Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

17 September 2010

Mimpi

:: Bismillahirrahmanirrahim :: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

pernah anda-anda semua buat solat istikharah? dulu masa zaman-zaman kecil-kecil comel-comel *kenapakah banyak penggunaan kata ganda di situ?* ada belajar pasal beberapa jenis solat sunat. masa tu tahulah pasal solat tahajjud, solat hajat, solat tasbih, dannn solat istikharah.

budak-budak kan. manalah tau pasal solat istikharah ni. eh eh. macam ada keputusan besar yang nak dibuat aje kan. masa tu i agak terkonpius antara solat istikharah dengan istihadhah. hah, tahu tak istihadhah? buka balik buku fardhu ain ye ^_^

ustazah kata, solat ni dilakukan kalau kita tersepit, tak tahu nak buat pilihan, nak minta petunjuk Allah, contoh, pasal jodoh.

huh, tak ada contoh lain ustazah ni. hihi~ mudah faham.

dah besar sikit, baru faham. istikharah bukan guna masa nak minta petunjuk hal jodoh je.

nak pilih sekolah pun.

hatta nak pilih course masa masuk U pun. semua tu perlukan petunjuk dalam membuat pilihan kan?

lepas tu, ustazah kata lagi. lepas buat solat tu, nanti kita akan dapat petunjuk. contoh, petunjuk dalam jodoh. awak akan mimpi orang tu. ustazah tu kata macam tu.

i dengan penuh naif, budak baru umur 7tahun ke 8tahun tah, saja lah gatal try. solat istikharah, konon nak tau siapa bakal suami. eh, gatal betul budak ni. tapi lepas tu tak ada mimpi apa pun. i mula rasa ustazah ni, biar betul. apsal tak ada mimpi apa-apa pun. haha. budak-budak.


meh nak kongsi sikit. pinjam dari sini


Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:


Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)



urmm~ so, dah besar-besar ni buat istikharah, dapat mimpi tak?

^_~ try lah u olls~ pula buat.

6 comments:

  1. susah 'kan nak membuat pilihan...
    nak2 kalau pilihan yg bakal menentukan hidup atau mati...

    ;)

    ReplyDelete
  2. bdp::
    betul betul betul -_-" rasa macam, bes nye kalau tak perlu buat pilihan.. :)

    ReplyDelete
  3. betul!

    kalo ta perlu wat pilihan kan besh..
    hmmmm..... :)

    ReplyDelete
  4. ana::
    tu lah pasal.. susahla nak kena pilih2 lak.. biar benda tu datang aje kan.. huhu~

    ReplyDelete