Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

20 July 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) [Short Story – Part 1]

"Sofia, shawl terjatuh!"

Sofia berpaling seraya namanya dipanggil. "Ops, nasib baik akak perasan. Kalau tak, kena lenyek lah shawl Sofia ni." Sofia tersengih.

"Lain kali belilah shawl yang besar sikit." Kak Suzi mula membebel. Tangannya memegang shawl milik Sofia yang hanya selebar 5 inci. "Besar ni je, kena tiup angin kuat kat sini, melayanglah dia."

"Sofia memang dah niat nak beli shawl kat sini, kak. Kat Malaysia pun boleh pakai juga. Nanti akak ingatkan, ya?"

"Yelah. Nanti kalau kita jalan-jalan kat Oxford Street, kita pergi cari, ok? Akak pun rasa nak beli shawl. Kat Malaysia macam mahal je."

"Sofia! Pukul berapa masuk waktu Zohor kat sini?" Zairi menjerit dari depan kumpulan mereka.

Sofia menyelak kertas-kertas yang dipegang. Waktu solat di London City, United Kingdom dicari. "Lebih kurang jam 11.53 pagi." Sofia menguatkan sedikit suaranya.

"Asar?"

"Kejap." Sofia menyelak kertas-kertas di tangannya lagi. "Jam 1.42 petang. Kita jama' ta'khir aje, ya? Nanti kita solat di London Central Mosque."

Menunaikan solat di bumi negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama utama memang susah. Namun mereka, rombongan 20 orang mahasiswa ke bumi Eropah itu sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Islam itu bukan agama paksaan dan tidak akan menyusahkan penganutnya. Seluas hamparan bumi Allah, selagi itulah tuntutan perintah-Nya perlu dilaksanakan.

Matahari menginjak tepat di atas kepala lebih kurang jam 11.50 pagi. Di awal musim sejuk, suhu Kota London mencecah 12oC pada waktu tengahari dan boleh turun sehingga 3oC pada waktu malam terutama ketika angin bertiup agak kencang. Mereka sudah berkumpul di Oxford Street.

"Kita akan ada kat sini sampai lebih kurang jam 3.00 petang. Tepat jam 3.00 petang, kita semua mesti ada di sini semula." Ketua rombongan, Anisa memberi arahan.


... Bersambung ...

5 comments:

cik senah said...

akak. izin kan saya gelak gling2 boleh?????? hahahahahahh ok thumbs up for the story :P

Sunah Mohammad said...

eheh~ cumil jek wat jadi cite..nanti leh wat buku. bagus juga wat journey g europe ni ye, leh melahirkan penulis2 baru..:p

Nadia Havez said...

cik senah>>
lorr~ awat nak berguling lak neh?

sunah>>
adaptasi sikit-sikit pengalaman menarik yg nk dikongsi sepanjang berada di sana ^_^

cik senah said...

sebab saya tau siapa dalam cerita akak neh. so nak tergelak!!!!

Nadia Havez said...

cik senah>>
hahahhaha sadapppp dear.. akak try nak olah semua yang kita dapat kat sana tu jadi something yang interesting..