Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

07 October 2010

Salahudin Ayubi - Jihad

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

baru je selesai baca buku novel sejarah islam, tajuk salahudin ayubi. kagum sangat dengan semangat baginda. tak ada siapa expect dia akan jadi orang besar. dan ternama. dan digeruni. lagi-lagi oleh tentera salib. saya terfikir, kenapa tak ada manusia di zaman yang semangatnya macam baginda? tak payah tengok orang lain, tapi tengok diri sendiri. :(

daripada buku tu, dapat disimpulkan, tentera islam sangat kuat. macam mana boleh kuat? strategi sultan salahudin sendiri. baginda berperang mengikut cara Rasulullah. penuh dengan perancangan yang rapi, tak terburu-buru. kenapa kita tak boleh jadi macam tu ye?

daripada buku tu juga, dapat disimpulkan, tentera islam berjaya menakluk pelbagai kawasan dari tentera salib sebab tentera islam ketika itu tidak mudah lalai. banyak contoh penaklukan dilakukan ketika tentera salib sedang tidur, atau sedang bersuka ria.

kalau kita kaitkan dengan zaman sekarang, nampak sangat yang sebenarnya kita 'ditakluk semula' oleh 'tentera salib'. kenapa?

kalau bukan dari segi peperangan, kita tengok sendiri macam mana budaya dan sikap masyarakat kita. tak ubah seperti keadaan mereka dulu. 'tentera salib' menawan kita bukan dari cara peperangan. tapi dengan cara bentuk pemikiran dan gaya hidup.

kalau dulu pahlawan-pahlawan islam, jika disogokkan dengan emas, harta kekayaan yang melimpah-ruah, mereka tolak. sebab apa? sebab keredhaan Allah yang mereka cari. balasan Allah yang lebih berganda-ganda dari harta di dunia. apalah sangat harta di dunia ni nak dibanding dengan ganjaran yang Allah bagi di 'sana' nanti. siapa yang lebih besar? Allah Maha Besar.

walaupun syahid, walaupun meninggalkan isteri dan anak-anak, namun keluarga mana yang tidak bangga jika ada di kalangan anak muda atau suami mereka yang syahid di jalan Allah. saya teringat mereka yang terkorban semasa penghantaran bantuan ke Palestin beberapa bulan yang lepas.

kita sekarang terlalu alpa, leka, termasuk saya sendiri. kadang kita tak sedar. kita 'ditakluki' oleh 'tentera salib'. kes rasuah, tak ubah seperti apa yang berlaku apabila tentera salib cuba menyogok pemerintah-pemerintah negara islam supaya bersekutu dengan mereka. apalah sangat 'wang rasuah' tu, fikirkan ganjaran Allah nanti apabila kita berjuang mempertahankan islam.

walaupun kita tak dapat secara suka rela ke medan perang, apa kata kita cuba sematkan dalam hati, jihad melawan nafsu sendiri. kerana itu adalah jihad yang besar. tiap kali kita ingin lakukan sesuatu, niatlah kerana Allah, untuk dapatkan keredhaan Allah. ingat, dunia ni ujian je. macam PMR, SPM... kita dapat lepas ke tak semua ujian ni dengan semua A ke, ada lompong-lompong ke.

ganjaran Allah tu terlalu besar nak dibandingkan dengan nikmat dunia ni. apa lah sangat buatan manusia nak dibandingkan dengan kurniaan Ilahi.

ya Allah...

teguran untuk diri sendiri.. juga sahabat yang ingin menerima...

:)

5 comments:

  1. owh.. patut nmpk kusyuk jer tadi.. baca buku ini rupanya..... hihihi..

    ReplyDelete
  2. serangan yg mereka kenakan ni...dipanggil ghazwatul fikri atau serangan pemikiran yg mana dah bertapak dalam pemikiran masyarakat melayu sejak zaman british lagi..Islam hamya pada luaran sahaja ataupun Islam hanya pada perkahwinan dan sebagainya...padahal Islam itu adalah syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan. Bukan hanya sebahagian sahaja. As-Syabab atau pemuda atau kitalah yang patut mengubahnya. -peringatan untuk diri juga- :)

    ReplyDelete
  3. ana::
    haah~ tak angkat muka langsung.. hehehe~

    lia::
    Abdul Latip Talib.. alaaa~ macam buku yg lia bc kt kenyir dulu...

    abglong::
    huu~ betol betol betol~ hati manusia lain lain~

    ReplyDelete
  4. tau2..hehe tu yg tnye sbb lia da bc gak pasal salahudin ayubi by penulis yg sama..best2! :D

    ReplyDelete