Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 February 2010

Jangan Benci Sangat, Nanti Sayang~

Dulu tak suka, sekarang suka.

Dulu benci, sekarang sayang.

Dulu masa zaman sekolah, saya paling tak suka jawatan secretary, SETIAUSAHA. Sebab saya paling tak suka buat surat, buat laporan, dan segala-gala yang berkaitan dengan taip-taip ni lah. Sampai tiap kali cikgu offer jawatan secretary, mentah-mentah saya tolak. Biarlah, saya lebih rela jadi bendahari atau ajk biasa sahaja dari jadi setiausaha. Simpang!

Sampai masa tahun 1 di UTM. Masa dipilih jadi JKM Kolej 11. Seboleh-boleh saya meronta-ronta, guling-guling kat bilik JKM tu, menangis tak mahu jadi Setiausaha Agung. Last-last Kak Bihah jadi Setiausaha. Kak Bihah memang sentiasa setia berusaha! Selain tak suka buat surat dan buat report, saya rasa saya tak pandai menaip dengan laju, tak pandai catat minit mesyuarat, paling penting, TAK RAJIN, ok? Saya mengaku, saya sangat malas dalam kerja-kerja setia berusaha ni.

Tapi, MPP memaksa saya untuk setia berusaha. Bahaha~ padan muka kau, nadia, rasakan! Tu laaa dulu benci, sekarang kau kena. Padan muka aku. Ok. Cukup kutuk diri sendiri. Memegang jawatan yang paling rapat dengan pengarah untuk dua program besar MPP UTM 0809 buat saya rasa terkontang-kanting gak mula-mula.

Sebagai Setiausaha Pesta Konvokesyen ke-43, boss saya, Inchik Faiz. Oh, beliau sangat baik *kipas-kipas*. Dengan beliau saya belajar untuk menjadi seorang yang sangat teliti. Pertama kali buat surat untuk konvo, saya print surat tu sampai lebih 6 kali sebab minor mistake. Betapa Inchik Faiz sangat teliti *clap clap*. Tabik toing toing sama Faiz sebab sangat bagus dalam ajar saya untuk jadi orang teliti dan tak tangguhkan kerja *tapi kadang tu tangguh gak*. Lagi satu yang best, dia akan ingat setiap benda yang dia pernah cakap *walaupun kadang saya off record, takde dalam minit mesyuarat* and kitorang ajk bawahan ni takleh nak ngelat *thee~!*. Oh, sangat rindu ajk konvo 43. Mari kita ke tasik kenyir time cuti nanti k!

Lepas tu saya jadi Timbalan Setiausaha ISLC '10. Program terbesar dan julung kalinya diadakan di UTM. Saya confirm jadi TSU ni pun sebab tak sampai hati tengok Inchik Izwan. Oleh sebab dasar persahabatan, saya terima gak, walhal saya dah decide tak mau dah terlibat apa-apa sem last ni. Nak full concentrate untuk study. Tapi tengok member betul-betul mintak tolong, kan. So, tercairlah di situ. Dengan syarat, saya tak mau buat report last program. Sebab at that time saya betul-betul perlukan masa untuk Projek Sarjana Muda. Ni, Elda (SU ISLC) tengah praktikal kat KL. So title dah bertukar Pemangku Setiausaha, ahh, sama je macam SU, kan? Elda jaohhh~~ Bekerja dengan Izwan, semua kena list down kan. Rasa dihargai jugak lah sebagai SU.

Diorang berdua punya perangai yang jauh berbeza. Alhamdulillah saya boleh adapt dengan keduanya. Semoga penyesuaian diri dengan pelbagai situasi ni dapat memudahkan saya menyesuaikan diri dalam alam kerja nanti. Time kerja nanti lagi macam-macam perangai orang. Huu~

Sebenarnya entry ni nak tuju kat bos-bos saya tu, tak lama lagi Minggu Setiausaha, so, tak nak belikan saya satu dua seat dinner ke *at least kat Hotel Puteri Pan Pacific ke* sempena Minggu Setiausaha nanti? Bahaha~! Sangat demand, kan?

Lagi satu, entry ini juga ingin mengingatkan diri sendiri, jangan terlalu benci, sebab nanti sangat sayang. Kan pakcik? Saya sayang kerja setiausaha.

2 comments:

  1. awak..awak..kite lama xjumpakan..kan..insyaAllah nnt jumpa masa kem kat tasik kenyir ye ;)

    p/s : kena paksa pegi oleh pengarah n bendahari teknikal awaaak! tp lama2 sy relakan diri utk join..heheh

    ReplyDelete
  2. [EA]>>
    ya ya ya!! sudah lama kita tak ketemu!!! ahhaha~ betul3, saya terperanjat dapat nama kamu dalam lizt nama yang pegi kenyir.. nanti awak bagi kite full name and ic awk k.. mawu record.. (^_~)v

    ReplyDelete