:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
seronok! happy! gembira!!! ah. u olls~ tengok tanda-tanda seru tu aje u olls~ dah boleh bayangkan betapa seronok dan happynya my weekend. kan kan kan.
kalau u olls~ orang skudai, mesti u olls~ tau 25-29 September 2010 ada Majlis Konvokesyen kat UTM. eheh. i la tu salah sorang graduannya. oh oh. orang lain pun konvo jugak. hahaha~
Jumaat 24 Sept 2010
bertolak dari KL on friday morning, 24 Sept 2010. drive sendiri. eno wutta wutta and cik yan jadi peneman. satu rekod driving KL-JB, dalam masa 3 jam dah sampai, non-stop. ni rekod peribadi. takyah la u olls~ nak banding dengan u olls~ huhuhu~ i ni biasanya tak boleh tahan driving more than 2 hours. nampaknya penyakit tulang belakang ni dah makin sembuh kot. kalau tak, lepas 2 hours driving je, mulalah sengal-sengal badan dan teramatlah letih.
lagi satu rekod, sampai je UTM, tak terus check-in kat 'Shahira Havez's Inn'. boleh pula lepak tapak Pesta Konvo. siap beramah-tamah dengan AJK Pesta Konvo 45 *sambil tuntut berjambak-jambak bunga siap ugut nak potong elaun u guys bahah~ kejam punya senior*. u guys did well in this convo fiest. cuma, maybe publisiti luar kurang sikit kot.
lepas melepas kerinduan dengan AJK konvo, mari lepaskan kerinduan kepada pejabat MPM *dulu MPP*. oh, sangat membuat kecoh di sana. sampai ada MPM kata, "ada anak-anak Havez dalam ni, mesti ofis bising" eheh. abis tu u guys semua muka tension + ketat.
lepak bilik kak bihah. sekaligus mengimbau perasaan buat bilik kak bihah macam bilik sendiri termasuk ambil t-shirt dia lepas mandi di bilik air dia yang dibuat macam bilik air sendiri juga.
lepas maghrib, dinner date dengan remote sensing girls yang dah ada kat JB. ayam penyet. rindu! oh, masa ni yana membuat mata i shining-shining lepas bagi Scholar's Inn yang dia tempah, untuk i. sebab parents dia tak jadi stay. memang rezeki yang sangat-sangat-sangat. happy!
then lepas makan, jalan-jalan di tapak konvo dengan those girls. perasan tak, i masih belum rehat lepas driving jauh sampai saat ni.
around 11.30pm, akhirnya terasa letih. baru ambil kunci untuk check-in kat 'Shahira Havez's Inn' a.k.a bilik si engineer tupperware tu. letak je kepala, terus hanyut. memang letih.
Sabtu 25 Sept 2010
breakfast date! tak pernah-pernah ada istilah ni dalam hidup. hahah. ye ye. kena amik breakfast sebab nak derma darah. derma darah? oh, saya takut jarum. eh, tu iklan. saya tak takut jarum :P
first time ever derma darah. dari duluuuuu lagi teringin nak derma darah tapi ada aje halangannya. tengah period la, hemoglobin tak cukuplah, paling tak suka, tiap kali nak derma darah je, demam. menci betul. tu yang a week before balik JB ni memang jaga kesihatan tip top. niat nak derma darah akhirnya tercapai! yea! saya dah ada buku blood donor selain kad confirmation as organ donor :) i tau la u olls~ dah lama jadi blood donor. biarlah i nak excited ni. :D
orang kata, lepas derma darah, kita akan rasa pening-pening dan macam nak pengsan. si hazman siap cakap, "kalau akak pengsan, saya gelakkan akak". jahat~ tapi alhamdulillah, lepas duduk few minutes, i ok je. siap boleh berpanas pusing lagi tapak konvo sampai 2.30 petang. so anda semua, janganlah takut nak derma darah ye. seronok tau!
masa pusing-pusing, singgah pertandingan masakan kat tapak tu. 1 of the participant suruh i rasa masakan tu. i rasa macam pahit. tapi orang lain tak rasa pahit pun. oh, nizam kata tu kesan lepas derma darah mungkin.
lepas tengahari tu dah start rasa letih dan tekak loya. ok, i perlu pulang ke Shahira Havez's Inn. dan tidur sampai asar dah nak habis. memang betul letih.
dinner date makan roti naan, lepas tu pun tidur lagi. ya, ni baru betul kesan derma darah, tak boleh nak bangun. mata pejam. tapi i suka sebab dapat derma darah ^_^
Ahad 26 September 2010
breakfast date dengan eno wutta wutta je pagi ni. macam banyak benda nak settle kan. tudung untuk baju konvo tak ada lagi. rasa macam nak cari kat tapak konvo. nak cari bunga untuk orang yang konvo lagi. pusing cari lili putih. tak ada. heh, selain sakura, i sangat suka lili putih, tapi tak ada pulak. tak putus asa, cari lagi. siap pesan kat penggerai.
