Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 July 2010

Dik, student beratur kat sana.

Bismillahirrahmanirrahim~

malam tadi, ada majlis solat hajat kat sekolah eno wutta wutta. convent bukit nanas (CBN). ihix. sepatutnya majlis start jam 6.00 petang. tapi i kan kerja kan. so, lambat sikitlah kot.

hot mommY dah gerak dulu dengan member dia. i keluar office tepat jam 5.20petang. hari hujan. bila dah hujan, of the courselah jalan jam. -_-" oh, kalau tak jam, bukan KL namanya, ok?

sampai setiawangsa, fetch up cik siti, sebab katanya dia pun mahu meng'follow'. kat situ je dah pukul 6.00 petang.

sampai rumah 6.25, fetch eno wutta wutta. tak sampat naik rumah pun seyh. hoh, pergi solat hajat dengan baju gi kerja tu. terus ke CBN.

kat sini kaki dah start bengkak. kereta manual, jalan jam. sabar. i cuba selami perasaan orang yang hari-hari tempuh jam untuk pergi kerja. so, sila bersyukur, nadia! anda ke tempat kerja boleh drive 80-120km/j.

sampai CBN dalam 7.30malam. dah nak masuk waktu maghrib. 2 jam dalam perjalanan! macam KL ke Melaka. padahal CBN tu baru 10minit dari rumah.

maghrib, yaasin, isya', solat hajat.

then jamuan makan.

heheh. i dan siti cari tempat nak beratur ambil makanan kat mana. tiba-tiba ada someone tegur, cikgu sekolah tu i guess,

"dik, student beratur kat sini..."

err..

kami (i dan siti) memegang handbag di tangan, i berjubah, siti berbaju kurung, adakah gaya kami masih seperti student.

kami tersenyum dan berkata,
"kami bukan student"

"oh, bukan student ke? ingatkan student.."

hah.

masih muda rupanya kami ni. boleh jadi student sekolah menengah walaupun dah 6tahun tinggalkan bangku sekolah menengah. hahah!

(^_^)v

30 July 2010

Seperti Nama

Bismillahirrahmanirrahim~


Dia bukanlah anak raja, lahir di istana.

Dia tidak dilimpahi kemewahan mahupun dikelilingi harta benda.

Dia juga tidaklah sehebat CEO syarikat-syarikat besar, juga tidak memandu BMW.

Dia tidak berpangkat apatah lagi menjejakkan kaki ke universiti.


Namun...


Hatinya sangat ikhlas dalam mencari redha-Nya,

jiwa dan raganya hanya untuk Dia,

kasihnya untuk ibu bapanya,

sayangnya untuk keluarganya,

ramahnya untuk teman-teman,

setianya pada satu...


Sabarnya dengan sifat manusia.

Senyumnya mereda resah.

Rendah hatinya sering menyatakan khilaf.


Dia punya wawasan jauh,

Tahu apa yang dilakukan

Waras dalam pemikiran

Emosinya terkawal

Aku kerdil di sisinya...


Dia punya peribadi kukuh,

dia bukan kaya harta benda

tetapi budi bahasa dan pekertinya sangat tinggi, terpuji.


Dia seperti namanya, dalam diam kuakui...

29 July 2010

Semua orang ada masalah..



Bismillahirrahmanirrahim~

semua orang ada masalah kan. tinggal kita pandai tak pandai je nak kontrol diri kita dari masalah tu.

hahahah. tapi apa yang i nak ceritakan kejap lagi, bukan masalah besar pun.

masalah, kereta i. si kancil tu masuk longkang.

hahah. gelak jom. macam i ni baru 3bulan dapat lesen kan, padahal dah 5tahun. wah. baru sedar. dah lama rupanya reti memandu. maknanya dah agak lama hidup lah ye? tapi apa ke hal nya masuk longkang lagi?

hahahaha. i pun tak tahan nak tergelak.

lebih kurang jam 8.15pagi, start enjin kereta, nak pergi kerja. dah buka tingkap (takmo pasang aircond dulu), dah on radio. dah baca doa.

