Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 February 2009

MPPK dan Kebajikan...

Dulu sebelum aku jadi MPP, aku selalu tak puas hati dengan apa yang MPP buat. Aku rasa macam MPP langsung tak buat kerja. Entah apa yang MPP melangok. Tapi lepas berada sendiri dalam kelompok MPP, aku rasa, banyak sebenarnya beban kepada MPP. Sebagai contoh, baru sahaja tadi berlangsung MPPK. Mesyuarat antara pengerusi-pengerusi kolej dengan MPP. Banyak aduan yang dikemukakan oleh pengerusi-pengerusi terutama berkaitan kebajikan pelajar dan kolej masing-masing. Aku hanya mendengar dan berfikir sendiri. Kadang-kadang aku mencelah seketika untuk memberi respon.

Konsep yang aku dapat pada hari ini adalah, manusia ni, jika tiada komplen, takkan ada tindakan yang akan diambil.

Tapi sampai bila kita hendak menunggu orang komplen, baru kita nak gerak? Ibaratnya, bila nak berak, baru nak gali lubang. (Aku juga memfokuskan perkara ini kepada diri sendiri.)

Lagi satu yang aku nampak, kita hanya tahu menkomplen. Tapi bila sampai masa melaksanakan tindakan, semua orang angkat tangan. Apa yang aku nampak, semua macam mengharapkan MPP. Dengan kekuatan yang hanya 40 orang di UTM Skudai dan 5 orang di UTM KL, susah untuk melaksanakan tugas dengan serta-merta tanpa bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan yang lain seperti JKM dan lain-lain kelab dan persatuan.

Ibarat seberkas lidi, susah untuk dipatahkan berbanding sebatang lidi. (Kenapa aku pun macam orang lain? Suka compare2 lidi ni???)

Tepuk dada, tanya akal (^_^)v

2 comments:

  1. kami pun pernah join MPPK.. MPPK(M) dan MPPK(T).. dua-dua dah pernah join.. MPPK(M) happening.. MPPK(T) hampeh!!..

    wa.. byknya memori.. aku merinduimu (bkn ndia tau).. huhu..

    ReplyDelete