Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 January 2010

Undi Undi Undi!


ok ok ok *kenapa semua mesti nak ulang 3 kali?*

saya baru lepas membuang undi. bukan buang dalam tong sampah. dalam kotak undi. kenapa istilahnya buang undi ya? sebab kena buang? erkk~ ok, undi adalah rahsia. terlibat secara langsung di belakang tabir sepanjang proses pilihanraya tahun ni, dari saat pembubaran MPP 08/09, sehingga saat pengumuman keputusan nanti, membuatkan saya hampir mengenali setiap calon yang bertanding. baik evo M mahupun pro M.

bertandinglah cara bersih. jangan kita ikutkan politik luar. huu~ mahasiswa, berfikir cara mahasiswa lah kan?

tak kiralah siapa pun pilihan anda, undilah dengan bijak. yayaya~ undian anda membawa banyak makna.


ada orang yang saya temui di pusat membuang undi FKSG --> "aih, YB pun ada kat sini? eh, mantan YB.."

hahaha.. Yang Bersara~~ keluar je result malam ni, maka tamatlah tugas saya. perlu diserahkan kepada kabinet yang baru.


selamat menjalankan tugas kepada yang menang. ni bukan kerja main-main. ni amanah. laksanakan sebaiknya. ok?


(^_~)v

23 January 2010

tak nak tulis, tertaip je~

salam

dah lama tak buat list. tiba-tiba rasa nak buat list. takut terlupa walaupun ada planner.

*Projek Sarjana Muda (present progress: 3 Feb 10)

*Kertas Kerja post-program (due: 25 Jan 10)

*Meeting Minute ISLC '10 (due: 25 Jan 10)

*Senarai Penuh AJK ISLC '10 (ASAP)

*Kertas Kerja Eco-Tourism Campus - PSZ Transformation (due: 24 Jan 10)

*Test Hydro (26 Jan 10)

*Quiz Environment (26 Jan 10)

*List of IPTA and IPTS around Damansara-Sunway-Shah Alam plus the route (26 Jan 10)

*Panggilan penyertaan post-program (25 Jan 10)




tu je... diulang, itu sahaja... kott... macam ada tambah lagi je..

22 January 2010

Projek Sarjana Muda: ada rasa macam nak extend

ok people. saya dalam keadaan mood yang sangat tidak baik sekarang ni. saya sudah tunggang terbalik sebab PSM. lebih mengharukan saya rasa macam kena extend je. tolonglah jangan~!

sekarang ni full concentration saya adalah untuk PSM. benda-benda lain, tolong jangan kacau saya. kalau kau kacau aku paksa kau makan tanah 4 hari 8 malam, ok? saya rasa macam dah jadi telur hujung tanduk *plus ala-ala dah goyang-goyang macam nak jatuh dari tanduk* dah ni. next week dah minggu ke-7 tapi progress saya macam hampeh. wahai masyarakat, tolonglah faham, saya pun ada PSM, saya pun ada assignment, jangan kau ingat semua kerja aku boleh buat macam petik jari je. semua nak tolak kat aku, bila aku refuse, kata tak ada orang boleh buat pula. kang benda tak jalan. adeh adeh adeh.

saya rasa sangat hampeh bila apa yang saya belajar masa praktikal dulu hilang macam kena tiup angin. saya rasa macam sangat teruk kali ni. matilah saya.

adakah saya kena extend? erkk~ takut gila kot dengar perkataan tu.

sesiapa yang gila expert dalam web design and database system, saya nak minta tolong awak. please. sangat harap pertolongan sekarang ni. saya sangat lost. dah risau bakal extend.

tolong....


dah terlalu banyak buku and jurnal saya baca tapi tak sama dengan praktikal.


tolong.

sangat-sangat.

saya sangat harapkan pertolongan awak.


..........................................................

