Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 October 2010

Ada Apa Dengan 101010?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ramai orang tertunggu-tunggu tarikh tu kan? sebab tarikh tu cantik, so ramai yang pilih tarikh tu sebagai tarikh kahwin lah, bertunang lah, dan macam-macam lah lagi lah!

tarikh tu pun tercatat dalam lipatan sejarah negara. ada dua perkara.

1. perkahwinan angkasawan negara yang memang sangat meriah.

2. kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan paling teruk untuk tahun ni. di area Simpang Ampat.

kita tak tau, sedang kita asyik leka tonton tv, majlis perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muzafar, rupanya ada insan yang menderita dalam waktu yang lebih kurang sama.

i bukan nak cakap isu kemalangan atau perkahwinan orang besar negara tu. my concern is, tentang siasatan kes dan organ donor. anda sudah mendaftar sebagai organ donor? ceh, macam duta kempen organ donor pula. hal ni berkait dengan kemalangan 101010.


isu pertama, siasatan kes. tak kisahlah kes jenayah ke, kes kemalangan ke.

kalau kita perhatikan, malaysia ni macam ada musim. bukan setakat musim durian. musim ribut-ribut hal kemalangan pun ada. contoh macam tragedi 101010 ni kan, sekarang memanglah hangat. semua nak buat statement. dari setinggi-tinggi pak menteri sampai serendah-rendah pegawai polis. seminggu dua ni aje lah kes ni akan dititikberatkan. tengoklah bulan depan. apa tindakan susulan. nak tunggu 30 bas ekspres berlanggar sesama sendiri dulu kah baru nak buat tindakan lanjut? macam kes banyak kemalangan kat tol jepalang tu. dah beratus-ratus orang diragut nyawa, baru ada tindakan susulan. tahu tak malaysia ni antara negara terbanyak accident di dunia ni.

kes jenayah contohnya. paling dekat, kes sosilawati. suspek dikatakan dah pernah buat jenayah terancang ni. means dah ramai yang penah dibunuh. tapi kenapa baru sekarang kes disiat-siat sampai akar umbi?

cuba kalau kes tu terkena kat batang hidung kita, family kita sendiri yang terlibat. apa perasaan kita?

menyelesaikan sesuatu, cari akarnya. kalau setakat ranting dipatahkan, pokok permasalahan masih boleh membesar.


isu kedua, organ donor. dalam artikel suratkhabar semalam, tak sampai 1% pun rakyat malaysia yang sudah mendaftar sebagai penderma organ. sedikit yang amat. inikah rakyat malaysia yang dikatakan sebagai sangat pemurah tu? uh uh, ayat kasar ni. marilah rakyat malaysia, kita mendaftar sebagai penderma organ. tidakkah u olls~ rasa yang organ donor ni satu tugas yang sangat mulia? u macam bagi harapan untuk orang lain hidup. tak seronok ke tengok orang lain gembira?

bayangkan kalau ada ahli keluarga kita, sakit. perlukan penderma organ. masa tu barulah kita melilau, mengharap bantuan dari masyarakat, siapa yang sudi jadi penderma organ. tapi sedar ke tak, kita ni penderma organ ke tak?

bayangkan kita yang perlukan organ....

bukan susah pun, pergi mendaftar je kat mana-mana hospital atau pusat sumber transplan (HKL, Hosp Ipoh, Hosp Penang, HSA) dan anda akan dapat kad penderma organ. banyak je roadshow kat shopping complex yang buka booth untuk pendaftaran penderma organ.

dalam kad tu tertulis, "in event of my death, please contact pusat sumber transplan."

apa yang kita ada ni pun, bukan hak milik kekal kita. semua ni hak Allah. Allah bagi pinjam je. tak usahlah tamak sangat. kita kongsi-kongsi ok?

bukan derma organ je. derma darah pun. alhamdulillah, lepas menderma hari tu, i ok je. banyakkan makan makanan berkhasiat, sayur dan buah-buahan. lepas 3 bulan nanti, kalau ada kesempatan lagi, i nak menderma lagi ^_^ seronok... rasa puas. kita ni tak banyak harta, so ini sahajalah cara nak tolong orang.

so, i nak ajak kita semua... derma organ dan derma darah. heheheh~

^_~v


kesimpulan kepada kedua-dua kes ni, kita ni, takkan terasa apa-apa selagi benda tu tak jadi kat kita. kalau kita atau family kita sendiri yang terlibat, barulah kita rasa menyesal, barulah bersungguh-sungguh nak buat sesuatu.


kata si pencuri malam tadi, "kalau gelak, memang gelak sungguh... kalau menangis, memang menangis sungguh... dia dah betul-betul tak tahan, nanti keluar lah tangisan dia tu..."


=) ^_^

4 comments:

  1. renung2kan dan selamat beramal..

    jom men teka-teki lagi..

    " hati yg sudah dimiliki "

    m("_")m

    ReplyDelete
  2. ana::
    hahahaha

    biarlah rahsia.. biarlah keluarga sahaja yang menyimpannya.. haha~

    ReplyDelete
  3. vetulllllllllll!! i pun nak jadi penderma insyallah. nak derma darah selalu tak lepas. tapi mungkin nanti nak try juga oneday. membantu kepada yang memerlukan. ecewah.

    ReplyDelete
  4. cik senah::

    uu... better pegi gain weight 1st.. hahaha~ ;)

    ReplyDelete