lepas panaskan enijn kereta dalam 3-4 minit. i pun memulakan perjalanan. ceh. macam nak jalan jauh kan.

lorong rumah i tu sangatlah sempit, dengan kereta parking kiri kanan jalan. then ada kereta dari arah bertentangan nak lalu. so i reverse sikit ke belakang. reverse rapat dengan tembok rumah jiran i.

oo0ps!

rilex, belum masuk longkang lagi.

i dah bagi ruang yang boleh lalu dah untuk myvi (kereta yang nak lalu tu myvi). tapi pakcik tu macam teragak-agak nak lalu.

i pun, jalan stret je la ke depan. sebab kereta berselisih kan. tup tup...



splash.

tayar kereta depan belah kiri masuk longkang.

hahah.

pastu ade pulak batang paip kat situ.

so kereta i tersangkut, tak boleh reverse.

shengall~

pakcik tu stopkan kereta dia kejap. i turun, dia pun turun. yang i tak puas hatinya, dia pulak sound i,
"kenapa awak tak reverse je sampai belakang?"

oh, i sound balik,
"pakcik, belakang tu lagi sempit, takkan saya nak reverse sampai belakang. ruang ni dah muat-muat untuk pakcik. pakcik yang teragak-agak."

i macam nak tambah je lagi, "lagipun kereta saya yang masuk longkang, bukan kereta pakcik. nak bising apa hal? patutnya sayalah yang bising sebab pakcik lagi boleh reverse, ruang belakang pakcik tu lagi luas dari ruang belakang saya." tapi i malas nak spoil mood pergi kerja pagi-pagi.

i call daddy co0L.

"ayah turun jap. kereta nadia masuk longkang."

hahahah.

pastu pakcik tu blah kan. shengall tak? macam shengal je kan tinggalkan anak dara pagi yang hening tu, dengan tayar kereta dalam longkang.

sesampai daddy cool, beliau menyuruh i reverse, dan dia angkat kereta i.

tuan tuan dan puan puan,

iye, daddy cool angkat kereta i keluar dari longkang.

hebat tak hebat?

he is my hero!

^_^

25 July 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) [Short Story – Part 2]

Bismillahirrahmanirrahim~

Part 1 di sini.
......................................................
"Sofia, tadi kata nak beli shawl kan? Tu, banyak cantik-cantik." Suzi mengunjuk ke sebuah kedai kecil antara deretan kedai-kedai di Oxford Street.

"Cantik!" Sofia mula rambang mata. Memilih antara deretan selendang yang tergantung. Tangannya lembut memegang satu persatu selendang. "Kak, kainnya pun lembut, tebal tak tebal sangat, sesuai. Pakai kat Malaysia pun sesuai. Nak pilih warna apa ni, kak? Semua cantik-cantik."

"Pilihlah warna yang sesuai untuk semua baju. Krim ke, putih ke, hitam ke."

"Sofia ingat Sofia nak beli warna macam pastel sikit. Lembut je kan." Sofia membelek lagi. "How much is this?" Sofia bertanya kepada peniaga yang wajahnya ala-ala keturunan Arab.

"Two for 5 pound."

Telahan Sofia tepat. Bunyi pertuturan peniaga itu seakan orang Arab.

"Kak, kalau convert duit Malaysia, 5 pound sama dengan RM30. Maknanya, satu ni RM15 je. Hoh, kat Malaysia, paling murah pun RM30. Itu pun baru dapat kain macam ni. Yang murah sikit, kainnya kasar, nipis. Tak lembut macam ni."

"Ada sesetengah barang, kat UK lagi murah dari Malaysia. Kena pandai pilihlah. Lagi satu, nak shopping kat sini, jangan convert ke duit Malaysia. Nanti apa pun tak beli." Pecah tawa mereka berdua.

Sofia memilih 2 selendang lalu menyerahkan not 10 pound kepada peniaga tersebut.

"Malizi?" tanya peniaga tersebut. Orang Arab menyebut Malaysia sebagai 'Malizi'.

Sofia terperanjat. "Na'am. How do you know?"