21 January 2010

Kelas dan Pembubaran MPP

MPP? Bubar? Eheuuewww.. selamat menjalani hidup sebagai student biasa wahai nadia fitri! Erkk~ tapi ada satu benda yang sangat tidak puas hati. Walaupun dah jadi student biasa, tapi kenapa terbangun lambat ini hari?? Huuwaaa!!!!!!!!! Sangat tidak suka!!!! Tu la, siapa suruh tidur lepas subuh? Ok, lepas ni, tak mau tido tido dah k! sebenarnya malam semalam sangatlah penat. Baru balik dari Melaka untuk urusan ISLC '10. Sangat gedik bila bagi alasan penat. Kau pernah penat ke nadia? Slap your face. Tak berhenti kerja kot. Lepas satu, satu. Tapi bila tang assignment, hampeh! Saje tangguh tangguh kerja! Alhamdulillah urusan dengan kerajaan negeri sangat mudah. Bak kata Fatin, rasa macam nak kerja kat melaka, kahwin dengan orang melaka dan tinggal di melaka. Ihiuueew! Erkk~ sape-sape yang orang melaka, tolong angkat tangan! Haha! Tak tak tak.. orang mana-mana pun sama je. Yang penting diri kita sendiri.


Mau tunjuk gambar masa hari last sebagai MPP hari tu. kat bilik mesuarat utama, bangunan pentadbiran. huu~ tempat mesyuarat senat diadakan.



Muka monyok. Sangat tak tau bila sunthar snap ini picca.




Bersama Prof T



Barisan mantan MPP. Tunggu time je ni. nak kena announce pembubaran. Ihiks!



Lepas tu kami ramai-ramai pergi makan kat P19. Dengan baju korporat tu. Aih~… mmm… P19 diserang dengan manusia-manusia yang memakai baju korporat UTM.

Ouh, cakap pasal baju korporat, sangat bangga bila melawat UteM semalam. Terserempak dengan Dekan Hal Ehwal Pelajar UteM. Prof Zul puji baju korporat UTM. Wah, ini semua kesan branding dari Dato NC.


p/s: bangga menjadi mahasiswa UTM. Rasa macam nak sambung master pun kat sini. Oh, UTM!


18 January 2010

Cinta = Jiwang?

bila mempersoalkan tentang cinta, ramai akan berkata, "eh, jiwang lah kau". erkk.. saya sangat tidak suka bila orang kaitkan cinta, dengan jiwang. memanglah bila cakap 'cinta', ia adalah berkaitan dengan perasaan. uih, siapa yang tak ada perasaan cinta dalam diri dia, maka orang itu adalah abnormal. kan? sebab apa?

masyarakat kita terlalu memandang sempit pada perkataan cinta tu sendiri. kalau kita bicara soal cinta, apa yang terbayang di fikiran hanyalah hubungan antara lelaki dan perempuan. malah sebenarnya, masyarakat akan membayangkan hubungan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin *saya mengira dari konteks umum*. walhal maksud cinta sebenarnya luas.

cinta paling agung adalah cinta kepada Ilahi. ramai kita yang susah nak ucapkan cintanya kepada Tuhan termasuk saya sendiri. macam mana sebenarnya cinta kepada Ilahi? cinta Allah kepada hamba-Nya sangat tak terkira. kalau tak, tak ada lah saya, anda, dan kita semua di dunia ni.

cinta kepada Rasulullah SAW, pesuruh Allah. sebagai ummatnya, apa yang kita lakukan nak menunjukkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah SAW? sentiasa ingat pesan baginda, membaca kajian hadith baginda, dan mengamalkan.

cinta kepada ibu bapa dan keluarga. huu~ cinta ini membuatkan saya rasa sangat homesick dan sepanjang masa asyik fikir nak balik rumah. wuu~~ saya paling suka tengok rasa cinta antara hot daddy eh, daddy co0L and hot mummy. mereka sentiasa menunjukkan kasih sayang dan kemesraan antara mereka even depan kami sebagai anak-anak sampai satu tahap hoT mummY pernah cakap kat daddy co0L, "janganlah macam tu, nanti nadia tengok, dia jealous." bahaha~! takde masa nak jeles, lagi suka, ada lah!

banyak lagi cinta lain. cinta kepada kawan-kawan buat saya rasa tak sampai hati tengok dorang kesusahan. tak sampai hati kalau tak tunaikan permintaan kawan-kawan yang mengharapkan pertolongan.

cinta kepada UTM, buat saya rasa nak sambung master pun kat sini jugak, tak mau pergi tempat lain *sangat cintakan UTM sejak kecik* hahah~ ada kaitankah?

