Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 August 2012

4 Months of Joy and more

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


happy 4th monthersary, dear husband! eh eh ada ke monthersary. hee~

tadi pagi kan, ada letak note kat dinding yang menghadap katil kami. tapi tapi tapi beliau tak perasan :'( harap balik kerja nanti beliau perasanlah hendaknya. hendaknya. haraplah. macam mana beliau boleh tak perasan note tu sedangkan note tu betul-betul located bawah jam dinding. nampak sangat tak tengok jam masa bangun tidur. tau tau aje bini dia dah kejut. hisy.

4 months of happiness, joy, tears, laugh, and more to share. there are lottttttttttttttttt of unexpected things happen in marriage. you'll never ever expected. yup. this is a comparison. ke saya je yang berangan macam ni?

seorang gadis yang berangan-angan membayangkan perkahwinan adalah indah-indah belaka. bangun pagi merenung wajah suami ececeh kemudian dengan penuh senyuman sediakan sarapan untuk suami kemudian mandi dan berhias untuk suami kemudian kejut suami dan suami bangun lalu mencium pipi isteri lalu mandi kemudian solat subuh berjemaah kemudian kemudian kemudian makan bersama sambil suap menyuap lalu main buih sabun cuci pinggan lalu sama-sama kena mop lantai. pffttt.

tapi sebenarnya bangun pagi-pagi tengok jam dulu alamak dah pukul 5.30 tak sempat nak buat breakfast nanti lalu mandi tergesa-gesa lalu terus ke dapur dan tung tang ting tong bersilat kat dapur dan kejut suami dan kejut dan kejut dan kejut lalu siap-siap ke pejabat, solat, kemas bilik dan prepare untuk makan dan makan cepat-cepat dan yah, keluar pergi kerja.

pelik saya bangun seawal jam 5.30 pagi walau pergi keluar rumah jam 8.00 pagi?

sebab tiba-tiba beliau minta makan nasi setiap pagi mulai cuti lepas raya hari tu.

ye makan nasi, berlauk.

mungkin sebab beliau nampak saya mampu buat begitu di bulan ramadhan. masak lauk untuk bersahur sebab ya, sangat best makan lauk yang panas-panas. maka beliau minta benda yang sama sekarang ni. lebih kenyang dan tak perlu lunch di pejabat kata beliau.

tapi jangan takut ye semua anak gadis. jangan takut nak berkahwin bila baca realiti ni. segala yang kita buat dengan ikhlas dan penuh senyuman insyaAllah dapat ganjarannya nanti.

sebagai suami, beliau pun faham isteri beliau ni bangun awal-awal pagi maka lepas pulang dari kerja di petang hari, beliau lah yang akan basuh baju, sidai, angkat, sapu, mop, basuh pinggan, kemas rumah, kemas dapur dan saya? terus tidur lepas isya'. ngee~

dan pagi tadi bangun saya ternampak handphone saya sedang bercaj. haruslah beliau yang tolong caj kan. what a lucky wife ngehehe.

jadi,

pokok pangkalnya,

marriage taught me : to be patient

and be tolerant with your spouse.


love him till jannah insyaAllah.


baru 4 bulan (:



24 August 2012

Bila Orang Kampung Beraya di Bandar

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

selamat hari raya aidilfitri!

di malam raya berlaku drama tv swasta. suami tiba-tiba rasa sayu haru sebab tak balik kampung. alahai. hari raya kedua kita balik, ok?

saya akan guna semula baju nikah saya. macam dalam entri ini.

mulanya ramai tak percaya. biar betul dia ni nak pakai semula baju nikah.

apa salahnya, kan? itulah kepentingan membuat baju kahwin yang boleh dipakai lagi di hari lain.



tapi dah tak nampak macam baju nikah lepas pakai tudung warna lain.

oh tapi suami tak pakai baju putih. kata beliau, "nampak macam nak menikah sekali lagi."

maka belilah sapasang baju melayu untuk beliau. saya tak kisah sebab inilah baju melayu terbaru beliau selepas 5 tahun.



the cousins. saya belum ada anak buah memandangkan saya adalah cucu sulung. tunggu anak kami lah baru dioarang semua ni ada anak buah. ni pun tak cukup korum ni. 



sambil celebrate birthday budak ini yang ke-7



 selamat hari raya dari family kami di KL.


