Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 February 2013

Pregnant Mommy & Slipped Disc

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

this proud pregnant mommy baru je check up dengan doktor ortopedik hari isnin lepas. dan tadi baru balik dari fisioterapi.

saya adalah salah seorang tuan badan yang menderita, eh, hiperbola sangat perkataan menderita tu. ok, saya adalah salah seorang yang menghidapi slipped disc. bukan disc yang kome duk pasang kat radio tu. ewah, kome. cakap perak ler pulak ye?

saya dah rasa slipped disc ni lebih kurang sejak tahun dua kat UTM. lebih kurang 6-7 tahun lepas. yaaa, quiet long time ago. eh rasa macam dah tua sangat bila kata 6-7 tahun lepas tu padahal rasanya baru je tinggalkan UTM.

ok, saya dah explain benda ni dalam entri yang ini.

dan doktor pernah cakap, kalau saya kahwin, saya susah nak mengandung.

ermm, bukan susah apa, takut saya mengalami kesusahan masa mengandung. bukan bermakna tak boleh mengandung langsung.

lokasi slipped disc betul-betul berada di kawasan rahim saya. jadi pembesaran baby mungkin akan menyebabkan saya sakit. ada kemungkinan untuk bed ridden bila kandungan dah masuk 6-7 bulan. sebab sakit ni bila menyerang, saya memang langsung tak boleh bangun. terbaring aje.

dan ibu saya, risau dengan keadaan saya, pernah mencadangkan kepada saya supaya tak perlu berkahwin. sebab khuatir tak ada lelaki yang boleh terima isteri yang tak boleh mengandung. saya faham. itu adalah kerisauan seorang ibu.

pada saya, Allah Maha Mengetahui. Dia tahu siapa jodoh saya. orang tu boleh terima ke tak, dan macam mana situasi saya semasa mengandung. Dia akan tolong. saya percaya yang itu.

jadi sebelum kahwin, saya memang terangkan pada bakal suami satu-persatu, apa jenis penyakit yang ada dalam badan saya. dan kenapa saya memang ke hospital hampir tiap bulan. saya kata, kalau dia tak boleh terima, saya redha. tak perlu kahwin.

dan masa ayah buat interview dengan suami (masa tu bakal suami), ayah pun dah terangkan keadaan saya. dan suami kata, dia faham dan dah tahu situasi saya.

then move on, saya ditakdirkan mengandung. lebih kurang 4-5 bulan lepas kami kahwin. mula-mula saya memang sangat seronok. tapi tak berapa saat, saya terfikir, macam mana keadaan saya masa sarat nanti?

lepas kahwin, saya masih sambung fisioterapi. dan terapist saya selalu bagi soalan, dah mengandung? dan bila saya betul-betul dah mengandung, terus dia tukar jenis terapi. dan segala jenis nasihat dia bagi. untuk penjagaan diri saya sepanjang waktu mengandung.

ye lah, orang biasa yang normal pun teruk sakit belakang masa mengandung apatah lagi saya yang memang dah sedia sakit belakang ni.

saya bersyukur. sebab ada terapist yang sentiasa kontrol keadaan saya. dan saya tambah-tambah bersyukur, sejak mengandung ni saya belum diserang sebarang sakit belakang.

sampai doktor pun tanya saya hari tu, "ada rasa sakit belakang tak setakat ni?"

"alhamdulillah, setakat ni tak ada.."

doktor tengok perut saya dah membesar dengan jaya. "bagus kalau tak ada rasa sakit belakang. tapi kalau tiba-tiba lepas ni terasa sakit, cepat-cepat pergi emergency, ok?"

angguk.

"awak tak ada masalah untuk bersalin normal. setiap perempuan memang dicipta untuk mampu melawan rasa sakit bersalin. walaupun awak ada masalah slipped disc, tapi insyaAllah tak ada masalah bersalin normal."

lega.

dan next appointment, 2 bulan dari sekarang. ye, saya masih bertuah sebab sentiasa dipantau rapi oleh doktor dan terapist. setiap kali buat fisioterapi pun, terapist akan bagitau, "akak kalau rasa tak selesa atau penat, tak perlu paksa sangat, ye? slow slow.."

jadi,

kepada mereka, terutama perempuan, kalau ada penyakit yang memungkinkan anda tidak mampu mengandung, ingatlah, semua ini rahsia Allah. Dia lebih tahu bila, macam mana, dan apa keadaan yang sesuai untuk kita, yang terbaik untuk kita.

terima kasih suami sebab sentiasa buatkan kerja rumah.

teheee~


13 comments:

  1. moga semuanya selamat kaklong, risau plak baca post neh...

    ReplyDelete
  2. kakak sy menghidap slip disc ni. keadaan dia semakin teruk selepas tembakan laser bln lepas. satu kerja pn xblh buat. dia sakit dlm 5 thn lps.

    syukur la akak xde mslh masa peknen walaupn kena sakit ni. semoga akak dgn baby selamat ye.

