Bismillahirrahmanirrahim~
Usaha. Kesungguhan. Tawakal. Berkat.
Uu~ i tak pandai nak cakap mendalam pasal-pasal agama ni tapi i nak kongsi sikitlah, nasihat dari someone yang i sangat respect sampai rasa nak jadi menantu dia tapi tak tau lah dia nak ke amik i jadi menantu dia hahah. Beliau ni somebody yang direspect jugakla kat kawasan perkampungan i nih. Perkampungan?
Dia pernah cakap dekat i,
"Nadia, dalam hidup ni, apa-apa yang kita buat pun, yang penting kena ada keberkatan." Eh, dah macam cerita Dunia Baru lah pulak kan. Tapi serius, pakcik ni cakap kat i macam ni before drama Dunia Baru keluar kat tv. I ingat ok sampai sekarang.
"Walaupun nilai wang yang kita dapat tu sikit, tapi yang penting keberkatan. Kalau rezeki tu berkat, insyaAllah, walaupun sikit, kita akan sentiasa rasa cukup."
Bila fikir-fikir balik, betul la apa pakcik tu cakap. Pepatah melayu ada bagitau, 'besar periuk, besarlah keraknya'. Maksudnya, banyak komitmen kalau banyak gaji. Hahah. Makna ringkas.. ^_^v
Kadang kita selalu rasa macam duit asyik tak cukup je. Kan? Pada i lah, kalau dah selera besar, gaji RM500,000 tiap bulan pun belum tentu cukup.
Semua ni berbalik semula dalam konteks keberkatan. Sebenarnya, gaji RM800 pun boleh dikatakan cukup. Macam mana? Berkat. Sebab, keberkatan tu, Allah akan sentiasa mencukupkan apa yang kita ada.
Mana datang berkat? Contoh, kita bekerja makan gaji kan. Sebenarnya, atas dasar apa kita dibayar dengan wang yang sebanyak tu? Sebab kerja kita, sebab apa yang kita lakukan untuk syarikat, dan yang kita lakukan tu biarlah setimpal dengan apa yang dibayar kan?
Tapi kan, ada jugak sesetengah daripada kita ni, buat kerja sambil lewa, tak bersungguh-sungguh, tak ada usaha meningkatkan kerja, tu yang jadi rezeki tak berkat tu. Kan?
Kadang i rasa tak faham, ada orang boleh lenggang-kangkung goyang kaki duduk saja tapi dibayar dengan gaji yang tinggi. Apakah nilai dia? Kalau u olls~ la, u olls~ duk goyang kaki je, tiba-tiba company bayar u, tapi apa yang u lakukan untuk company? U tak rasa malu ke? U terima duit, tapi tak ada apa pun u buat. U olls~ tau tak rezeki yang u olls~ makan tu tak berkat? Dan bila tak berkat, macam mana u jalani hidup dengan rezeki yang tak berkat?
Kalau dah kahwin, dah ada anak, u olls~ bagi anak bini u olls~ makan dengan rezeki tak berkat tu, apa akan jadi pada keturunan u olls~?
I baru dapat 1st salary few days ago. Bila tengok amount tu, i fikir balik, "Adakah apa yang i kerjakan selama ni, setimpal dengan jumlah yang i terima? Adakah i terima tu lebih dari yang sepatutnya? I berusaha keras. Sebab i takut i terima gaji tu lebih dari yang sepatutnya. I rasa macam kalau kerja i tak seberapa, gaji yang i terima tu macam haram. I tak tau lah pulak apa hukumnya, tapi pada i, macam tak eloklah kan. Kau tak buat apa, suddenly kau dapat few amount. Atas apa few duit yang kau dapat tu kan? Atas angin? Hahah.
Berbalik pada soal keberkatan tadi, tak apalah sedikit amount di dunia ni, tapi banyak amount kat 'sana' nanti. Sebab, hidup kat 'sana' tu lagi panjang dari hidup kat sini.
Kenapa kita terlalu mengejar kekayaan di sini sedangkan kekayaan di 'sana' yang perlu kita raih kan? Hidup kat 'sana' tu hakiki. Kalau tak cukup 'duit' kat sana, macam mana kita nak hidup pada alam hakiki tu? Sama-samalah kita 'menabung' masa sekarang ni supaya masa kat 'sana' duit tak shot. Heheh.
Pesanan ni untuk diri i jugak. I pun manusia biasa yang selalu leka. Bila menulis macam ni, baru kita akan muhasabah diri kita semula.
(^_^)v Ya Allah, cukupkanlah bagiku rezeki yang Engkau kurniakan. Alhamdulillah.
muhasabah diri di pagi isnin ini. thanks nadia for the write up. kadangkala terleka kan. peringatan untuk diri ku jugak! ;)
ReplyDeleteamy pengantinbudget2
welkam.. ^_^
ReplyDeleteamin...
ReplyDeleteharap dimurahkan rezeki jugak..amin..
mahira_oya>>
ReplyDeleteamiin~ ^_^