apa yang pasti, tak perlu kot nak mencemuh bila orang cakap cinta and bla bla bla. pastu cakap orang tu jiwang karat lah hape lah. sebenarnya orang yang tak ada perasaan cinta tu yang tak normal. kan. ianya satu perasaan yang suci dan perlu dihargai.

kalau cinta yang part antara lelaki n perempuan tu, mmm.. silalah mentengok ketika cinta bertasbih 1 & 2. tak berani nak explain. sangat bagus untuk didalami dan dihayati serta diimplementasi.



p/s: entry kali ni adalah sebab tak puas hati ada orang cakap aku jiwang sebab layan n excited dengan cerita KCB. orang tu la tak tau perkembangan semasa. sila baca novel KCB.


oh ya, entri 'haramkah?' kat bawah ni adalah lirik lagu salah satu soundtrack KCB. sila dalami. sangat best!



...............................................

17 January 2010

Haramkah?

............................................

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izin-Nya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…


............................................

13 January 2010

Keikhlasan dalam Sahabat

…………………………………………………………..

Sahabat

Aku perlu kamu

Iringi aku

Dalam perjuangan ini


Sahabat

Aku perlu kamu

Bimbing aku

Ke suatu tempat yang lurus


Sahabat

Jangan dilekakan aku

Dengan kelalaian yang lagha

Sesungguhnya aku sangat naif


Sahabat

Jika kau sahabatku

Ikhlaskanlah dirimu


Sahabat

Aku sentiasa bersamamu

Bersama perjuanganmu

Walau kau jatuh

Itu penguat dirimu

Agar tapakmu lebih kukuh


Sahabat

Pedulikan kata nista

Pedulikan renungan tajam

Yang akan membuatmu rapuh

Itu hanya ujian


Sahabat

Ikhlaskan diri dalam perjuangan

Buangkan rasa kepentingan dirimu

Bukan kemegahan dan kemasyhuran yang dicari

Namun keredhaan Ilahi

Memikul tangunggjawab dan amanah

Atas nama persahabatan


Aku sahabat, kau sahabat

Kita saling memerlukan…


- nadia havez, 130110, 0416H -

………………………………………………….


12 January 2010

Manusia dan Kuasa

................................................


janganlah kita terlalu mudah menaburkan kata-kata dan janji-janji manis.. kerana kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa alpa dan lalai.. kerana pada satu saat.. manusia yang berjanji tersebut kadang-kadang terlupa akan apa yang dijanjikan kepada seseorang.. tapi ingatlah.. kerana orang yang ditaburkan dengan janji2 manis itu.. pasti akan ingat sampai bila-bila dan mengharapkannya.




credit to dill for this lovely quote



musim pilihanraya kampus makin dekat. lebih kurang seminggu lagi, MPP sesi 2008/2009 akan dibubarkan. semakin dekat tarikh pilihanraya, semakin banyak ragam manusia. variety of human. masa ni kita akan nampak segala macam provokasi dan setiap orang mula menunjukkan belang masing-masing. sesiapa yang bertanding cuba untuk meraih undi tidak kiralah undi yang sah atau undi simpati.



satu ayat yang pernah saya dengar perihal pemimpin,
"menjadi pemimpin adalah satu amanah yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak"


oleh itu, kepada mereka yang bertanding, menjadi pemimpin, bukanlah untuk suka-suka, bukan untuk populariti, bukan untuk agenda tersembunyi. tanggungjawab yang bakal dipikul amat berat hingga kadang rasa tak terdaya membawanya. bila berada di kedudukan di atas, orang akan sentiasa memandang. baik buruk. lebih penting, akan dipersoalkan nanti amanah yang diberi ni.


bukan mudah menjadi pemimpin, dan menjadi pemimpin bukan untuk suka-suka, bukan permainan, bukan kepentingan peribadi, bukan bermakna kita boleh buat apa yang kita suka. berhadapan dengan caci maki, kerenah birokrasi, dan pelbagai permasalahan lain, ianya seakan bertimpa-timpa. namun hadapilah ia, sebagai pemimpin.


dan menjadi pemimpin bukan bermakna semua orang perlu mendengar kata-kata kita seorang. besederhanalah dalam kepimpinan kamu. jalankan tanggungjawab yang diberi sedayanya dan lakukan yang terbaik.