    ReplyDelete
  3. sebak pulak bila baca entry awak nie. semoga awak terus dan sentiasa sihat dan dipermudahkan waktu preggy dan bersalin nanti Amin

    ReplyDelete
  4. saya pun ada slip disc.. waktu pregnant tahun lepas sy mmg xmampu nk tanggung sakit sedangkan baru 3 bulan. xlama tu sy keguguran. Allah ambil semula dia dari sy. sy redha. mmg sy xmampu nk tnggung sakit yg teramat sangat kat pinggang tu.. lpas keguguran doc cadangkan sy kurangkan berat badan. 11kg turun. alhamdulillah. dan now sy pregnant semula.. semoga awak n sy kuat dan tabah.. amin

    ReplyDelete
  5. puan nadia, sy mohon izin share post awak kat wall fb sy boley?

    ReplyDelete
  6. As'salam...nk tnya, awk slipped disc bone no. brp? xkisahkn share..sbb sy pn tgh peknen & ad history slipped disc L4-L5..

    ReplyDelete
  7. belong>> hehe, insyaAllah semua dah Dia atur dengan baik :)

    NorAim>> yaaa.. doc akak pun tak bagi akak operate.. memang ada option untuk tu tapi doc memang langsung tak suggest untuk akak.. takut keadaan getting worse..
    semoga kakak awak dapat sembuh macam biasa.. kena try alternatif..

    kiera'sakura>> alaa janganla nanes.. hehe.. thanks ya~ :)

    acik nong>> alhamdulillah.. kita mampu lakukannya! chiayok!
    sila lah share boleh saja :)

    nurul nazihah>> eh sama lah kita L4 L5!

    ReplyDelete
  8. suami sy pgidap sakit ni jgk...sblm kawin suami dhgtau yg kitorg mngkin ssh utk dpt zuriat dsbbkn sakit dia ni...alhamdulillah wpun smpi skrg x dkurniakan zuriat sy happy n bahagia...mybe blm smpi rezeki sy utk dpt zuriat...kalu allah nk bg sy terima :) mudah2an sakit ni x mganggu kandungan awk...amin :)

    ReplyDelete
  9. Farisya>> dun worry. Tiap org ada rezeki masing2. Kawan kat opis (lelaki) pun ada slippd disc now dah 3 anak.. banyakkan doa ye..

    ReplyDelete
  10. Sejak lama dulu sy mmg ada rasakan yg sakit belakang ni semakin menjadi jadi.. x pernah terfikir ade penyakit slipped disc. Masa zaman sekolah sy seorang yg aktif bersukan dan sering jatuh sbb main hoki. Bulan 9 tahun 2013 tiba2 sy rasa cramp dari tengah belakang hingga ke kaki.. sakit nye xyah cita la.. sakit dari bersalin.. xleh bergerak langsung.. pelan2 sy pegi kat katil n terus baring..relax sikit.. tapi xleh bergerak langsung.. smpai hubby balik n bwk kan ubat pain killer yg dibeli dari klinik berhampiran.. sy mkn pain killer dan cuba utk bangun. Dah boleh bangun terus hubby bwk sy ke hospital. Dgn keputusan MRI sy disahkan kene slipped disc effect dari jatuh dulu2.. keputusan MRI ade 2 tempat slipped disc iaitu di L4L5 dan L5S1.. tapi doc ckp x perlu buat aperation sbb x press saraf tunjang katanya.. just sy kene buat fisio n kene biasakan dgn keadaan tu sbb disc tu xkan masuk balik. Now im pregnant 9w. Huhuhu.. doc klinik ibu dan ank refer kes sy kpd pakar ortho.. my appoinment dgn pakar ortho adalah pada 21.4.2014 nanti.. doc di klinik ibu dan ank ade beritahu sy risiko yg sy kene lalui kemungkinan sakit belakang semasa mengandung akan berganda daripada biasa.. doc juga ada ckp kemungkinan pakar akan plan ceaser sbb sy ade slipped disc di L5S1. Huhu :'( ... hopefully everything will be fine.. takut dgn mcm2 kemungkinan..

    ReplyDelete
  11. Sis sy pun mengalami masalah mcm sis. N now sy pregnant dah 6bulan lebih. Sy sgt2 takut cmne la keadaan waktu bersalin nnti. Huhu.

    ReplyDelete
  12. Assalam..sy nk share kt fb boleh?

    ReplyDelete
  13. Hai sis..sy pn mengidapi sakit yg sama hampir 5 tahun..skrg mengandung ank no 4..spjg mengandung kn ank2 sy yg sblm2 nie alhamdulillah sy xmengalami apa2 mslh..cume sakit blkg tu normal bila dh makin besar kandungan..cume lepas bby keluar je sy mengalami kesukaran utk mengangkat bdn sy rasa sakit yg teramat..tp xberlarutan sgt. Skrg sy peknen ank no 4..first time sy di serang sakit slip disc nie..hanya tuhan je yg tahu sakitnya..kandungan sy msuk 5 bulan..moga xberlarutan la sehingga sy bersalin..

    ReplyDelete