Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 January 2010

Undi Undi Undi!


ok ok ok *kenapa semua mesti nak ulang 3 kali?*

saya baru lepas membuang undi. bukan buang dalam tong sampah. dalam kotak undi. kenapa istilahnya buang undi ya? sebab kena buang? erkk~ ok, undi adalah rahsia. terlibat secara langsung di belakang tabir sepanjang proses pilihanraya tahun ni, dari saat pembubaran MPP 08/09, sehingga saat pengumuman keputusan nanti, membuatkan saya hampir mengenali setiap calon yang bertanding. baik evo M mahupun pro M.

bertandinglah cara bersih. jangan kita ikutkan politik luar. huu~ mahasiswa, berfikir cara mahasiswa lah kan?

tak kiralah siapa pun pilihan anda, undilah dengan bijak. yayaya~ undian anda membawa banyak makna.


ada orang yang saya temui di pusat membuang undi FKSG --> "aih, YB pun ada kat sini? eh, mantan YB.."

hahaha.. Yang Bersara~~ keluar je result malam ni, maka tamatlah tugas saya. perlu diserahkan kepada kabinet yang baru.


selamat menjalankan tugas kepada yang menang. ni bukan kerja main-main. ni amanah. laksanakan sebaiknya. ok?


(^_~)v

1 comment:

  1. huh...aku tak dapat rasa sebarang perubahan yang MPP dulu bawakan. dan sekarang dah naik MPP yang baru.

    tapi aku tetap rasa takkan ada perubahan yang mampu dibawa oleh MPP.

    mungkin cuma menumpang nama di bawah perubahan yang dibawa oleh Universiti...

    ReplyDelete