Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 September 2010

Saya Cinta Dia! (Secret Diary of My Journey to Europe) [Short Story – Part 3]

:: Bismillahirrahmanirrahim ::In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Part 1

Part 2

****************************

"Nak makan nasi tak?" tanya Suzi usai mereka menunaikan solat secara jama' dan qasar di London Central Mosque.

"Nasi? Mana nak cari nasi kat sini, kak?" Sofia pelik.

"Tadi budak-budak lelaki ada bagitau, kat bawah ni ada restoran Pakistan. Ada jual nasi tandoori tu. Nak beli tak? Laparlah. Akak tak rasa nak makan roti je hari ni."

"Mm, ok juga. Tapi berapa harga nasi sebungkus?"

"Entah, jomlah kita pergi tengok."

Mereka keluar dari ruang solat muslimat dan menuju ke restoran yang disebutkan.

"Harga sebungkus nasi, 3 pound. Ada lauk kari ayam dengan acar. Aduh, baru sehari tinggalkan Malaysia, dah rindu nasi. Macam mana nak duduk lama kat sini, kak?" Sofia tertawa.

"Entah. 3 pound, tukar duit Malaysia, RM16. Macam makan dekat Secret Recipe!"

"Akak, kan dah bagitau dari hari tu lagi, jangan tukar ke duit Malaysia. Memang tak beli apa lah macam tu!"

Mereka tertawa.

"Yelah, kita beli seorang sebungkus. Kita makan kat hotel, ok?"

"Ok!"

Mereka sebenarnya dari awal sudah bersedia dengan situasi kepayahan mendapat makanan halal di bumi Eropah. Tambah rumit apabila harganya 6 kali ganda lebih tinggi. Rombongan mereka membawa beberapa kotak mi segera, serunding, sambal ikan bilis dan makanan segera dalam peket.

"Hari ni kita dapat makan nasi, Alhamdulillah. Esok lusa apa lah yang kita makan agaknya." Sofia bersyukur kerana masih tidak merasa kekurangan di bumi Eropah.

"Esok? Makan Maggi aje lah kita!"

Pecah lagi tawa mereka berdua. "Haah. Sofia hanya bawa 20 pound dan 20 euro untuk seminggu kita di sini. Bersamaan dengan RM500 sebenarnya."
"Nak buat macam mana, dah memang nilai duit kita lebih rendah."

Sofia diam. Bila Malaysia akan capai taraf negara maju dan masyarakat minda kelas pertama, ya?

No comments:

Post a Comment