"The way you wear your scarf. I've been there for several years. It is a very nice place especially for Muslim. Here is your balance, miss. Terima kasih, Syukran." Kata peniaga itu sambil menyelitkan sedikit perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

"Sama-sama." Sofia senyum.

"I understand that, miss. It means 'welcome'. Isn't it?"

Sofia ketawa kecil. "Ya, thank you again."

Terselit sedikit perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia di bumi Eropah.


... Bersambung ...

22 July 2010

Rumput-rumput basah

Bismillahirrahmanirrahim~

rumput? bersempena dengan musim hujan kebelakangan ni, tiba-tiba terbayangkan rumput-rumput basah, yang menghijau, bagaikan hamparan permaidani. perrhh~ ada tak rumput cantik yang terhampar luas dan bila baring atas rumput tu rasa selesa yang teramat sangat macam rasa baring atas tilam vono?

fuh.

sedapnya tidur.

bahah!

ada seorang sahabat mesej semalam. pasal rumput dan kasih sayang. adeh. apa kena-mengenanya? rasanya u olls~ u olls~ ni mesti dah pernah dapat mesej forward macam tu.

panjanglah mesej tu kalau nak taip kat sini.

secara kesimpulannya, ada satu hamparan rumput yang luas, kita kena pilih satu rumput yang paling cantik pada pandangan kita. kalau kita dah pilih satu rumput tu, simpan elok-elok, jangan toleh belakang lagi untuk tengok rumput-rumput lain.

kalau kita dah ada somebody yang kita sayang, hargailah orang tu. eh eh. tapi kan, kalau orang tu tak sayang kita macam mana?

ermm~ tapi i lagi suka ambil kesimpulan macam ni. rumput-rumput tu macam pilihan dalam hidup yang melambak depan mata kita. tak kisahlah pilihan kerja ke, pilihan makanan ke, pilihan isteri ke, pilihan kereta ke, rumah ke, once kita dah pilih antara banyak-banyak rumput tu, kita perlu pegang dia, jangan toleh belakang lagi.

mesti ada sebab kenapa Allah gerakkan hati kita untuk pilih rumput tu, bukan rumput lain.

redha dengan ketentuan Allah. kalau pun kita terlepas rumput yang cantik pada pandangan kita, satu hari nanti mesti Allah akan temukan kita dengan rumput terbaik untuk kita.

percaya pada-Nya.

insyaAllah.

(^_~) berkobar-kobar nak sambung short story pasal journey to europe tu. tapi jari asyik tekan backspace je. perlu ketenangan untuk menulis sesuatu yang bernilai.

...........

20 July 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) [Short Story – Part 1]

"Sofia, shawl terjatuh!"

Sofia berpaling seraya namanya dipanggil. "Ops, nasib baik akak perasan. Kalau tak, kena lenyek lah shawl Sofia ni." Sofia tersengih.

"Lain kali belilah shawl yang besar sikit." Kak Suzi mula membebel. Tangannya memegang shawl milik Sofia yang hanya selebar 5 inci. "Besar ni je, kena tiup angin kuat kat sini, melayanglah dia."

"Sofia memang dah niat nak beli shawl kat sini, kak. Kat Malaysia pun boleh pakai juga. Nanti akak ingatkan, ya?"

"Yelah. Nanti kalau kita jalan-jalan kat Oxford Street, kita pergi cari, ok? Akak pun rasa nak beli shawl. Kat Malaysia macam mahal je."

"Sofia! Pukul berapa masuk waktu Zohor kat sini?" Zairi menjerit dari depan kumpulan mereka.

Sofia menyelak kertas-kertas yang dipegang. Waktu solat di London City, United Kingdom dicari. "Lebih kurang jam 11.53 pagi." Sofia menguatkan sedikit suaranya.

"Asar?"

"Kejap." Sofia menyelak kertas-kertas di tangannya lagi. "Jam 1.42 petang. Kita jama' ta'khir aje, ya? Nanti kita solat di London Central Mosque."

Menunaikan solat di bumi negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama utama memang susah. Namun mereka, rombongan 20 orang mahasiswa ke bumi Eropah itu sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Islam itu bukan agama paksaan dan tidak akan menyusahkan penganutnya. Seluas hamparan bumi Allah, selagi itulah tuntutan perintah-Nya perlu dilaksanakan.

