Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

22 January 2010

Projek Sarjana Muda: ada rasa macam nak extend

ok people. saya dalam keadaan mood yang sangat tidak baik sekarang ni. saya sudah tunggang terbalik sebab PSM. lebih mengharukan saya rasa macam kena extend je. tolonglah jangan~!

sekarang ni full concentration saya adalah untuk PSM. benda-benda lain, tolong jangan kacau saya. kalau kau kacau aku paksa kau makan tanah 4 hari 8 malam, ok? saya rasa macam dah jadi telur hujung tanduk *plus ala-ala dah goyang-goyang macam nak jatuh dari tanduk* dah ni. next week dah minggu ke-7 tapi progress saya macam hampeh. wahai masyarakat, tolonglah faham, saya pun ada PSM, saya pun ada assignment, jangan kau ingat semua kerja aku boleh buat macam petik jari je. semua nak tolak kat aku, bila aku refuse, kata tak ada orang boleh buat pula. kang benda tak jalan. adeh adeh adeh.

saya rasa sangat hampeh bila apa yang saya belajar masa praktikal dulu hilang macam kena tiup angin. saya rasa macam sangat teruk kali ni. matilah saya.

adakah saya kena extend? erkk~ takut gila kot dengar perkataan tu.

sesiapa yang gila expert dalam web design and database system, saya nak minta tolong awak. please. sangat harap pertolongan sekarang ni. saya sangat lost. dah risau bakal extend.

tolong....


dah terlalu banyak buku and jurnal saya baca tapi tak sama dengan praktikal.


tolong.

sangat-sangat.

saya sangat harapkan pertolongan awak.


..........................................................