:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::
contoh:
satu pagi di sebuah rumah,
"bang, jom kita tukar perabot baru!" (nada excited)
"perabot? kelengkapan raya yang lain pun belum kita siapkan. macam mana nak tukar perabot?" (suara sayu)
"abang jangan risau. di ******, kita akan dapat penjimatan sehingga 70%!!" (ton tinggi)
"yeke???" (mula bersemangat)
"bukan itu sahaja, bang. di ****** juga, kita tak perlu bayar apa-apa untuk bulan yang pertama!" (bertambah-tambah excited!)
"dan tanpa deposit! serta penghantaran percuma ke seluruh malaysia!" (tiba-tiba sama-sama excited)
"apa lagi, bang. jom kita ke ******!"
"jom!"
ni contoh ye. contoh. dialog nya lebih kurang macam tu lah, kan?
perasan tak? tadi mulanya si isteri minta tukar perabot sedia ada. dan mula bercerita tentang kedai ******. si isteri nampak serba tahu tentang kedai ******.
dan si suami macam tak tahu pun tentang kedai tu berdasarkan respon, "yeke???"
lalu si isteri menerangkan lagi tentang kedai tersebut.
tiba-tiba si suami menambah, "dan tanpa deposit! serta penghantaran percuma ke seluruh malaysia!"
eh eh.
tadi rasanya suami dia macam tak tahu pun tentang kedai tu.
tapi lepas si isteri menerangkan itu ini, tiba-tiba si suami boleh menambah penerangan tentang kedai ******.
hurmm..
magis.
ke magic?
-_-"
No comments:
Post a Comment