Matahari menginjak tepat di atas kepala lebih kurang jam 11.50 pagi. Di awal musim sejuk, suhu Kota London mencecah 12oC pada waktu tengahari dan boleh turun sehingga 3oC pada waktu malam terutama ketika angin bertiup agak kencang. Mereka sudah berkumpul di Oxford Street.

"Kita akan ada kat sini sampai lebih kurang jam 3.00 petang. Tepat jam 3.00 petang, kita semua mesti ada di sini semula." Ketua rombongan, Anisa memberi arahan.


... Bersambung ...

11 July 2010

Kaf Ba Ro Kaf Ta Nun

Bismillahirrahmanirrahim~

Usaha. Kesungguhan. Tawakal. Berkat.

Uu~ i tak pandai nak cakap mendalam pasal-pasal agama ni tapi i nak kongsi sikitlah, nasihat dari someone yang i sangat respect sampai rasa nak jadi menantu dia tapi tak tau lah dia nak ke amik i jadi menantu dia hahah. Beliau ni somebody yang direspect jugakla kat kawasan perkampungan i nih. Perkampungan?

Dia pernah cakap dekat i,

"Nadia, dalam hidup ni, apa-apa yang kita buat pun, yang penting kena ada keberkatan." Eh, dah macam cerita Dunia Baru lah pulak kan. Tapi serius, pakcik ni cakap kat i macam ni before drama Dunia Baru keluar kat tv. I ingat ok sampai sekarang.

"Walaupun nilai wang yang kita dapat tu sikit, tapi yang penting keberkatan. Kalau rezeki tu berkat, insyaAllah, walaupun sikit, kita akan sentiasa rasa cukup."

Bila fikir-fikir balik, betul la apa pakcik tu cakap. Pepatah melayu ada bagitau, 'besar periuk, besarlah keraknya'. Maksudnya, banyak komitmen kalau banyak gaji. Hahah. Makna ringkas.. ^_^v

Kadang kita selalu rasa macam duit asyik tak cukup je. Kan? Pada i lah, kalau dah selera besar, gaji RM500,000 tiap bulan pun belum tentu cukup.

Semua ni berbalik semula dalam konteks keberkatan. Sebenarnya, gaji RM800 pun boleh dikatakan cukup. Macam mana? Berkat. Sebab, keberkatan tu, Allah akan sentiasa mencukupkan apa yang kita ada.

Mana datang berkat? Contoh, kita bekerja makan gaji kan. Sebenarnya, atas dasar apa kita dibayar dengan wang yang sebanyak tu? Sebab kerja kita, sebab apa yang kita lakukan untuk syarikat, dan yang kita lakukan tu biarlah setimpal dengan apa yang dibayar kan?

Tapi kan, ada jugak sesetengah daripada kita ni, buat kerja sambil lewa, tak bersungguh-sungguh, tak ada usaha meningkatkan kerja, tu yang jadi rezeki tak berkat tu. Kan?

Kadang i rasa tak faham, ada orang boleh lenggang-kangkung goyang kaki duduk saja tapi dibayar dengan gaji yang tinggi. Apakah nilai dia? Kalau u olls~ la, u olls~ duk goyang kaki je, tiba-tiba company bayar u, tapi apa yang u lakukan untuk company? U tak rasa malu ke? U terima duit, tapi tak ada apa pun u buat. U olls~ tau tak rezeki yang u olls~ makan tu tak berkat? Dan bila tak berkat, macam mana u jalani hidup dengan rezeki yang tak berkat?

Kalau dah kahwin, dah ada anak, u olls~ bagi anak bini u olls~ makan dengan rezeki tak berkat tu, apa akan jadi pada keturunan u olls~?

