Klik Klik Klik Thanks Darl!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Junior Aulad

junioraulad-728x90

20 September 2010

Status. Bujang. Belum Berkahwin.

:: Bismillahirrahmanirrahim :: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

status? bujang. belum berkahwin.

tadi pagi. tengah bersiap nak ke tempat kerja. tiba-tiba terdengar tin berlaga. pergi tingkap, tengok apa yang berlaku.

kotlah ada kucing sekali lagi panjat bumbung rumah, dan selinap masuk bilik i melalui tingkap lalu mengeluarkan najis mutawasitahnya di lantai bilik i. pffttt~

nampak ada seorang pakcik tua, tengah selongkar tong sampah. pakcik tu nampak masih waras. ya, dia bukan tidak waras. pakcik tua tu sedang mencari tin-tin kosong.

dia selongkar, kemudian jumpa tin kosong, masukkan dalam plastik guni yang dia bawa dengan beca lamanya.

i diam.

sebak.

perlakuan pakcik tu mengingatkan i kepada ayah seseorang. di kampung.

perbezaan status bukan bermakna dia tidak boleh berkawan dengan sesiapa. dan perbezaan status bukan alasan untuk dia rasa terlalu rendah diri. lalu meletakkan i jauh lebih tinggi dari dia. bukan.

perbezaan status, mengajar orang bandar macam i ni, erti kesusahan, keperitan dalam melalui hidup. in fact orang bandar pun ada kesusahan dia sendiri.

perbezaan itu mengajar i lebih bersyukur, dan berusaha untuk memajukan diri.

perbezaan itu yang menemukan.

jigsaw puzzle.

perbezaan yang melengkapkan.


p/s: kita semua sama. yang membezakan, iman dan taqwa. aku masih di tahap rendah. gred F.

3 comments:

Anonymous said...

suke.. =)

Anonymous said...

xbrape faham kaitan tajuk dgn story...

Nadia Havez said...

anonymous::
memang sengaja buat takde kaitan ^_^