16 August 2012

Sedekah

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


*updated*

bulan-bulan Ramadhan gini mesti feeling-feeling nak beramal gitu. Allah dah sediakan suasana yang kondusif. syaitan diikat. kecuali manusia yang bertopengkan syaitan. eh ke syaitan yang bertopengkan manusia? bulan baik gini pun ada yang buat jahat. pelik masih ada 'syaitan' yang terlepas. gitu?

tadi ada taklimat berkenaan YaPEIM. tentang sedekah jariah. alhamdulillah. ni satu lagi perkara yang buat saya sayang company ni. selain satu lagi, peraturan asas yang diberitahu masa mula-mula masuk kerja dulu, staf perempuan yang beragama islam, wajib menutup aurat. ye. wajib. terperanjat. tak sangka ada sebuah company yang wujudkan peraturan begini. selalu kita dengar kalau perempuan kerja hotel, tak boleh bertudung.

bila ada taklimat tentang kebaikan dan amal-amal jariah begini sekali-sekala, buat kita rasa insaf.

insaf.

kata penceramah, kita ni mesti susah nak berpisah dari harta dunia. kan?

penceramah bagi contoh beberapa situasi yang kita pun ada je alami. sekadar untuk renungan dan bukan takat renung, fikirkan kita ni kat mana.

Situasi 1
kita hanya ada RM11 dalam wallet. sekeping not RM10, sekeping not RM1. tengah-tengah berjalan, ada orang minta sedekah. kita nak hulurkan RM10 atau RM1?

Situasi 2
dalam hati masa ke solat jumaat, dah niat dalam hati, hari ni nak sedekah RM20. tapi bila sampai waktu, dalam wallet ada RM100 sekeping. takkan nak letak RM100 dan ambil baki RM80?


see, betapa jauhnya kita dengan sedekah? betapa KEDEKUT nya kita?

kadang ada anak yatim datang minta sedekah. asalnya memang kita niat nak sedekah. tapi dek kerana kita khuatir itu adalah sindiket, maka kita pun tak bagi sedekah kat budak tu. saya pernah buat entri tentang ni dulu. nanti saya cari semula dan link kan di sini. *updated: ini link entri tersebut*

harta ni semua Allah yang punya. Dia bagi pinjam. bila kita bagi pinjam semula kepada Allah (yakni sedekah), Allah akan balas semula berlipat-lipat kali ganda.

perkara ni macam terjadi kat diri saya sendiri.

semalam, encik suami bersedih. haruslah seorang isteri cuba menenangkan hati suami. katanya, duit untuk beraya tak cukup. kebetulan bulan ni perlu renew road tax dan insurans. RM1+++ kan. kereta baru nak sambut birthday setahun. dan tahun ni tahun pertama kami sebagai suami isteri. haruslah BANYAK persiapan nak dibuat. tambahan, motor beliau tiba-tiba rosak minggu ni. dah dua kali dalam bulan ni. dan dah seminggu encik suami berulang-alik dengan kereta dari Cheras-Taman Melawati (hantar saya ke pejabat)-Hicom-Taman Melawati (ambil saya)-Cheras.

tapi tu lah. BANYAK juga keperluan yang perlu didahulukan.

encik suami tanya, "kenapa kita macam kurang duit, ye?" sayu sahaja suaranya.

"tak berkat. mungkin kita kerja main-main. tak sungguh-sungguh."

"kita main-main masa kerja ke?"

"yelah, mungkin tak sedar, amanah tak dilaksanakan dengan baik. lepas tu, tak bersedekah. macam mana harta nak berkat."

"ye ke?" sayu lagi.

"lepas tu, kita pun terlupa nak bersyukur. ada duit lebih, tak bersyukur. dapat gaji, tak syukur. memang cepat aje lah lesap duit tu."

ye. bila suami bertanya, saya macam warning diri sendiri.

ye, kita selalu lupa, kan?

bila dah tak cukup duit macam ni baru nak beringat.

hari tu masa nak beli McDonald's harga RM20, "alaaa RM20 aje."

sekarang? RM10 pun berdikit-dikit. minyak kereta pun fikir-fikir macam mana nak refill.

itulah, bila senang, lupa. bila susah baru padan muka.

kan?

sabar ye suamiku. sekurang-kurangnya kita masih cukup makan. beras masih ada.



:) senyum pun sedekah