ibu ayah sampai waktu tengahari. terus kami check-in Scholars Inn. cantik. ibu ayah puas hati. i suka lagi!
dapat call dari my junior, "kak, rezeki akak. kami dapat sejambak lili. tapi bukan putih, pink". ok, suka lagi! boleh bagi orang yang konvo hari ni lili tu. tapi bukan warna putih. tak apa lah. asalkan lili.
petang hujan. lepak tapak konvo dengan ibu ayah. berkejar ke Dewan Sultan Iskandar untuk bagi bunga. turun balik ke tasik untuk outdoor photoshoot dengan remote sensing girls. sampai maghrib. cantik view Masjid Sultan Ismail dari tasik tu.
malam, reU remote sensing course batch 2006-2010. tapi tak dapat lepak lama sebab ada family shoot kat taman U. ok, ni pun suka. macam menikah pula siap ada photography session kat studio.
supper di P19, cafe yang buka 24 hours kat UTM. kepulangan kali ni penuh dengan mengubat kerinduan, mengimbau perasaan sepanjang 4 tahun di UTM. apsal ayat ni?
Isnin 27 September 2010
the day! bangun pagi, culik engineer tupperware dari tapak konvo. outdoor photoshoot dengan family pulak! kan i dah kata, macam set up untuk wedding. berpeluh-peluh pusing satu UTM. baru sedar kerja jadi model bukan senang. even penat, berpeluh-peluh tapi tetap kena senyum dan sabar bagi the best pose. the theme for this session is santai. so semua orang harus bergaya santai dalam gambar ye. thanks to creative director, engineer tupperware and eno wutta wutta and for most eligible daddy as photographer.
habis bergambar terus register for convocation for afternoon session. berpeluh-peluh tu. hahah! lantak. perarakan masuk graduan diiringi hujan. i rasa sebak masa berjalan masuk ke dewan yang dah penuh dengan parents. i terbayang ibu ayah. rasa nak menangis. eh, tak boleh. make up cair. semua mata tertumpu pada kami. rasa berdebar turun tangga dewan. terselit perasaan syukur, dah grad, on time!
kebosanan juga tunggu nama seorang-seorang dipanggil. hahah~ tapi semua orang akan rasa berdebar bila dah tiba saat nama sendiri. takut. takut tersadung atas pentas, takut gambar atas pentas tak cantik. takut mortar board jatuh. bahah! i check pin peniti yang disemat di tudung dan mortar board.
nama i dipanggil, i rasa seram sejuk. i berjalan seadanya. jantung berdegup kuat sangat. tapi bila pandang muka pro-canselor tu yang senyum aje bila i datang dekat, terus hilang semua rasa gemuruh. yang tinggal rasa gembira. bersaksikan semua orang-orang besar universiti kat pentas tu, i tahu, antara tempat-tempat duduk ibu bapa tu, ibu ayah tengah tengok i. i gembira. sebab akhirnya, ada seorang lagi ahli keluarga yang genggam first degree. i orang kedua. yang pertama, usu, adik ibu.
habis je, semua orang nyanyi lagu UTM dengan semangat. oh, dah grad. hahah!
i tahu ibu ayah menangis. eh eh. malu.
haha. i pun rasa macam nak menangis. perasaan bercampur-campur. seronok!
ya, masa untuk kutip bunga. hahah. terima kasih untuk semua bunga yang ada. ros kuning, ros pink, ros merah, apa lagi ye, bear pakai mortar board, bunga yang macam bantal, ahh i tak tau nak letak nama apa semua jambangan-jambangan yang i tak sanggup nak tengok dia layu.
i letak kat office ok?
dalam balang.
appreciate every bouquet sebab itu tanda anda menghargai saya.
hugs and kisses for all of you. semua yang membantu sepanjang 4 tahun di UTM.
paling berharga, ibu ayah, for their endless love and support.
saya kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Remote Sensing)
^_~
nadia havez.. happy graduation day..! da ad degree da.. jeles2.. hahaha.. ak nie? na gak r amek degree.. huhuhu.. bila kan? hoho..
ReplyDeletecongrats kak Nadia :)
ReplyDeleteseronok tgk org konvo..meriah sungguh UTM ni!
pas ni mizi lak..saya extend ler..pasal psm..:(
ReplyDeletehappy grads nadia! tak sabar nak grads. cite best je. ~.~
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah kak l0ng...jgn lupe wt sujud syukur tw ;-)
ReplyDeleteana:: haha.. sambung sambung.. sila sambung..
ReplyDeleteadibah:: thanks dear ^_^
mijie:: He got biggest plan my fren..
elmo:: haaa~ bes bes bes!! rasa nak naik pentas tu lagi sekali ^_^
fendi:: thanks :)