I baru dapat 1st salary few days ago. Bila tengok amount tu, i fikir balik, "Adakah apa yang i kerjakan selama ni, setimpal dengan jumlah yang i terima? Adakah i terima tu lebih dari yang sepatutnya? I berusaha keras. Sebab i takut i terima gaji tu lebih dari yang sepatutnya. I rasa macam kalau kerja i tak seberapa, gaji yang i terima tu macam haram. I tak tau lah pulak apa hukumnya, tapi pada i, macam tak eloklah kan. Kau tak buat apa, suddenly kau dapat few amount. Atas apa few duit yang kau dapat tu kan? Atas angin? Hahah.

Berbalik pada soal keberkatan tadi, tak apalah sedikit amount di dunia ni, tapi banyak amount kat 'sana' nanti. Sebab, hidup kat 'sana' tu lagi panjang dari hidup kat sini.

Kenapa kita terlalu mengejar kekayaan di sini sedangkan kekayaan di 'sana' yang perlu kita raih kan? Hidup kat 'sana' tu hakiki. Kalau tak cukup 'duit' kat sana, macam mana kita nak hidup pada alam hakiki tu? Sama-samalah kita 'menabung' masa sekarang ni supaya masa kat 'sana' duit tak shot. Heheh.

Pesanan ni untuk diri i jugak. I pun manusia biasa yang selalu leka. Bila menulis macam ni, baru kita akan muhasabah diri kita semula.

(^_^)v Ya Allah, cukupkanlah bagiku rezeki yang Engkau kurniakan. Alhamdulillah.

03 July 2010

20 sifat

Bismillahirrahmanirrahim~

heheh. sudah hampir seminggu tidak memblog. kekangan masa sebab kerja yang bukan melambak, tapi memerlukan percambahan idea yang sangat bernas dan jitu membuatkan idea yang hendak disalurkan ke jari-jemari dan ditaip atas keyboard ni terencat seketika. makanya, di pagi yang mulia ini, dek tidak mahu tidur selepas subuh "nanti rezeki dipatuk ayam" bak kata mak khairul azzam dalam filem ketika cinta bertasbih, terhasil lah entri ini di pagi hari.

intro yang panjang dan pening.

anda faham?

tak apa. buat-buat faham.

i peliklah, kenapa lately nih i selalu dapat tag yang menceritakan 23 sifat anda, 30 sifat anda... and now tag dari munie, 20 sifat anda. errkk~

so, orang dah tag, kita layankan aje lah yek.

1. dah hampir seminggu tak update blog ni. idea melambak nak tulis apa. tapi masa untuk jari menari-nari ni kurang kecukupan. eceh eceh. macam lah ada orang yang ternanti-nanti entri kau. oh. ada. cik senah. bahahahah~ rindu kamu!

2. esok nak pergi UTM JB! walaupun jauh, tapi HARUSSSS. atas urusan kerja. erk. tapi memang rindu UTM kot.

3. sudah mula jatuh chenta dengan kekasih hati sekarang. GSSB. ngeh! betul la orang kata, tak kenal maka tak chenta. lepas sebulan perkenalan, i memang sudah jatuh kasih sayang hati limpa hempedu bagai kat GSSB. sebab tu kot tak kisah je jumpa setiap masa. hampir 3/4hari i dating dengan GSSB. setiap hari! ok. setiap hari.

4. bak kata cik senah, family comes first type woman. erk. woman? terpaksa guna woman. hahah! kau engat kau kanak-kanak lagi ke hape? ok ok. dengan title dan jawatan sekarang, kena mengakulah woman. kalau tak nanti, kurang matured sikit untuk buat keputusan.

5. sejak berchenta dengan GSSB ni, i tak dapat laksanakan prinsip 'family comes first' tu dengan baik. macam mana ek? adakah i patut putus atau break off dengan GSSB?

6. nak sambung belajar. at least nak pegang M. Sc. sebelum umur 30 a.k.a sebelum kawen. kalau boleh nak sampai phD. wah. melangit! Prof. Dr. Hajah Nadia Havez. ok tak? apsal i rasa macam ada bunyik orang sepanyol masuk islam eh nama tu? bahahah! kenapa hajah? erm. ingat balik entri yang i ada sebut pasal hantaran tu. fakta atau auta.

7. kadang-kadang weng, kadang ngeng, kadang ngong. hahah. tapppiiiii... ada seorang budak nih berkata pagi tadi, "nampak tough ja huhu.. tapi manje.." auww. i? manja? -_-"

8. ceh. baru 7 ke? apsal aku rasa dah banyak? ok. next. pernah ada cita-cita nak tulis novel. tapi asyik terhenti. baru buat 2-3 chapter, dah kering idea. pencapaian terulung pun, 10 bab. hahah. last-last, wani selamat suggest, "u buat cerpen aje lah." now dah ada lah beberapa cerpen yang wani selamat asyik menangis je kalau baca. ikh. ok, i tak buat ending sedih lagi. nak baca? gi carik label 'Cerpen'. oh. ada 2 je ke dalam blog? banyak dalam lappy je. sori ye kawan-kawan.

9. kejap lagi kena bersiap pergi kerja. tapi melangut depan lappy lagi.

10. sangat suka masakan hot mummY and daddy co0L. giler sedap weyh. kalau korang rasa, nescaya korang akan tambah lagi. percayalah. kasihmu lama tersulam. di ruang paling dalam. eh eh.

11. curious jugak adakah i kenal semua 1047 friend list dalam muka buku tu. kepada anda yang dah lebih 1000 friends tu, u olls~ kenal ke semua ye? nanti i nak tengok balik sorang-sorang. rasa macam i accept friend pun ber'filter'.

12. tiba-tiba rasa tertanya-tanya. macam mana nak buat bajet kenduri kawen kalau fren list muka buku je dah 1000++ ye? kawen lagi! hesy! mopiko ada tak? sangat gatal tau budak ni.

13. dah susah nak tidur lepas subuh. hahah. masa kat UTM je selalu bersifat begitu. kat rumah? kena sound la dengan hot mummyY.

14. shopping! ya! kegemaran! eh. i belum beli solusi bulan ni. hesy.

15. gelak guling-guling sampai keluar air mata bila my little brother bakal doktor yang dekat egypt tu buat shout YM dia ala-ala macam ni, "siapa nak kahwin dengan akak sedara aku, sila baca blog beliau untuk mengetahui total hantaran". bahah! lepas tu je i tengok traffic banyak naaa dari egypt. ngeng!

16. lagi suka sate padang dari sate ayam. korang tak pernah try? jadik lah orang minang macam i. ^_^

17. pernah tengok sendiri member accident depan mata. masa umur 10tahun. sekarang ni, kalau lalu tempat tu, i akan fobia sikit. member tu sampai masuk icu. kejadian tu betul-betul depan mata.

18. pernah kena ragut DEPAN RUMAH SENDIRI. depan rumah, ok! dah nak masuk rumah pun sempat lagi mat-motor-sengal-macam-ngeng tuh sentap beg i dan buku-buku i baru beli weh! buku teks tingkatan 3 tuh! kau mat-motor-sengal-macam-ngeng nak buat hape ngan buku teks haku? kalau dah kerjanya meragut, tak payah masuk sekolah la. tibe-tibe hangin lak. isk.

19. sekarang ni, even baru keluar kereta, lepas parking depan rumah tu pun, i akan tengok-tengok dulu before bukak pintu. masa sekolah pun pernah kena sentap inikan pulak dah kerja. bawak beg tangan tu kan. walaupun dalam handbag i tu ada cash tak sampai RM20 pun. so, kepada sesiapa yang rasa nak ragut i, lupakan aje lah niat tu. i memang jenis bawak cash tak lebih RM20 kot. KL beb.

20. selain sebab tak mau kehilangan banyak cash kalau kena ragut or etc., tujuan lain bawak cash tak lebih RM20 adalah sebab tak mau tiba-tiba tershop-shop dengan tak sengaja. bahah! bila kurang cash, kurang sikit rasa nak beli sebab malas pergi jalan cari mesin ATM. eh. M dekat ATM tu itself stands for machine. so, sebut ATM aje la ye. tapi, gaji masuk via maybank, kad tu boleh buat shop-shop. err. kena transfer duit gaji ni. masuk bank islam. hih! :D

ok. nak mandi. pergi kerja. bye!


_____________________

^_~v