Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

05 February 2009

Kepenuhan Kemasaan...

Alhamdulillah Induksi MPP hari tu berjalan dengan lancar walaupun banyak juga kekurangan sebenarnya. Pada saya, masalah sebenarnya datang dari sikap manusia itu sendiri. Paling ketara adalah tentang masa. Sesungguhnya semakin ramai manusia yang alpa betapa masa itu sangat berharga. Tiap detik dan saat sebenarnya tak mampu untuk berpatah semula. Sebagai contoh, jam 05:01:42 bertarikh 02 Februari 2009 tidak mungkin sama dengan 05:01:43, 02 Februari 2009 walaupun bezanya hanya sesaat. Jika kita kerugian satu saat dalam sehari sekalipun, kita sudah rugi 365saat dalam setahun. (Sengaja ambil saat sebagai contoh.)


By the late Afternoon (Asr), truly man is in loss (khus)–
Except for those who have Iman (faith) and do righteous actions (Amal e soleh)
And urge, enjoin, (tawasau) each other to the truth (bil Haqq) and
urge, enjoin (tawasau) each other to steadfastness, fortitude (sabr).



Perenggan di atas menunjukkan makna Surah Al-Asr. Dalam Al-Quran sendiri sudah menyentuh betapa pentingnya masa dan betapa ruginya orang-orang yang mensia-siakan masa.

Pada aku, masa ini lebih kurang macam kesempatan dan peluang. Kita tidak boleh mensia-siakan setiap peluang yang Allah beri kepada kita. Sebagai manusia biasa, aku sendiri pun alpa dengan nikmat melimpah-ruah yang diberikan Allah S.W.T. Bila ada peluang, kadang dipersiakan. Bila tak ada, baru nak tercari-cari.


Muhasabah diri sendiri....

No comments: