masa take-off atau landing untuk kurangkan sakit telinga kat baby sebab beza tekanan udara tu. Sian baby dia tak faham.

Alhamdulillah 2 jam perjalanan tu Fateh tidur sepanjang masa. Tau pula dia bila flight dah touch down, mata dia pun terbuka. Alhamdulillah, selesai satu perkara.

Kat airport Krabi kami keluar paling lambat dari flight. Sebab orang lain dah tak sabar nak bercuti. Jadi kami terpaksa beralah. Tak dan nak berasak ambil beg kat port kat atas kepala tu. 

Macam mana dengan stroller? Kat sini kami ambil kat tempat yang sama dengan bagasi. Ikut airport la. Yang penting sebelum keluar flight tu tanya dulu pramugari. Jangan tercicir lak stroller korang.

Seterusnya aku sambung next part. Dah panjang betul part yang ni. Ada perkara yang buat aku & Imam rasa, cukuplah Fateh sorang dulu setakat ni. Tunggu Fateh besar lah baru nak ada adik.

Tapi dah rezeki.. Allah nak bagi awal.

Eh.

K, tata.

No comments:

Post a Comment