Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

02 November 2010

Penzina vs Penipu

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

topik hari ni macam agak berat sikit. bukan macam. tapi memang berat pun. hee~ so, sediakan mental yang terbuka serta pemikiran yang tajam untuk membaca perenggan yang seterusnya.

persoalan ni saya tiba-tiba rasa terpanggil untuk mengutarakan, susulan menonton drama Chinta. balik kerja, penat, rehat sekejap di depan TV, lepas tu baru mandi dan solat maghrib. selalunya tak tengok drama tu sampai pukul 7.30 pun. tengok sambil berehat aje. eheh.

persoalan yang cuba diutarakan, apakah bekas pelacur tidak layak untuk menikah dengan lelaki yang tidak pernah berzina?

saya bertanya kepada seorang sahabat,
"apa pendapat kamu jika seorang lelaki yang baik kedudukan agamanya, ingin menikah dengan seorang bekas pelacur?"

sahabat tu menjawab,
"secara peribadi, lelaki perlu memilih perempuan yang hendak dinikahi berdasarkan 4 perkara, agama, keturunan, wajah, dan harta."

i rasa macam tak adil di sini. amboi, lelaki, kalau part nak mencari isteri, baru nak ingat segala macam garis panduan. tapi sedar ke tak lifestyle anda tu dah betul-betul ikut garis panduan islam ke? wah, siapalah i dengan secara suka hati nak mempertikai sesuatu yang dah digariskan dalam agama.

tapi baca dulu sahabat-sahabat... jangan tiba-tiba melatah dengan statement saya. jangan marah ye.

u ols~ ada tengok tak drama 'aku ingin ke syurga' hari sabtu lepas di tv3? dalam drama tu, watak lelaki ni yang memang jahat tahap tak tau nak katalah. dengan menderhaka pada ibu, minum arak, zina dan segala macam jenis kejahatan di muka bumi ni lah. sampailah dia kena penyakit AIDS. muka dah penuh dengan luka dan nanah. tapi, in the end, masa dia meninggal dunia, muka dia bersih. dan orang yang nak menguruskan jenazah dia, senang. tak ada kesukaran. normally susah nak uruskan jenazah orang yang banyak dosa ni.

sebab apa ye?

sebabnya, mak dia dah maafkan segala dosa dia, dan dia sempat bertaubat sebelum nyawa dia dicabut. ingat, Allah Maha Menerima Taubat. tapi janganlah pula kita main-main dengan taubat kita.

apa yang ingin i tekankan di sini, let say lah, dalam kes zina, kenapa kita terlalu memandang serong kepada bekas pelacur? bila tahu perempuan tu bekas pelacur, semua nak lari, macam 'kotor' sangat.

tapi, pernahkah kita terfikir, kita ni tak pernah buat dosa kah? adakah kita benar-benar pasti semua amalan kita tu diterima Allah? silap-silap semua amalan kita, malaikat campak semula ke muka kita, sebab amalan tu diiringi rasa riak dan takbur. pernahkah kita terfikir?

jadi, kita sebagai manusia, tak layak menghukum manusia tu kotor, jijik, tak layak untuk membuat kebaikan kerana dosa dia yang lalu. dosa yang lalu. siapa kita? adakah kita yang akan mengadili segala macam amal?

betapa tak malunya kita kalau kita berfikir yang kita tak pernah buat sebarang dosa.

kadang kan, mereka yang pernah buat dosa besar ni, lebih bagus daripada mereka yang fikir tak ada berdosa sangat ni. sebab, mereka yang sudah berdosa besar ni, kemudian bertaubat, maknanya Allah sayang dia sebab diberi hidayah.

daripada mereka yang tak berapa nak buat dosa sangat ni, silap-silap Allah boleh uji kita dengan dosa besar di kemudian hari, mana kita tau kan? boleh ke kita tetapkan apa akan jadi pada kita esok hari?

mereka yang dalam golongan yang sudah bertaubat ni, sudah tentu lebih merasa kemanisan iman sebab mereka pernah hanyut. jadi hidayah Allah tu lebih manis, hati mereka ikhlas, menyesali, menginsafi dosa-dosa lalu.

usahlah kita bermegah dengan diri kita sekarang ni. ada kisah zaman dulu yang boleh dijadikan renungan.

ada seorang perempuan yang pernah berzina menemui Nabi Musa a.s. dia menyesali dosanya dulu. namun Nabi Musa a.s menghalau dia, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

perempuan menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. dia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa
orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.


so kawan-kawan termasuk saya sendiri, kita ni, belum tentu tak berdosa. so janganlah kita memandang rendah kepada mereka yang pernah berdosa. sesungguhnya, kita ni semua sama sahaja di depan Tuan Punya. Rasulullah SAW sendiri tiap hari bertaubat. inikan pula kita.

muhasabah diri. saya pun banyak sangat dosa. T____T

-_-"

4 comments:

  1. ustazah rohana sokong..
    bagus anda ini..
    jangan menagis lagi..
    senyum..... :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,kita sependapat..tp in the mean time, kte perlu merujuk ramai pakar dlm bidang ini agar lbh terpandu

    -bayau-

    ReplyDelete
  3. ana::
    ahaha~ yaaa.. ustazah rohana sudah datang.. alhamdulillah everything ok :)

    adibah::
    macam facebook lak ye.. hehe

    bayau::
    saya mngeluarkan pndapat pun bdasarkan pmbacaan pada sumber yang reliable. takkan memandai-mandai tulis kat blog. orang boleh persoal kalau saya suka hati tulis ikut pendapat sendiri..

    ReplyDelete