sebagai bakal MPP, anda bukan sahaja bertanggungjawab sebagai MPP, jangan lupa tanggungjawab paling utama, sebagai anak, sebagai pelajar. itu pun tanggungjawab. yang akan dipersoalkan juga di akhirat nanti.


saya bukan pandai sangat nak berkongsi perkara-perkara sebegini, namun adalah sedikit sebanyak yang boleh diutarakan. 'sampaikanlah olehmu walaupun hanya satu ayat'.


selamat bertanding untuk calon-calon MPP sesi 2009/2010. ikhlaskan hati, teguhkan pendirian. menjadi pemimpin tidak seindah yang disangkakan...




peringatan ini juga untuk diri sendiri. wallahu'alam.

........................................................

10 January 2010

Selamat Ulang Tahun

..........................


selamat hari lahir





A.P.I.T



sekian.



....................................................

08 January 2010

Sebagai Teman

.........................................

for you, my friends
my good friend
my bestfriend
and
you...


sejak ku meneka
ketabahan hati
menempuhi dunia
walaupun kau jauh
kau tetap di hati
temanku
percayalah

begitu tulusnya
perhatian kamu
kepada diriku
hidupku berombak
namun kau selalu ada
kuatkanku

mengapa dunia ini begini
ku cuma manusia biasa
yang hanya inginkan hidup
seperti yang lain
mengapa harus begini

sejak hari itu
hatiku terluka
namun kusembunyi
ku juga mengerti
walaupun terselindung
kau teman
aku fahami

oh Tuhan
tunjukkanlah jalan-Mu
padaku untuk bahagia
selamanya



.....................................................................................

07 January 2010

Menyapu Bersih Semuanya

..............................

7 Januari 2010. tiba-tiba sangat rajin mengupload gambar-gambar di office. konon-konon macam menghayati minggu-minggu terakhir di kerusi ini *ceh, padahal kerusi ni selalu berebut dengan izwan. kerusi, nak duduk. bergaduh aje dalam office*. ok, kepada bakal naib presiden aktiviti MPMUTM sesi 2009/2010, selamat mengganti saya, dan bersedialah dengan timbunan aktiviti. thee~ *konon macam ayat menakut-nakutkan*.




kalau my hoT mommY tengok meja anak dia bersepah gini, mesti keluar ayat, "patutlah awak selalu selsema..."





planner baru di tahun baru. colourful, ada rasa macam back to school ;)





erkkk~ apsal tiba-tiba ada benda ni atas meja?



haha cd baru beli. i and engineer tupperware kecewa kerana tidak dijual di speedy jusco taman U *~!@#$%^&*()* lalu esok hari kami memecut kancil kesayangan ke angsana.


kejumpaan itu cd, sangat kesukaan. masuk kereta terus play. ok. play the cd. ok?



6 songs only for this album. tak puas. sangat untung menjadi siti nurhaliza bila ada peminat macam i and engineer tupperware yang confirm-confirm akan beli cd original. untuk siti nurhaliza sahaja, ok. lagu lain, download :D


ade satu lagu yang sangat catchy and the lyric quiet cumil~



jika kau tak datang



sila google sendiri



................................................................................

04 January 2010

banyak nak ditulis di tahun baru, tapi...

banyak perkara yang terlintas dan melintas di jalan raya, eh, dalam kepala untuk ditaip serta dirapukan di blog ini sempena tahun baru. tapi kelajuan menaip pada saat ini menunjukkan skalanya tidak sekata. hampir seperenggan baru ditaip, lalu terpaksa meninggalkan laptop dan bergegas mengangkat punggung dari kerusi *maknanya ada tugas lain lah tu*. hah, tengok, sudah ada yang memanggil yang memerlukan punggung diangkat.

maka

apa yang boleh dilakukan, hanya meng'link'kan rapuan untuk hari ni ke belog ini


http://mzakio.blogspot.com


sila baca entri yang latest.

itu sahaja yang hendak dirapukan buat masa ini.



idea untuk menulis lebih santai seperti bersenang-lenang di tepi pantai sudah semakin pudar, rapuh, dan kabur dari pandangan. mengapakah?



semakin banyak bahan ilmiah yang dibaca lately. so, kurang merapu.


sekian.



tapi saya tetap akan merapu




(^_~)v