Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 January 2010

Manusia dan Kuasa

................................................


janganlah kita terlalu mudah menaburkan kata-kata dan janji-janji manis.. kerana kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa alpa dan lalai.. kerana pada satu saat.. manusia yang berjanji tersebut kadang-kadang terlupa akan apa yang dijanjikan kepada seseorang.. tapi ingatlah.. kerana orang yang ditaburkan dengan janji2 manis itu.. pasti akan ingat sampai bila-bila dan mengharapkannya.




credit to dill for this lovely quote



musim pilihanraya kampus makin dekat. lebih kurang seminggu lagi, MPP sesi 2008/2009 akan dibubarkan. semakin dekat tarikh pilihanraya, semakin banyak ragam manusia. variety of human. masa ni kita akan nampak segala macam provokasi dan setiap orang mula menunjukkan belang masing-masing. sesiapa yang bertanding cuba untuk meraih undi tidak kiralah undi yang sah atau undi simpati.



satu ayat yang pernah saya dengar perihal pemimpin,
"menjadi pemimpin adalah satu amanah yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak"


oleh itu, kepada mereka yang bertanding, menjadi pemimpin, bukanlah untuk suka-suka, bukan untuk populariti, bukan untuk agenda tersembunyi. tanggungjawab yang bakal dipikul amat berat hingga kadang rasa tak terdaya membawanya. bila berada di kedudukan di atas, orang akan sentiasa memandang. baik buruk. lebih penting, akan dipersoalkan nanti amanah yang diberi ni.


bukan mudah menjadi pemimpin, dan menjadi pemimpin bukan untuk suka-suka, bukan permainan, bukan kepentingan peribadi, bukan bermakna kita boleh buat apa yang kita suka. berhadapan dengan caci maki, kerenah birokrasi, dan pelbagai permasalahan lain, ianya seakan bertimpa-timpa. namun hadapilah ia, sebagai pemimpin.


dan menjadi pemimpin bukan bermakna semua orang perlu mendengar kata-kata kita seorang. besederhanalah dalam kepimpinan kamu. jalankan tanggungjawab yang diberi sedayanya dan lakukan yang terbaik.


sebagai bakal MPP, anda bukan sahaja bertanggungjawab sebagai MPP, jangan lupa tanggungjawab paling utama, sebagai anak, sebagai pelajar. itu pun tanggungjawab. yang akan dipersoalkan juga di akhirat nanti.


saya bukan pandai sangat nak berkongsi perkara-perkara sebegini, namun adalah sedikit sebanyak yang boleh diutarakan. 'sampaikanlah olehmu walaupun hanya satu ayat'.


selamat bertanding untuk calon-calon MPP sesi 2009/2010. ikhlaskan hati, teguhkan pendirian. menjadi pemimpin tidak seindah yang disangkakan...




peringatan ini juga untuk diri sendiri. wallahu'alam.

........................................................

No comments:

Post a Comment