Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 January 2010

Cinta = Jiwang?

bila mempersoalkan tentang cinta, ramai akan berkata, "eh, jiwang lah kau". erkk.. saya sangat tidak suka bila orang kaitkan cinta, dengan jiwang. memanglah bila cakap 'cinta', ia adalah berkaitan dengan perasaan. uih, siapa yang tak ada perasaan cinta dalam diri dia, maka orang itu adalah abnormal. kan? sebab apa?

masyarakat kita terlalu memandang sempit pada perkataan cinta tu sendiri. kalau kita bicara soal cinta, apa yang terbayang di fikiran hanyalah hubungan antara lelaki dan perempuan. malah sebenarnya, masyarakat akan membayangkan hubungan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin *saya mengira dari konteks umum*. walhal maksud cinta sebenarnya luas.

cinta paling agung adalah cinta kepada Ilahi. ramai kita yang susah nak ucapkan cintanya kepada Tuhan termasuk saya sendiri. macam mana sebenarnya cinta kepada Ilahi? cinta Allah kepada hamba-Nya sangat tak terkira. kalau tak, tak ada lah saya, anda, dan kita semua di dunia ni.

cinta kepada Rasulullah SAW, pesuruh Allah. sebagai ummatnya, apa yang kita lakukan nak menunjukkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah SAW? sentiasa ingat pesan baginda, membaca kajian hadith baginda, dan mengamalkan.

cinta kepada ibu bapa dan keluarga. huu~ cinta ini membuatkan saya rasa sangat homesick dan sepanjang masa asyik fikir nak balik rumah. wuu~~ saya paling suka tengok rasa cinta antara hot daddy eh, daddy co0L and hot mummy. mereka sentiasa menunjukkan kasih sayang dan kemesraan antara mereka even depan kami sebagai anak-anak sampai satu tahap hoT mummY pernah cakap kat daddy co0L, "janganlah macam tu, nanti nadia tengok, dia jealous." bahaha~! takde masa nak jeles, lagi suka, ada lah!

banyak lagi cinta lain. cinta kepada kawan-kawan buat saya rasa tak sampai hati tengok dorang kesusahan. tak sampai hati kalau tak tunaikan permintaan kawan-kawan yang mengharapkan pertolongan.

cinta kepada UTM, buat saya rasa nak sambung master pun kat sini jugak, tak mau pergi tempat lain *sangat cintakan UTM sejak kecik* hahah~ ada kaitankah?

apa yang pasti, tak perlu kot nak mencemuh bila orang cakap cinta and bla bla bla. pastu cakap orang tu jiwang karat lah hape lah. sebenarnya orang yang tak ada perasaan cinta tu yang tak normal. kan. ianya satu perasaan yang suci dan perlu dihargai.

kalau cinta yang part antara lelaki n perempuan tu, mmm.. silalah mentengok ketika cinta bertasbih 1 & 2. tak berani nak explain. sangat bagus untuk didalami dan dihayati serta diimplementasi.



p/s: entry kali ni adalah sebab tak puas hati ada orang cakap aku jiwang sebab layan n excited dengan cerita KCB. orang tu la tak tau perkembangan semasa. sila baca novel KCB.


oh ya, entri 'haramkah?' kat bawah ni adalah lirik lagu salah satu soundtrack KCB. sila dalami. sangat best!



...............................................

No comments:

Post a Comment