Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 November 2010

Mati Lemas Depan Mata

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ni pertama kali berdepan dengan pengalaman ni. tak pernah mengalami perkara ni. pendek kata, ni yang pertama dalam hidup kami bertiga. bertiga? ya, i, kak zaza and aida.

what happen?

kami berada di Kuala Terengganu atas urusan kerja. kami sampai dalam tengahari isnin (22 Nov 10) dan check in di sebuah hotel yang menghadap Pantai Batu Burok.

excited! sebab rasa nak mandi laut. tapi boss pesan, jangan. pantai kat sini tak sesuai untuk mandi. sebab dia landai beberapa meter then suddenly lantai pantai tu curam. so, kami pun kata, kami nak main kat gigi air saja.

petang semalam (22 Nov 10), kami bertiga decide nak jalan-jalan tepi pantai. macam nak mandi laut, tapi tak apalah. ada lagi 4 hari kat sini. baru je jejak kaki kat pasir pantai, i nampak orang-orang cafe tu dah kecoh-kecoh. jerit-jerit. i dengar orang tu kata, "3 orang!!". berlari-lari pekerja hotel tu.

i dan aida rasa pelik, ada orang lemas ke? sebab pekerja tu terus capai pelampung. so kami tarik kak zaza sekali, pergi tengok apa yang kecoh-kecoh.

sayup dari tepi pantai, kami nampak ada 3 kepala orang terkapai-kapai di tengah laut. serius, ada orang lemas.

pekerja-pekerja hotel semua tengah ikat banyak-banyak tali kat pelampung tu bagi panjang. i nampak ada seorang budak lelaki tak putus tadah tangan, berdoa. mungkin ahli keluarga. lepas tu budak tu sujud kat tepi pantai. ada seorang makcik menangis peluk seorang budak perempuan. ya, kemungkinan besar tu ahli keluarga mangsa.

kami nampak 3 kepala tu masih terkapai-kapai. mereka cuba untuk bertahan. i tak faham kenapa tak ada bot ke, jet ski ke..

mula-mula nampak 3 kepala, then suddenly i tengok tinggal 2 je kepala yang tinggal. mana lagi satu? i tergamam sekejap. what happen?

seorang pekerja hotel (kita namakan uncle A) buka seluar panjang dia, ambil pelampung dan berenang ke tengah laut. ombak memang sangat kuat petang tu. lagipun sekarang musim tengkujuh kan.

uncle A sampai tengah laut dan mereka yang lemas tu berpaut pada pelampung. seorang lagi, uncle B pula tarik pelampung, nak pergi selamatkan juga. tapi ombak memang sangat besar. uncle B tak sempat sampai tengah laut. uncle A dan mereka yang berpaut sampai ke pantai lepas hampir 30 minit di tengah laut dan tunggu ombak bawa mereka ke pantai.

dua orang tu selamat. tapi ada seorang dibaringkan di pantai *kan mula-mula nampak 3 kepala then tiba-tiba jadi 2 kepala*. rupanya yang seorang tu tak dapat bertahan.

beberapa orang try buat CPR. air keluar dari mulut budak tu. muka dia dah biru, perut kembung.

i tak faham kenapa ambulans lambat tak sampai-sampai padahal hospital sultanah nur zahirah ada kat depan hotel kami je. masa semua orang tengah sibuk-sibuk buat CPR, i dengar ada orang arahkan angkat mangsa yang pengsan tu ke jalan besar sebab ambulans tak boleh masuk. tapi macam mana nak angkat mangsa? dari pantai ke jalan besar tu sangat jauh, ok! every seconds very precious kalau dalam keadaan ni. kerja menyelamat kena diteruskan.

lepas tu datanglah pasukan doktor dan nurse. tapi itu pun jalan lenggang kangkung. helloooo~~~~ somebody's antara hidup dan mati, sedang bertarung nyawa, u olls~ boleh jalan relax macam tu, kenapa tak berlari??? doktor-doktor ni kena ada kesedaran sivik lah. agaknya sebab tak kena dekat family members dia kot? what if kalau yang tengah nazak tu your family members? ada u nak berjalan macam tu? orang ramai yang tengok dah menyumpah-nyumpah. siap orang belakang i sebut, "orang dah siap kebumi baru nak sampai. terhegeh-hegeh!" i sangat kecewa.

dah pasang alat-alat yang diperlukan, pasukan doktor tu cuba usaha menyelamat. tapi lepas beberapa round CPR, doktor tengok tak ada tanda-tanda positif. hampir sejam juga usaha menyelamat. in the end, seorang doktor check denyutan jantung dia, check guna stetoskop. lepas tu, dia geleng kepala. pembantu doktor sebelah tu pun, geleng kepala. i tergamam. depan mata i.

makcik yang menangis tadi terus cium muka budak tu. kami faham. that boy dah pergi dijemput Ilahi. i pula yang menggigil. kematian terjadi betul-betul di depan mata kami. dari saat dia cuba bertahan di tengah laut, sampai saat hembusan nafas terakhir dia.

sesungguhnya, kematian itu pasti dan kita tak tahu bila masa kita akan tiba.

al-Fatihah...

T__________T

nak cerita lanjut, klik this link


papan warning? errr~ tak ada pun kat tempat pantai tu!

ada, kat hujunggggg nu.. sape yang tengok kat hujung tu??


:'(

8 comments:

  1. ya allahhhhh. *gulp. sekelip mata. *tak terkata lepas baca entri akak ni. beristighfar banyak banyak. inalillah dan al fatihah kepada si mangsa.

    ReplyDelete
  2. inalillah..akan sampai masa kita.. T__T

    ReplyDelete
  3. y Allah.. takutnye.. peristiwa yg shocking if i may say. shock me to read too. :( innalillah..

    Malaysian~hopefully, less useless@usefull next time.

    ReplyDelete
  4. innalillah... takziah untuk keluarga mangsa. semoga anak itu ditempatkan di kalangan org2 soleh.
    yup, bukan nak komen buruk coz sy pun kerja gomen. tp pernah terjadi, saya panik tolong kawan yg menggigil dan cramp satu badan di UH PJ, siap dia boleh kata, releks lah dik. saya kata, mana boleh releks, kawan saya ni sakit. dia boleh senyum2 lagi lepas tuh.... itulah, mungkin bukan keluarga dia/darah daging dia yg skit. tak rasa nak tolong langsung ke? tp syukur kawan saya tu ok.
    i can imagine how lenggang kangkung petugas tu lepas ingatkan apa yg pernah i alami masa beberapa tahun lepas.

    ReplyDelete
  5. scary nya mcm tu depan mata tu..

    ReplyDelete
  6. naomi sup kembell::
    urmm~ terdiam kan.. ngeri seyh tgk dpn mata.. still tbyg till now..

    ksyaf::
    tau takpe T___T

    munie::
    yaaa.. mentaliti kena ubah.. ggrrrr~!!

    pengantin budget::
    teruk kan :(

    mahira_oya::
    tau takpe~

    ReplyDelete
  7. dari Dia kita dtg, kpd Dia kembali.

    tergamam pulak bc. sbb i selalu mandimanda kat pantai tganu tuh.huhu

    ReplyDelete
  8. anDi::
    org kata, pantai sana memang bukan tuk orang mandi manda.. erkk~

    ReplyDelete