Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 June 2011

Tips beli rumah (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
Link
amboi-amboi... sekarang ni dah pandai pula nak bagi tips segala bagai. ya, ni semua sebab tips macam mana nak kurus punya pasal. tak sangka pula memang ramaaaiiiii sahabat-sahabat di luar sana yang nak kurus. i pun tak ada lah kurus mana tapi so-so sajoh la. al-maklum, sendiri buat tips, sendiri tak ada disiplin, macam mana nak kurus, kan? hehe. apa yang penting, sendiri juga mahu sungguh-sungguh. cuma jangan sampai tak makan langsung ye. macam i ni, i ada gastrik. pagi tadi je dah keluar masuk tandas 5-6 kali sebab kesakitan keperutan gara-gara malam tadi makan lambat. balik dari usrah around 11.30 malam baru makan :'( so, terpaksa meng'reward' perut ini dengan GCB dari mcD itu. *great!*

ahaks, berbalik kepada tajuk, sebelum i tersasar lebih jauh, uolls~ ada hati tak nak beli rumah? hahahaharuslah kan... siapa tak mahu beli aset kan? lagipun kan kerajaan ada lancarkan skim rumah pertama untuk belia-belia macam i ni untuk beli rumah tanpa deposit kan kan kan? uolls~ perasan tak banyak 'kan' dalam ayat yang dinyatakan di atas?

sebelum SKIM RUMAH PERTAMA tu dilancarkan, kita nak beli rumah, perlu ada deposit 10% at least dari harga rumah kan. let say harga rumah RM190,000 so u kena ada around RM19,000 baru u boleh beli itu rumah. kalau u grad degree universiti around 24 years old, dengan gaji minima rm1500, dengan living cost yang sangat tinggi sekarang, umur berapa uolls~ boleh kumpul deposit untuk your dream house kan? lain lah kalau uolls~ ni dapat sponsor dari mana-mana pihak...

that's why lah kerajaan lancarkan skim rumah pertama tu. ya, u senang jangka pendek, tapi, jangka panjang, u calculate sendiri. saje bagi uolls~ perah otak sikit dengan simple math.

installment per month x bilangan bulan sampai habis bayar
(let say, 30 years = 360 months)

berapakah jumlah keseluruhan rumah yang u bayar? berganda-ganda kalau nak dibanding dengan harga if u bayar deposit 10%. senang cerita, konsepnya macam ni, the more you owe, the more you pay. logik, kan?

tapi, kalau uolls~ nak tunggu lagi 10 tahun, baru dapat kumpul deposit untuk your dream house (tu belum kira kumpul duit nak kahwin, for man lah especially), alamatnya, susah lah. harga rumah makin meningkat, kalau orang lain dah beli dulu, u tak dapat. and.... KL ni dah semakin sempit. semakin lama uolls~ tunggu, semakin jauh lah rumah u dari city centre. ini kes kalau u memang truly purely KL citizen dan memang kerja di KL dan nak rumah di KL.

so uolls~ rasa, berbaloi ke tak skim rumah pertama ni untuk young citizen?

nanti i akan kongsikan pengalaman i mencari segala jenis bank dan pakej yang mereka offer untuk home financing loan ni.

but.. this is not the first home like a first-hand house, i mean this is a second-hand house yet this is the first home for me. so, the processes is a bit complicated. will share with you guys later.

:)

15 June 2011

Birthday, and Sob!

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sob~! ok, nangis-nangis sambil kesat hingus. hisy! i tengah excited ni uolls~. first time dapat hadiah birthday.

eh. selama ni tak pernah dapat hadiah birthday ke?

kesian kan? ahaha~ ok, i tipu.

ni, first time LANCOME bagi i hadiah birthday. terkejut i. di pagi hari birthday tu *ye, ye, i tahu birthday i tiga minggu lepas so cerita ni dah basi* dapat mesej Happy Birthday from LANCOME. lepas tu ada mesej suruh ambil hadiah kat Jusco. wahhh... excited!

then, dengan penuh excited, i pun pergi kaunter LANCOME kat Jusco tu and,






taraaa................. presenting my birthday present!







Lancome Miracle Perfumed Body Lotion

ok. ok. i tahu sangat excited lagi-lagi i memang pengguna setia Lancome Miracle since 8 years ago. haa, percaya tak? silalah percaya ^_^

thanks Lancome~! ^_^ err... tapi agak-agak berbaloi ke dapat hadiah gitu je setelah 8 tahun penuh setia dengan Lancome?

haip! sila bersyukur.

^_^ =)~

14 June 2011

BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::



acane tah tiba-tiba terasa nak join pula segmen kat blog abang ben ini. terajin lebih dari biasa. eheh.

senarai 5 belog pilihan yang kalau mereka-mereka ni ada entri baru lalu tanpa segan dan silu i terus terjah uolls~

1.
Yuyu Zulaikha
i tak kenal pun beliau ini. macam mana tah dari link ke link ke link (sila baca baik-baik ye kawan-kawan) tapi i suka tengok blog beliau. sangat shomel.

2.
alkisahgadisbernamarohanazainal
beliau adalah officemate i. mula berblog masa i baru start kerja dulu. beliau suka letak gambar-gambar beliau yang suka berjalan-jalan sampai i pun rasa macam i pun berjalan sama-sama dengan beliau. kat office beliau di panggil ana kenduri sebab beliau memang suka pergi kenduri. jangan marah ye ana ^_^

3.
Sunah Suka Sakura
paling ketara sebab kami minat pada bunga yang sama, sakura. beliau adalah rakan seangkatan masa jadi MPP kat UTM dulu. eheh. malu pula. beliau sangat comel dan blog beliau banyak bagi nasihat tapi dengan cara yang ringan tapi sampai maksudnya. thumbs up sunah!

4.
boxerkedut
beliau adalah junior i yang baru buat blog. tapi i suka baca tulisan beliau. sangat makan dalam orang kata. beliau suka menulis dengan ayat sinis. pun lebih kurang macam teguran tapi bagi ayat makan dalam la. tapi i suka baca.

5.
Salam Dua Benua
i follow link blog ni dari blog abang Ben. i suka baca blog beliau sebab beliau suka cerita kisah-kisah beliau di obesi tu. dan pengalaman beliau kahwin dengan orang sana. tapi yang paling penting, beliau suka letak gambar makanan yang buat i sentiasa rasa lapar tiap kali baca blog ni. amaran untuk diri sendiri, bulan puasa kena view blog ni lepas terawikh sahaja.


sekian sahaja untuk entri ni. kalau uolls~ nak join, meh la sesama klik kat link ni ---> KLIK SINI


terima kasih singgah sini ^_^