Salam Muhibbah...
Di sini aku ingin menekankan satu ayat yang aku baru dapat dalam forum dengan Ustazah Bahyah tengahari tadi di TV9, Dekat Di Hati (macam promote la pulak).
Sabda Rasulullah S.A.W...
"Cukuplah seseorang itu dikatakan berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya..."
Pelbagai perspektif yang boleh diutarakan berdasarkan ayat tersebut. Dunia ini penuh dengan manusia yang pelbagai ragam. Aku akui, aku sendiri tidaklah bagus, aku pun bukanlah seorang perempuan yang bertudung labuh. Pendek kata, aku hanya hamba Allah yang sentiasa takut kepada-Nya dan sentiasa memikirkan anugerah dan amanah dari-Nya.
Antara perspektif yang boleh dilihat dari ayat tersebut adalah dalam konteks organisasi. Sedar atau tidak sebenarnya apabila berada dalam sesuatu organisasi, secara tidak langsung, seseorang itu memegang tanggungjawab. Tidak kiralah sama ada tanggungjawab besar atau tanggungjawab kecil, amanah perlu dijalankan dengan sebaiknya, tidak boleh diabaikan walau sedikit pun. Jika amanah itu diabaikan, berdosa. Bukankah begitu?
Pada pendapat aku, inilah antara jenis dosa yang kita tak perasan. Atau aku suka untuk menggelarkan sebagai dosa tak nyata. Dosa nyata ni macam, tak solat, minum arak dan sebagainya.
Jadi kawan-kawan, kalaulah kita ni seorang yang tidak pernah meninggalkan solat, rajin melakukan solat-solat sunat, tapi jika amanah kita sendiri tidak pandai jaga, tidak menunjukkan etika yang baik, contoh yang baik, apa guna amalan kita. Pada aku, orang sebegitu seperti tidak ikhlas dalam amalannya. Janganlah kita berlagak bagus sekiranya kita rajin melakukan solat sunat, sentiasa membaca Al-Quran tetapi dalam masa yang sama, kita hanya tahu mengutuk orang lain, tanpa sedar diri sendiri pun secara tidak sengaja telah mengabaikan amanah.
Seorang yang sentiasa ikhlas, dia akan sentiasa merendah diri. Ada Nur di wajahnya. Tidak pernah riak atau berlagak, malah dia sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan di sisi Allah S.W.T. Allah itu Maha Besar...
Sesungguhnya aku mencari orang yang benar-benar ikhlas... dan aku bukanlah sempurna...
No comments:
Post a Comment