Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 September 2010

Security and Secretary

:: Bismillahirrahmanirrahim :: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

"kaklong, apa beza 'security' dan 'secretary'?"

saya tergelak. serius. tak mampu tahan ketawa bila adik bongsu bertanya soalan itu. bukan niat untuk mentertawakan kelemahan dia, tapi terasa lucu. cara dia bertanya memang sangat naif, mukanya tergambar perasaan ingin tahu yang mendalam dan dia benar-benar tidak tahu.

"aik? takkan student convent bukit nenas tak tahu?" saya masih dalam tawa. "dah nak exam PMR lagi... kaklong tak expect eno tak tahu. sorry sorry... kaklong tak terniat pun nak ketawakan eno."

begitulah, kadang, saya terlepas pandang dalam mendidik adik-adik. walaupun baru dua orang adik. tak dapat nak bayang macam mana orang ada 7,8,9 orang adik-beradik, anak sulung nak melayan kerenah adik-adik, dan nak pastikan ikatan semua adik-beradik rapat, tak terputus, saling bantu-membantu dan tolak-ansur. tak ada yang masam muka.

alhamdulillah, saya mempunyai 2 orang adik yang comel-comel *oh oh, korang jangan nak perasan bila baca blog kaklong ni, saja puji korang lebih-lebih, nak ngelak bagi duit raya [wink wink]* dan kami bertiga memang rapat.

dulu kami suka cerita 'Charmed'. alaa~ 3beradik yang ada kuasa sihir tu. Prue, Piper and Phoebe pastu masa season berapa tah tiba-tiba ada Paige.


picca pinjam kat sini

kami selalu bayangkan kami ni macam adik-beradik dalam cerita tu. heh.


picca pinjam dari sini

tapi kami tak seksi macam diorang ni. oh, mereka memang best. kita ambil yang positif. relation among them. kadang-kadang saya terpengaruh juga cara Prue handle adik-adik dia. they are always helping each other. and whatever happens, you have to remember you still got your sisters. itu yang saya selalu bagi tau my sisters.


selain tengok cerita 'Charmed' tu, kami suka tengok wayang together-gether. kalau ada filem best keluar, and i know filem tu memang three of us suka, kami akan balik rumah (me and engineer tupperware) untuk sama-sama hang out dengan eno wutta wutta. fuuh~ ini memang kesukaan kami bertiga terutama eno wutta wutta sebab ada kakak yang baik hati sponsor beliau -_-"


kami juga suka kemas rumah sama-sama. biasanya engineer tupperware yang jadi leader untuk pembahagian tugas kemas rumah. beliau memang hebatlah bab mengemas ni. i? surrender "-.- biasanya i take over bahagian dapur sebab i alergi habuk-mabuk ni. the rest, engineer tupperware and eno wutta wutta settlekan. apsal tadi 'saya' sekarang 'i'? *konpius*


selain itu *macam karangan BM je* kami juga suka memasak bersama-sama. hah, kalau part memasak, i leader. ngengg~ sebab engineer tupperware 1st time 'masuk dapur' pun setahun yang lepas. kalau ikutkan, eno wutta wutta lagi hebat memasak kot dari engineer tupperware. i tak boleh lupa masa kecil-kecil dulu, bila suruh engineer tupperware kupas bawang merah, dia akan bersiap macam nak pergi perang. dengan segala macam protection. paling kelakar, dia pernah pakai helmet masa kupas bawang merah, sebab nak elak mata pedih. i ingatkan, angkasawan manalah tersesat masuk dapur i.

budak-budak ni akan ikut arahan i untuk sediakan bahan masakan. biasanya engineer tupperware amik part-part bahan basah, eno wutta wutta bahan kering. sebab tu kot eno wutta wutta lebih pandai masak dari engineer tupperware. dia akan tengok ingredient lauk-lauk yang i arahkan. ceh. arahkan. aku kan kakak. :D


kami ada hobi baru. membuat kuih raya. ni tahun pertama i diarahkan oleh hot mommy untuk membuat kuih raya. biasanya kami beli je. sebab tak ada orang kat rumah yang boleh buatkan. yelah, 7tahun i di perantauan, ceh ceh. balik rumah hanya 2-3hari sebelum raya, bila masanya nak buat kuih raya? so, semenjak dah kerja ni, dan dah ada duit sendiri, dah kena biasakan diri mengurus rumahtangga sebab bakal berumahtangga tak tau bila, maka, i decided untuk buat kuih raya sendiri. dengan selamba pergi shopping bahan-bahan dengan eno wutta wutta, ambil apa sahaja yang kami nak. sampai di rumah pun, buat suka hati. bila engineer tupperware join sekaki, entah bentuk apa yang dia uli. kami ketawa nampak gigi. apa, ingat tak sedapkah? 1balang dah habis sebelum raya menjelma tandanya, "kaklong, buatlah kuih lagi!"

kenapalah aku ada adik macam diorang?

urmm~


shahira vezani dan irma noor mayzura, korang berdua memang best yang teramat-amat best. adik-adik yang sangat memahami, sangat riang-ria, happening sampai ibu ayah pun pening, hope kita akan selamanya BFF, kalau kaklong dah menikah nanti mesti kaklong rindu nak buat semua kerja-kerja together-gether dengan both you. rindu perangai gila kita kalau hang out. oh oh.

eno wutta wutta pernah cakap,
"kalau kaklong dah kahwin, siapa nak sayang eno macam kaklong? siapa nak ajar eno ngaji? siapa nak ajar eno buat kerja sekolah? siapa nak temankan eno study?"

eh tak. dia cakap macam ni sebenarnya,
"kalau kaklong dah kahwin, siapa nak support eno?"


ceh! duitlistik. -_-"

adik-adik siapa ni?

3 comments:

  1. eh,lupe plak nak wish hehe..Selamat Hari Raye!

    ReplyDelete
  2. adibah::
    eheh~ takde pun bau nasi minyak kat sini.. kat sana kot.. ^_^ selamat hari raya juga!

    ReplyDelete