Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

25 July 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) [Short Story – Part 2]

Bismillahirrahmanirrahim~

Part 1 di sini.
......................................................
"Sofia, tadi kata nak beli shawl kan? Tu, banyak cantik-cantik." Suzi mengunjuk ke sebuah kedai kecil antara deretan kedai-kedai di Oxford Street.

"Cantik!" Sofia mula rambang mata. Memilih antara deretan selendang yang tergantung. Tangannya lembut memegang satu persatu selendang. "Kak, kainnya pun lembut, tebal tak tebal sangat, sesuai. Pakai kat Malaysia pun sesuai. Nak pilih warna apa ni, kak? Semua cantik-cantik."

"Pilihlah warna yang sesuai untuk semua baju. Krim ke, putih ke, hitam ke."

"Sofia ingat Sofia nak beli warna macam pastel sikit. Lembut je kan." Sofia membelek lagi. "How much is this?" Sofia bertanya kepada peniaga yang wajahnya ala-ala keturunan Arab.

"Two for 5 pound."

Telahan Sofia tepat. Bunyi pertuturan peniaga itu seakan orang Arab.

"Kak, kalau convert duit Malaysia, 5 pound sama dengan RM30. Maknanya, satu ni RM15 je. Hoh, kat Malaysia, paling murah pun RM30. Itu pun baru dapat kain macam ni. Yang murah sikit, kainnya kasar, nipis. Tak lembut macam ni."

"Ada sesetengah barang, kat UK lagi murah dari Malaysia. Kena pandai pilihlah. Lagi satu, nak shopping kat sini, jangan convert ke duit Malaysia. Nanti apa pun tak beli." Pecah tawa mereka berdua.

Sofia memilih 2 selendang lalu menyerahkan not 10 pound kepada peniaga tersebut.

"Malizi?" tanya peniaga tersebut. Orang Arab menyebut Malaysia sebagai 'Malizi'.

Sofia terperanjat. "Na'am. How do you know?"

"The way you wear your scarf. I've been there for several years. It is a very nice place especially for Muslim. Here is your balance, miss. Terima kasih, Syukran." Kata peniaga itu sambil menyelitkan sedikit perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

"Sama-sama." Sofia senyum.

"I understand that, miss. It means 'welcome'. Isn't it?"

Sofia ketawa kecil. "Ya, thank you again."

Terselit sedikit perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia di bumi Eropah.


... Bersambung ...

4 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~
:)
bagus ni~

Nadia Havez said...

hee~ thanks ^_^

cik senah said...

ehemmmmmmm. akak sy tau siapa sofia and yada yada. :P

Nadia Havez said...

cik senah>>
hahahahahaha takleh sorok dari cik senah rr gini.. hahahahaha~