Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 August 2012

Dejavu de Java


:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

dah habis tengok cerita dejavu di kinabalu semalam?

saya adalah seorang yang sangatlah malas nak follow drama bersiri di tv. saya lebih suka menonton di tonton.com.my. boleh sum up 3,4 episod sekali. hehe. malas nak tengok meleret-leret boleh fast forward. hehe. jimat masa ^_^

jadi semasa berada di ipoh hari tu, ada lah tertengok cerita ni yelah bosan-bosan duduk bilik sorang-sorang meninggalkan suami di rumah keseorangan, maka tertengoklah cerita ni.

macam best? sebab ada tiz zaqyah. tu je.

lagipun pernah tengok beberapa episod awal.

tapi tak berapa ada mood nak tengok sebab aqasha. rimas tengok rambut dia. sorry peminat aqasha @ ammar. hehe.

ramai yang tak suka ending semalam walaupun vote berpihak pada bazli. paling tak logik ada second donor untuk nadira. boleh eh macam tu? sangatlah bertuah nadira. 

ramai kawan-kawan saya berpendapat, nadira patut berkahwin dengan ammar. then it is a happy ending.

in real life, tak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita sayang, cinta kasih sepenuh hati. true.

contoh,

Aminah ada seorang long-lost friend. sejak zaman sekolah rendah. Aminah rasa Aminah suka kat dia. tapi yelah, budak-budak. yang hanya tahu bermain. mana faham sangat benda-benda suka-muka ni, kan? yang Aminah tau, "weh, dia suka kat kau lah." lepas tu main ejek-ejek, "eiii eiii, amin suka aminah.. eiii eiii amin suka aminah.."

kan?

lepas tu suddenly bila dah besar panjang masing-masing ada akal yang waras, cukup serba-serbi, boleh berfikir dengan baik, tiba-tiba terjumpa semula long-lost friend tu.

tiba-tiba Aminah rasa Allah takdirkan Aminah berjumpa dengan Amin. chewah macam lagu, kita memang dijodohkan bersama, sehati serta sejiwa, walau esok walau akhir nanti lalalala~

Dejavu.

Kan?

Dan Aminah pun mulalah merasakan yang sebenarnya Aminah tak cintakan pun lelaki yang ada di sisi Aminah sekarang (Bazli). Tiba-tiba semuanya terbalik. Aminah tinggalkan Bazli dan pergi kepada orang yang tiba-tiba Aminah rasakan sebenarnya Aminah cintakan dia.

Lepas tu sah-sah lah Aminah nak kepada si Amin tadi, yang long-lost friend tu. Sebab rasa cinta Aminah adalah milik Amin sebenarnya. Yes, memang Aminah sayang Bazli tapi perasaan cinta lebih kuat kepada Amin.

Betul apa yang Ammar kata dalam skrip cerita Dejavu di Kinabalu tu. Cinta tu hanya sekadar perasaan. Yang boleh datang dan pergi, bila-bila masa.

Kalau tak, tak adalah isu putus cinta.

Sambung semula cerita Amin, Bazli dan Aminah tadi.

Dalam masa sama, Aminah dah siap segala persiapan untuk kahwin dengan Bazli. Amin memang cinta Aminah, tapi dia datang tak kena masa. Masa tu Aminah dah tak boleh nak buat apa. Aminah tak mahu lukakan hati Bazli yang sangat sayangkan dia. Dan Aminah tak mahu ambil risiko untuk pusingkan semua ni.

Jadi Aminah berkorban, berkahwin juga dengan Bazli.

Sebab pada dia, kalau betul Amin tu jodoh dia, Allah akan kuatkan hati dia untuk pusing semua tapi nyata Aminah tak kuat. Yes, cinta boleh buat seseorang jadi kuat luar biasa tapi tidak pada Aminah. Dia bukan jenis melukakan hati atau memungkiri janji.

Jadi Aminah lupakan Amin walaupun dia tahu, hati dan perasaan serta cintanya untuk Amin.

Aminah putuskan untuk teruskan perkahwinan dengan Bazli. Hal perasaan dia terhadap Amin, Aminah simpan jauh-jauh, kemas-kemas, kunci ketat-ketat, sorok dan hilangkan dari hati. Dia anggap pertemuan dengan Amin adalah antara saat paling manis untuk dikenang. Tapi cinta untuk dia, bukan untuk dijadikan realiti.

Cinta tu hanya sekadar perasaan. Yang boleh datang dan pergi, bila-bila masa.

The End.

See, hidup tak semestinya happy ending, jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan Allah. Tak kira kuat mana pun, dalam mana pun cinta kita terhadap seseorang, kalau Allah kata tak, tak lah.

Kesimpulan, tak payah lah bercinta sebelum kahwin. Hati lebih banyak sakit dari suka. Hahaha. Terkena batang hidung sendiri nampaknya nasihat tu. Takpe, dah kahwin. Hehe.

Butterfly~ Fly away so high
As high as hope I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
The precious messed up thoughts of me and you~




J

1 comment: