Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 September 2010

Baju Raya

:: Bismillahirrahmanirrahim :: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tiba-tiba rasa nak suarakan sesuatu berkenaan baju raya ni. bukan apa, sebagai anak tukang jahit, i faham dilema yang dialami oleh setiap tukang jahit especially nak dekat-dekat raya aidilfitri.

semua orang pun tahu, kalau nak raya ni, semua nak baju baru. hoh, jenis baju pun tak agak-agak. semua cantik-cantik belaka, pelbagai fesyen dan pelbagai warna.

bila baju raya tak siap, semua orang pun nak merungut. macam lah tak boleh raya kalau tak ada baju raya. aduh~ kadang-kadang pening kepala bila i tengok 'orang-orang yang dah berumur' tapi perangai macam budak-budak, crying for their baju raya. maaflah kalau entry kali ni berbaur kasar sedikit. i nak u olls~ tengok dari perspektif tukang jahit. kalau boleh lepas ni, u olls~ hargailah tukang jahit yang bersengkang mata menjahit baju raya u olls~. here are some facts:-

1- biasanya, 2bulan sebelum bulan puasa (means dalam bulan rejab camtu), my mommy dah tutup tempahan untuk hari raya. serius. ini hakikat ya wahai anda-anda di luar sana. mana-mana tukang jahit pun sama juga. tapi tu lah. my mommy ni jenis tak sampai hati nak kecewakan orang. kadang dalam bulan puasa tu pun still ada orang yang hantar baju. my mommy dah tolak secara baik, tapi ayat customer, "alaa kak, satu ni je kak. siap pagi raya pun tak apa kak. kalau tak, tak beraya saya nanti kak..." aduh~ ayat-ayat gini lah buat kita tak sampai hati nak tolak. sorang buat camtu, kalau 10 orang? tak ke dah bertambah work load kepada 10pasang? jadi, anda semua tolonglah jangan hantar last minute. kalau boleh 6bulan sebelum puasa tu dah hantar.

2- start pertengahan rejab, my parents dah start bersengkang mata jahit semua baju-baju tempahan. biasa satu family ada dalam 5 orang. sekurang-kurangnya 2 pasang seorang. dah 10 pasang. kalau 10 family, dah 100 pasang. aih~ my mommy tu dah 25tahun menjahit. customer dia bukan setakat 10 family. can't u guys imagine berapa ratus pasang baju nak kena kejarkan? tu belum masuk customer yang perangai macam fact number 1 tu. sebab tu i kata, tempahlah baju 6 bulan sebelum...

3- fyi, my mommy and daddy akan bekerja 21jam sehari start bulan rejab sampai pagi raya! 3jam je tidur setiap hari u guys tahu tak. 3bulan nak siapkan ratusan baju u olls~ tu.

4- lepas tu, dah namanya baju raya, of course lah yang the very the glam the entire the universe kan. kain lip lap lip lap lemah lembut gemalai alahai tak boleh nak agak. fesyen pun tak nak kalah. yang tak pernah dibuat dek orang pun ada. tau tak kalau kain yang lip lap lip lap lemah lembut gemalai tu kadang takes about 2days nak setelkan? kalau ada 300 baju macam tu, mana nak curi masa 600 hari my parents patut spend untuk setelkan baju u olls~?

5- kenapa 2days? baju u olls~ yang the very the glam the entire the universe tu perlu melalui banyak proses. my parents sangat mementingkan kualiti dalam kerja diorang supaya hasil upah tu nanti berkat, nak bagi anak-anak makan kenalah rezeki yang diberkati.
i bagi contoh satu kain yang i sendiri tengok. batu-batu permata kat kain tu besar tak hengat dan bila pegang kain tu, meluncur, lembutnya minta ampun.
firstly, masa nak potong kain, batu-batu permata yang terkena garisan untuk dipotong ikut ukuran tu kena buang dulu. nak buang batu-batu tu bukan senang. guna iron dan kepanasan iron tu kena control. kain tu teramat sangatlah lembut. so kalau silap heat degree, boleh terbakar kain orang. proses ni boleh makan masa 2-3jam sebab bukan senang nak buang permata-permata dekat kain lembut.
secondly, dah siap buang batu permata tu, baru boleh potong kain. oleh sebab kain lembut, potong pun tak boleh laju. dekat 3-4jam jugaklah memotong kain jenis macam ni.
thirdly, dah potong, sebelum menjahit, kena jelujur dulu. sebab apa kena jelujur? sebab kan i cakap tadi, kain tu sangat lembut, meluncur kalau dipegang. kalau tak jelujur, kain tu akan lebih susah nak dijahit.
4thly, proses jahitan kena sangat hati-hati. sebab kain asyik meluncur. aisy! dekat sehari kat sini aje.
5thly, lepas menjahit, proses menggosok pulak. contoh, kain dibuat jenis kain kipas. bila menggosok kain berlipat-lipat macam kipas ni, sangatlah susah. batu sesama batu tu jadi mencair dan melekat pulak antara lipatan-lipatan kipas tu. nak jadikan lipatan tu tajam, iron kenalah panas, so secara tak langsung, batu-batu tu mencair lah pulak...
6thly, bila batu-batu tu dah mencair dan melekat sesama diorang, kena pula pisahkan 'lekatan' sesama batu akibat pencairan tu. urmm~
7thly, last process, ironing. setiap baju yang dah siap dijahit, kena iron untuk 'matikan' jahitan. supaya jahitan tu nampak kemas dan cantik. ini macam quality control la.
so, ini baru sepasang baju. hurmm~

6- dah siap berdepan dengan kerenah kain, berdepan dengan kerenah customer pula. u olls~ sendiri baca macam mana punya susah nak siapkan baju yang the very the glam the entire the universe tu kan. bila minta upah lebih sikit, ayatnya, "saya tak tahulah kak berapa upahnya, yang saya tahu, mama minta kurang." u olls~ tahu tak betapa perit dan susahnya nak mengerjakan baju-baju tu dan bila upah setakat RM200, untuk masa 2hari yang dah dihabiskan, itu pun nak merungut ke? kalau baju kurung biasa, dengan upah RM60, 2hari tu dah boleh siap 16pasang u~ 16 pasang x RM60 = RM960 kan? bandingkan dengan RM200 untuk sepasang baju yang memang susah nak mengerjakannya. tergendala nak menjahit baju-baju orang lain.

7- kain lip lap lip lap lemah lembut gemalai, harga ribu-ribu. ada sepasang kain yang cecah RM3000! kalah gaji i sebulan! tapi bila minta upah RM200 pun nak merungut. aih~ beli kain mahal-mahal boleh, tapi upah RM200 takkan tak mampu kot? bukan senang nak kerjakan kain yang harga ribuan ringgit ni. kalau rosak, mampu kah nak ganti?

8- ada lagi, my parents dah siapkan 2pasang dari 7pasang baju yang ditempah. ada yang mintak disiapkan 7-7 pasang tu. apa, nak pakai 7pasang ke 1 syawal tu? siap nak nangis-nangis bagai. aduh, nak kata budak-budak, umur dah nak dekat 30. tua lagi pula dari i. aduh, tolonglah faham. baju orang lain pun perlu dikejarkan. bukan awak sorang je nak raya. lain kali hantar 6 bulan sebelum, ye?

dah lah tu. penat. banyak lagi facts. in fact, baju raya kami pun selalu siap pagi raya. tu kalau nasib baik. kalau tak, tak ada. macam tahun ni.

tapi serius, kami memang tak kisah pun. takde pulak kami tak beraya tahun ni. takde pulak kami sampai menangis-nangis sebab baju raya tak siap. urm~

perspektif masyarakat kita kan, kalau tak ada baju raya, tak boleh raya.. tak ada langsir raya, tak boleh raya.. tak ada perabot baru, tak boleh raya.

urmm~ macam mana?

4 comments:

  1. wow..
    aku pun xkesah kalo pakai baju taun lepas atau xda baju raya..my sis lagi best..pakai ja baju mak..haha
    n dia p beli baju yang dah siap dah..xpayah susah2..haha

    nadia2..

    ReplyDelete
  2. mijie::
    ada sesetengah orang yang boleh terima keadaan ni.. apa yang aku citer ni memang realiti yang ada depan mata kitorang.. orang2 kaya pulak tu.. hurmm~

    ReplyDelete
  3. kain smp 3000???mahai benor....200 tuh berkire..haiya...len kali suro die hantar kat org lain...if byk songeh sgt..hahahahhahaha..

    ReplyDelete
  4. farah::
    pelikkan perangai orang-orang nih "-.-

    ReplyDelete